MEMANG kecewa apa yang berlaku tidak seperti mana yang dirancang. Begitulah luahan seorang wanita apabila wajah seorang petugas kesihatan (frontliner) yang dilukisnya di atas kek tidak menepati citarasanya. "Sebelum bakar elok je kejadiannya, dah lepas bakar teruk bebenar," luahnya menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Teruja lukis kek inspirasi Iman Troye, tapi hasilnya macam 'ada batu jatuh atas kepala'... siapa sangka seorang ibu sanggup beli ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga tak sangka kek 'Elsa tak jadi' dapat pujian, makin banyak pula order masuk - "Anak sayang nak makan, tak bagi potong" Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen masih mengakui sememangnya terdapat perubahan pada kek berkenaan selepas dibakar tetapi masih kelihatan cantik. Wanita berkenaan, Basirah Mat Husain berkata, kek yang memaparkan wajah dan tulisan frontliner itu dibuatnya selepas menerima tempahan daripada seorang pelanggan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya ada orang order kek tema frontliner. Bukan pertama kali saya bakar kek dengan wajah frontliner, ini kali kelima sejak pandemik Covid-19. "Sebelum ini okay, cuma hari tu tak menjadi seperti yang saya nak. Face shield nampak mengecut, mata sepet sebelah, tulisan 'frontliner' pun dah lari sikit," katanya kepada mStar. Antara manisan bertemakan frontliner dihasilkan Eyrah. Dia yang lebih dikenali sebagai Eyrah berkata, kek marble berperisa red velvet itu ditempah untuk dijadikan hadiah buat frontliner. Menurut wanita berusia 31 tahun itu,dia diminta untuk menyerahkan kek tersebut kepada seorang petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Nenasi Pantai, dekat Pekan, Pahang. "Bila tak jadi, saya terpaksa cancel order customer sebab takkan nak beri yang tak okay pada pihak ketiga. Tak sampai hati sebab saya tengok tak cantik. "Kek tu dibuat untuk menghargai frontliner, jadi kenalah bagi yang elok. Amanah orang kita kena pegang dengan baik, apatah lagi melibatkan penghargaan," ujarnya yang berasal dari Pekan. Eyrah mengusahakan bisnes kek selama tiga tahun. Dia yang berniaga kek sejak tiga tahun lalu memberitahu, wajah frontliner yang dilukisnya pada kek tersebut menggambarkan keperitan dan penah lelah mereka memerangi Covid-19. "Sebab itu saya lakar titik-titik peluh untuk tunjuk keperitan mereka. Peluh menitik itu menggambarkan mereka cukup penat tetapi terus menunaikan tanggungjawab. Kek tu dibuat untuk menghargai frontliner, jadi kenalah bagi yang elok. Amanah orang kita kena pegang dengan baik, apatah lagi melibatkan penghargaan BASIRAH MAT HUSAIN "Sudahnya saya yang rasa penat dan terkilan tengok kek hasil kerja sendiri. Tapi tak tahu sebab apa kek jadi macam tu, sukatan suhu masih seperti saya bakar kek-kek lain. "Mungkin saya terlalu banyak terima order, jadi ada kekurangan ketika melukis kek tersebut yang tidak disengajakan," kata ibu kepada dua cahaya mata itu. Suami Eyrah (kanan) sentiasa memberi semangat kepadanya mengusahakan bisnes kek. Kata Eyrah, dia terpaksa memulangkan semula bayaran yang telah dibuat oleh pelanggan berkenaan kerana perlu juga menyiapkan banyak tempahan lain yang diterimanya. "Semalam saya ada banyak order untuk disiapkan. Jadi tak sempat nak buat yang baru, dan saya kasi refund. Alhamdulillah customer faham. "Kek tu saya tak buang, membazir nanti. Saya dan suami bersama anak-anak yang makan sampai habis," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI