KUCING 'Oyen' sememangnya sinonim dengan sifat nakal ataupun ragamnya yang sering memeningkan kepala si pemilik. Begitu jugalah dengan Oyen milik pasangan suami isteri ini yang terlebih manja sehingga mahu berkepit dengan 'bapanya' setiap masa. "Nak bayar duit minyak pun sibuk nak ngikut!" demikian kapsyen yang ditulis pada video yang sehingga kini meraih lebih 223,000 jumlah tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Gelojoh punya pasal, Oyen siap kena bedah... sebab sayangkan si bulus nakal, tuan sanggup buat crowdfunding ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi selepas 6 bulan! Si kecil jawab panggilan rider masa ibunya solat, gigih beri petunjuk bimbang abang Foodpanda sesat - “Rumah yang ada motor, kerusi...” Menurut Ashikin Aziz, video tersebut dirakam secara spontan ketika dia dan suaminya singgah sebentar di stesen minyak selepas pulang daripada membawa kucing mereka yang diberi nama Yeyen mendapatkan suntikan vaksinasi di klinik haiwan. "Masa suami buka pintu nak keluar pergi kaunter stesen minyak, si Yeyen ni melompat ke tempat duduk pemandu dan mula buat bunyi bising. Saya pun panggil suami suruh dia bawa je lah Yeyen ni sekali. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Bila suami angkat, barulah Yeyen ni diam. Si papanya pun dokong Yeyen macam budak. Mungkin Yeyen ni lupa dia tu kucing. Nak tergelak tengok gelagat dua beranak ni... sebab tu saya saja rakam. "Bila upload, tak sangka pula viral. Ramai yang terhibur tengok dua-dua 'sama naik'. Ada satu komen yang mencuit hati saya, dia tulis 'Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... sama-sama buncit'. Tergelak baca komen-komen yang lucu semuanya," kata wanita berusia 33 tahun ini. Bercerita mengenai Yeyen, Ashikin berkata dia sudah memelihara anak bulusnya itu sejak lebih setahun yang lalu. Ashikin memelihara Yeyen sejak lebih setahun yang lalu. "Kisahnya, saya jumpa Yeyen tidak lama selepas kucing peliharaan saya, Kuning, mati kerana sakit buah pinggang. Masa tu saya masih lagi bersedih... mana tidaknya, lebih tujuh tahun saya pelihara Kuning. "Saya jumpa Yeyen dekat lif rumah kami kira-kira Mei tahun lepas. Masa tu saya baru je balik dari rumah seorang pelanggan. Yeyen kecil lagi, usianya dalam lingkungan dua atau tiga bulan ketika itu. "Keadaannya pula comot sikit. Saya tak tahu kenapa, tengok je dia, hati saya tergerak nak ambil bawa balik rumah dan akhirnya pelihara dia sampailah sekarang," katanya yang bekerja sebagai jurumekap dan pelukis inai pengantin. Mungkin Allah tahu betapa saya rindu dengan Kuning, maka Dia gantikan dengan Yeyen. ASHIKIN AZIZ Tambah Ashikin, bukan sahaja warna bulu, malah keletah Yeyen saling tak tumpah seperti Kuning yang sangat manja, nakal dan menghiburkan hati. "Selepas Kuning, Yeyenlah penyeri keluarga kami kerana belum lagi ada rezeki menimang cahaya mata. Mungkin Allah tahu betapa saya rindu dengan Kuning, maka Dia gantikan dengan Yeyen. "Papa dia dulu penakut dengan kucing, tapi sejak kehadiran Yeyen, papa dia pula terlebih manjakannya. "Kadang-kadang saya post video Yeyen dengan papanya, memang ramai tengok sebab dua-dua saiznya 'comel'. Siap mereka minta lagi video dua beranak ni. Yeyen menjadi penyeri Ashikin dan suaminya. "Yeyen ni sebenarnya lebih nakal sikit berbanding Kuning. Apabila ada pengantin saya datang bersolek atau berinai di rumah, dia suka bergurau. Saya terpaksa masukkannya dalam sangkar dulu," cerita Ashikin yang menetap di Kempas, Johor Bahru. Tidak menyangka video Yeyen menjadi tular, Ashikin berkata dia gembira apabila ramai yang terhibur dengan perkongsian santainya. "Apa pun bagi mereka yang memelihara kucing atau haiwan lain, jagalah mereka elok-elok. Janganlah anggap mereka ni haiwan saja, maka hanya layan sambil lewa saja," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI