suria

“Hargailah kawan walau kadang-kadang annoying” - Dulu rapat berlima, baru seorang ‘pergi’ namun cukup terasa kehilangannya

Lima jejaka ini bersahabat sejak kecil dan salah seorang daripada mereka, Allahyarham Nazri (bulatan kuning) meninggal dunia pada 2019.

KISAH lima sekawan ini yang dikongsi dalam satu bingkisan video menerusi TikTok ternyata mencuri perhatian netizen.

Sepanjang membesar, banyak kenangan suka duka dilalui bersama sehinggalah salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat demam panas pada tahun 2019.

Menurut Furqan Afif Jasni, 27, dia menemui foto-foto lama di Facebook sebelum mendapat idea untuk menghasilkan video yang dikongsi di TikTok mengenai kisah pemergian sahabatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kubur destinasi pertama selepas jawab kertas terakhir SPM! Pelajar sebak kenang rakan hilang selamanya selepas tak nampak kelibat masa main futsal

ARTIKEL BERKAITAN: Tak lupa sahabat di hari bahagia! Gadis ini terduduk menangis lihat pengantin sanggup bersusah hantar nasi kenduri - “Maaf, saya tak minta jadi begini”

Dalam video itu, dia berkongsi foto lama memaparkan mereka berlima sebelum berkongsi wajah sahabatnya, Nazri atau Pushing yang sudah pergi meninggalkan dunia ini.

"Kami semua member satu kampung, satu sekolah. Umur lebih kurang sama, antara kami semua ada yang sama umur, ada yang beza setahun.

"Salah seorang rakan saya, Nazri atau lebih dikenali sebagai Pushing meninggal dunia pada tahun 2019. Dulu kami gelarkan dia Pushing sebab dia tak boleh sebut huruf S.

"Kebetulan baru-baru ini saya buka Facebook dan jumpa gambar lama kami semua, terus teringat pada arwah. Sebab tu saya buat video.

ferh4

Ferth tampil berkongsi kisah mengenai rakan-rakannya menerusi video di TikTok.

"Sekarang masing-masing dah jarang jumpa. Ada yang dah kahwin dan menetap di tempat lain. Bila cuti balik kampung je boleh jumpa," ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur.

Mesra disapa Ferth, dia mengakui terlalu banyak kenangan yang terukir di antara mereka berlima sepanjang membesar bersama.

Hargailah kawan-kawan semasa mereka masih ada. Bila dah tak ada baru kita akan rasa kehilangan.

FERTH

Malah katanya, jauh di sudut hati dia sebak apabila mengenangkan pelbagai peristiwa yang dilalui bersama yang mana ia kini tersimpan dalam kotak ingatan sahaja.

"Memamg sedih. Tipulah kalau kata tak sedih. Masa dulu-dulu, zaman baru habis sekolah dan baru dapat motor, memang seronok kami berkonvoi.

"Jumpa sama-sama untuk melepak. Masa tu tak fikir mengenai komitmen apa-apa. Sekarang, setiap kali balik kampung, mesti akan terimbas kenangan lama.

ferth3

Allahyarham Nazri atau lebih dikenali sebagai Pushing meninggal dunia pada 2019.

"Kawan-kawan pun tahu video kami semua viral di TikTok. Mereka semua terkejut, masing-masing teringat kisah lama. InsyaAllah kami ada plan untuk jumpa, biasanya memang akan jumpa kalau ada di kampung," ujarnya lagi.

Menurut Ferth, dia juga tak menyangka video ringkas yang dikongsi dihujani dengan pelbagai komen netizen termasuklah yang mengirimkan doa buat arwah sahabatnya.

"Saya baru saja kongsi video itu di TikTok pada Sabtu lepas. Memang terkejut tiba-tiba ramai orang komen. Ada yang kongsi kisah mengenai kawan mereka.

f2

Foto ketika majlis pengebumian Allahyarham Nazri.

"Ada juga yang berasa kehilangan sahabat seperti saya. Di kesempatan ini saya cuma nak pesan, hargailah kawan-kawan semasa mereka masih ada.

"Bila dah tak ada baru kita akan rasa kehilangan. Kadang-kadang kawan annoying sebab suka usik kita, tapi itu semua akan jadi kenangan," ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Ferth merupakan seorang perunding kewangan dan turut bergelar pelakon sejak tahun 2015.

Unutk rekod, video Ferth bersama sahabatnya yang dikongsi di TikTok sehingga kini meraih hampir 400,000 tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain