"ALA bestnya anak kembar," itulah kapsyen yang tertera di dalam sebuah video seorang ibu bersama bayi kembarnya. Namun, rakaman itu yang dimuat naik oleh suaminya memaparkan realiti sebenar bagaimana 'aksi' isterinya menjaga si kembar mereka yang mana pada masa itu dia berada di dalam kereta. Perkongsian tersebut setakat ini meraih hampir 70,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan berjauhan, gadis ini bawa kucing kesayangan tinggal di kolej... sanggup menyewa di luar selepas kantoi! - “Saya menangis dan merayu” ARTIKEL BERKAITAN: Tak kaya nak belikan tanaman kayangan, anak bawa ibu cabut pokok keladi dalam semak demi tambah koleksi - “Belum pernah jadi benda tak elok” Bercerita lebih lanjut kepada mStar, Izzah Faqihah Mohd Nazari, 20, berkata, video tersebut dirakam oleh suaminya, Muhammad Adirezza Firdaus Ishak, 22, ketika mereka sedang berada di luar untuk membeli makanan. Jelasnya lagi, suaminya memang suka merakam apa yang dilakukan bersama anak kembar mereka sebagai kenang-kenangan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya video di TikTok tu hanya suka-suka, tak tahu pula video tu boleh jadi viral di media sosial. Waktu tu saya dan suami keluar pergi cari makan dan kemudian si kembar ni menangis sebab nak susu. "Jadi saya ambil mereka berdua dan susukan. Selepas kedua-duanya tertidur saya pun biarkanlah suami merakam keadaan saya sebab nak simpan sebagai kenangan. Izzah dan suaminya tidak menyangka mereka dikurniakan anak kembar. "Anak-anak saya ni sebenarnya bukan kembar seiras kerana ada dua kantung, tetapi waktu melahirkan tu jururawat cakap boleh jadi kembar seiras sebab wajah mereka hampir sama," katanya yang menetap di Masjid Tanah, Melaka.Menerusi video tersebut dapat dilihat Izzah Faqihah terpaksa meletakkan kakinya di atas 'dashboard' gara-gara terpaksa memangku anak kembarnya yang sedang tidur nyenyak. Lebih mesra disapa Izzah, dia berkata, pelbagai cabaran yang ditempuhi sepanjang menguruskan anak kembarnya iaitu Nur Adzra Izzatunnisa Muhammad Adirezza Firdaus dan Nur Aulia Izzatunnisa yang baru sahaja berusia dua bulan. Perkara yang paling sukar yang dihadapi oleh Izzah ialah ketika mahu menidurkan anak kembarnya kerana mereka akan bergilir-gilir terjaga sehingga jam 3 pagi. "Bermacam-macam kerenah mereka kita kena sabar bila menjaga anak kembar ni, lebih-lebih lagi waktu nak mandikan mereka. Masa tu kadang-kadang kena cepat sebab seorang mandi dan yang lagi seorang akan menangis. "Kalau nak menyusu pun mencabar juga sebab suami kerja dan saya seorang sahaja yang menjaga mereka. Jadi tangan kiri dan kanan pegang botol susu, kalau susu badan bila seorang tidur mesti yang lagi seorang bangun. "Paling susah dan struggle sikit waktu tidur merekalah, sebab anak-anak saya ni akan bergilir-gilir bangun. Bila adiknya dah tidur, si kakak pula bangun dan melarat sampai pukul 3 pagi tak lena sebab dua-dua menangis. GAMBAR CAPTION "Jadi cara nak bagi mudah ialah dengan tidurkan serentak, saya akan elakkan daripada mereka tidur lepas Asar sampai ke Maghrib sebab nanti malam susah nak tidur. "Tetapi waktu lepas Asar pun struggle juga, mula je dari pukul 6 petang mata mereka dah layu. Kalau diangkat dan kejutkan pun mereka masih lagi terlena," katanya yang merupakan seorang suri rumah dan suaminya pula bekerja sebagai operator kilang di Alor Gajah, Melaka. Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, mereka mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pada 29 Jun 2021. Namun pada mulanya Izzah tidak menyangka bahawa dia sedang hamil anak kembar sehinggalah doktor mengesan sesuatu ketika menjalankan pemeriksaan pada kandungannya yang berusia lima bulan. "Saya berkahwin dengan suami pada September tahun lalu dan disahkan mengandung pada awal Disember 2020. Waktu mula-mula nak buka buku untuk pemeriksaan bulanan tu, doktor di klinik tak cakap apa-apa pun masa scan. "Tapi kali kedua datang untuk scan, tiba-tiba doktor tu bertanya 'kenapa kaki dengan tangan anak awak ni banyak, kejap saya cuba check betul-betul'. Lepas tu doktor cakap ada dua kepala dan ia bermakna kandungan saya ini kembar. Ragam anak-anak inilah yang kita akan rindu bila mereka dah besar nanti. IZZAH FAQIHAH MOHD NAZARI "Masa tu jugalah saya menangis sebab tak percaya saya yang kecil ni boleh mengandungkan anak kembar. Waktu itu suami bekerja, jadi saya tunggu sampai dia balik kerja berulah beritahu berita gembira tersebut. "Suami menangis dan sujud syukur bila saya bagitahu pasal anak kembar, dia tak sangka keturunan baka kembar itu turun kepada kami. "Keluarga pun terkejut jugalah, sebab belah keluarga kami berdua masing-masing ada keturunan kembar cuma tak tahu pula boleh turun pada saya dan suami," ujarnya yang berasal dari Melaka. Izzah berpesan kepada para wanita yang bakal menimang cahaya mata supaya banyakkan bersabar dan bersedia dari segi mental serta fizikal. Tambahnya lagi, anak-anak sememangnya mempunyai kerenah tersendiri dan perkara itulah yang kita akan rindui apabila mereka sudah dewasa. "Pesanan saya buat para wanita yang baru bergelar seorang ibu atau dah nak bersalin supaya mereka kuatkan semangat, mental dan fizikal. kedua-dua belah keluarga Izzah (kiri) dan suaminya mempunyai keturunan kembar. "Sebab perangai anak-anak ini akan berubah, kerenah masing-masing pun berbeza juga. Sekejap nak itulah, sekejap nak ini. "Apa yang kita boleh buat sebagai ibu bapa ialah bersabar dan lalui je sebab ni semua kenangan dan bukan senang nak dapat anak kembar. Ragam anak-anak inilah yang kita akan rindu bila mereka dah besar nanti," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!