suria

Berhenti gerai tepi jalan, suami ‘masuk air’ letak ‘syarat’ kepada si penjual sebelum setuju beli teh ais botol... isteri layankan saja!

Gelagat suami Puteri Mahtar yang 'masuk air' dan menari bersama peniaga yang mengenakan kostum Spider-man menghiburkan netizen.

SITUASI pandemik menyaksikan ramai individu terkesan yang mana kebanyakan mereka hilang sumber pendapatan akibat terpaksa diberhentikan kerja.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, ramai dalam kalangan mereka melakukan pelbagai jenis pekerjaan antaranya berniaga kecil-kecilan dengan membuka gerai di tepi jalan.

Pelbagai kreativiti dipamerkan untuk menarik perhatian pelanggan agar singgah ke gerai masing-masing sebagaimana video yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Spiderman Malaysia ini handal bancuh air, masak Char Kuey Teow... teringin nak pakai kostum di kafe tapi ada ‘sikit masalah’

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, hebatnya! Selepas kejutkan murid di kelas online, Cikgu Spiderman ‘melompat’ ke TikTok pula ajar netizen bahasa Arab

Menerusi video tersebut, kelihatan dua peniaga mengenakan kostum watak superhero Spider-man ketika berniaga minuman di tepi jalan raya, malah mereka juga menari-nari sehingga menarik perhatian ramai.

Apa yang melucukan, gelagat seorang lelaki yang singgah ke gerai mereka sambil menari bersama-sama membuatkan warganet turut terhibur dan dalam masa yang sama memuji pelanggan berkenaan kerana memberikan sokongan kepada peniaga.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih dari 1 juta jumlah tontotan di aplikasi TikTok.

Menurut Puteri Mahtar yang merakam dan memuat naik video tersebut, dia dan suaminya, Muhamad Rashid, 27, ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah ibu mentua di Bahau, Negeri Sembilan selepas selesai membeli barang di sebuah pasar raya.

"Masa dalam perjalanan nak ke pasar raya, peniaga Spider-man dah ada tepi jalan tu tapi kami nak beli barang dahulu. Suami kata, kalau ada rezeki, dia nak singgah dalam perjalanan pulang nanti.

"Tengok-tengok masa kami lalu nak balik, mereka masih ada... jadi suami singgah. Peniaga datang hampiri kereta kami dan tanya nak beli berapa botol teh ais. Suami sambil melawak suruh mereka pasang lagu dulu, baru nak beli.

suami spiderman

Puteri Mahtar mendedahkan suaminya sememangnya seorang yang kelakar dan gila-gila.

"Mereka pun sporting, pasang muzik rancak dan menari-nari... suami saya pun keluar kereta dan join mereka menari sekali. Rupa-rupanya bukan dua, tapi ada seorang kanak-kanak pakai kostum sama... mungkin anak atau adik mereka," cerita wanita berusia 25 tahun ini kepada mStar.

Tambah wanita ini lagi, dia dan suaminya kagum dengan semangat serta usaha peniaga berkenaan yang gigih mencari rezeki dan perkara itu mendorong mereka untuk menunjukkan tanda sokongan.

"Suami kata, dia salute dekat orang kita khususnya anak muda yang sihat tubuh badan dan gigih cari rezeki. Tapi kalau yang jenis meminta-minta, dia tak gemar.

Kami pun faham betapa susahnya nak dapat duit sebab kami pun berniaga kecil-kecilan juga... bukan orang senang.

PUTERI MAHTAR

"Jadi apa salahnya kita saling beri sokongan untuk peniaga seperti ini. Kami pun faham betapa susahnya nak dapat duit sebab kami pun berniaga kecil-kecilan juga... bukan orang senang," ujarnya yang baru sahaja meniaga pod pakai buang bersama suaminya selepas diberhentikan kerja Jun lalu.

Tambah Puteri Mahtar, dia sendiri tidak menyangka perkongsian santai tersebut meraih jumlah tontonan yang tinggi di TikTok dan dikongsi di kebanyakan platform media sosial.

"Asalnya nak rakam gelagat suami yang 'masuk air' dan nak sokong abang-abang Spider-man berniaga. Tak sangka langsung jadi viral.

nikah

Pasangan ini baru diijabkabulkan Jun lalu.

"Ada yang komen, best dapat suami kelakar dan sporting. Suami saya memang begitu karakternya. Masa bujang dan dia kerja sebagai beach boy dekat Port Dickson, selamba je dia menari depan orang ramai.

"Tapi tidaklah 'masuk air' sepanjang masa. Cuma dia memang jenis sporting dan gila-gila.

"Namun sebenarnya ada hikmah di sebalik tularnya video ini. Alhamdulillah, bisnes kami pula dapat sambutan. Mungkin rezeki baru kahwin. Saya percaya, jika kita bantu orang, InsyaAllah kita dapat ganjarannya," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain