BAKAT muzik gadis berusia 19 tahun ini sebagai pemain dram terserlah sejak dia di bangku sekolah lagi. Kini, Nazihah Zairol Hisham banyak berkongsi video menerusi aplikasi TikTok sehingga dia meraih lebih 72,000 pengikut. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zieha mendedahkan minat itu bermula dengan aplikasi muzik di peranti Apple iPad sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Umur 17 tahun gadis manis ini dah pandai ‘goreng’ gitar, cakap saja mahu lagu apa! - “Darjah 2 saya belajar sendiri guna gitar abah” ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘rindu ex’ nyanyi di tangga, kawan rakam pun tak sedar... tahu-tahu ramai offer jadi pengganti!- “Saya masih tak boleh move on” "Saya main dram ketika umur 13 tahun. Ketika itu saya join band di sekolah. Awalnya main dalam iPad saja. "Selepas banyak perform guna iPad dan mula buat persembahan di sekolah, saya minta ayah beli dram. "Bila dah habis sekolah, saya sertai kelab muzik di universiti. Selain dram, saya juga boleh main gitar, ayah saya pun pandai main gitar," ujarnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut penuntut bidang Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar, Perak itu, dia tidak pernah mengikuti kelas secara formal sebaliknya belajar sendiri sahaja. Malah katanya, persepsi bahawa instumen muzik itu banyak didominasi kaum lelaki tidak wajar menjadi isu kerana sesiapa sahaja berhak mempelajarinya. "Saya self-taught, belajar dari YouTube saja. Kadang-kadang saya pun tak sangka boleh main dram. "Saya cuma tengok di YouTube dan cuba ikut. Mula-mula tak menjadi juga. Ia sangat mencabar, kadang-kadang tak semua teknik saya boleh buat. Minat terhadap muzik tercetus ketika dia menyertai sebuah band di sekolahnya suatu masa lalu. "Ada juga yang cakap hanya lelaki main dram. Tapi pada saya, kedua-dua gender boleh main dram. Benda ni boleh dipelajari," ujarnya lagi. Selain meraih ratusan ribu tontonan di TikTok, video yang dikongsi Zieha juga tak terlepas dengan komen kritikan. Namun kata Zieha, dia menganggap komen-komen yang menegur tempo serta teknik permainan dram sebagai satu proses pembelajaran untuknya. Ada juga yang komen bandingkan muka saya dengan Amyra Rosli. ZIEHA Selain komen berbentuk teguran dan pujian kemahiran dia bermain muzik, ada segelintir netizen turut bercakap-cakap mengenai paras rupanya yang dikatakan sama dengan pelakon Amyra Rosli. "Komen negatif pun ada juga. Ada orang kata tempo saya tak kena, ada yang cakap saya kena belajar lagi. Ada juga yang kata saya main dram tak bersungguh-sungguh. "Saya juga masih belajar dan bukan pemain dram profesional. Semua teguran itu saya ambil dengan hati terbuka. "Ramai juga yang komen dan mesej mengenai harga dram, cara nak belajar dan sebagainya. Ada juga yang komen bandingkan muka saya dengan Amyra Rosli," ujarnya lagi. Zieha (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya. Menurut Zieha, dia sebelum ini banyak berkongsi video bermain dram di Instagram dan mula beralih ke TikTok sejak tahun lalu. Dia bersyukur dengan penerimaan ramai dan mengakui terkejut mendapat sambutan luar biasa di platform itu. "Dulu sekadar post di Instagram. Kemudian bila dah pandemik Covid-19, ramai orang mula main TikTok. Jadi saya pun cuba juga. "Mula-mula tak ramai view, kemudian saya cuba buat lagu-lagu trending, terus viral. Saya pun tak sangka ramai yang akan tengok video saya. "Jika ada rezeki, saya juga nak beraksi di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) dan iringi mana-mana persembahan artis," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI