suria

Bersolek dua hari berturut-turut, wanita ini menangis seminggu video mekap ‘muka tak flawless’ raih 2.2 juta tontonan... berbaloi berhenti kerja!

Izzi terharu apabila video solekan yang dibuat dengan lagu Scars to Your Beautiful dendangan Alessia Cara meraih 2.2 juta tontonan di TikTok.

BERKHIDMAT dalam bidang pengiklanan sejak tahun 2014, wanita ini mengambil keputusan berhenti kerja demi meneruskan impiannya sebagai content creator.

Menurut Izziatul Adlina Mohamed Shokri, 33, masih tidak terlambat untuk dia mengejar minat dan cita-cita, malah dia ada misi untuk menyuntik inspirasi kepada insan-insan di luar sana.

Di aplikasi TikTok miliknya, dia juga banyak berkongsi video hasil solekan dan mahu menyampaikan mesej bahawa saiz bukan penghalang untuk sesiapa mengejar impian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, yakinnya kamu! Model plus size hanya fikir sayang diri sendiri, dah tak peduli pasal body shaming - “Terpulanglah kepada mulut mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’

"Saya berhenti kerja pada November tahun lepas sebab nak kejar impian, nak bagi inspirasi kepada orang, tambahan pula saya memang minat mekap. Saya mula hasilkan content pada Disember tahun lepas.

"Segalanya bermula kerana saya dikelilingi ramai orang yang insecure dengan diri mereka. Saya gunakan peluang itu untuk menghasilkan content dan memberi inspirasi kepada mereka.

"Saya jadikan wajah sendiri dan fizikal saya untuk mendalami ilmu mekap. Saya nak sampaikan mesej agar kita semua tak meletakkan satu beauty standard saja.

"Biasanya orang fikir, kalau nak mekap, muka mesti flawless dan badan kurus. Pada saya ia bukan penghalang, just go for it," ujarnya kepada mStar.

izzi2

Izzy bersama suaminya.

Mesra disapa Izzy, dia juga terharu apabila video transition beberapa solekan yang dibuat dengan lagu Scars to Your Beautiful dendangan Alessia Cara meraih 2.2 juta tontonan di TikTok.

Ujarnya, proses itu memakan masa yang sangat lama, namun penat lelahnya seakan terbalas dengan reaksi luar biasa yang diterima.

Biasanya orang fikir, kalau nak mekap, muka mesti flawless dan badan kurus. Pada saya ia bukan penghalang.

IZZY

"Saya sebenarnya dah lama minat mekap. Tapi ia mula serius selepas saya solek wajah adik ketika dia bertunang pada September tahun lepas.

"Bermula dari situ saya banyak belajar sendiri menerusi video YouTube. Pada masa sama, saya mula beli barang mekap dan hasilkan video di TikTok.

"Saya seminggu menangis kegembiraan bila video dapat 2.2 juta tontonan. Saya fikir, siapa nak tengok saya? Kulit saya tak flawless. Saya langsung tak jangka sebab TikTok saya sebelum ini agak sendu.

izzi3

Izzy banyak mempelajari teknik solekan menerusi YouTube.

"Video itu saya hasilkan dalam dua hari. Mekap dua hari berturut-turut. Kemudian sehari setengah saya edit. Memang penat tapi sangat berbaloi," ujarnya lagi.

Dalam reaksi positif yang diterima, Izzy yang menetap di Puncak Alam, Selangor turut berdepan dengan komen negatif yang berunsurkan body shaming.

Namun kata wanita yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga itu, dia enggan bersedih dan melihat ia sebagai satu cabaran biasa yang perlu ditempuhi mana-mana insan yang bergelar content creator.

izzi4

Izzy mahu memberi inspirasi kepada insan di luar sana agar sentiasa yakin dengan diri sendiri.

"Tak semua indah. Ada yang mesej dan komen menjatuhkan. Tapi tak banyak. Saya cuma ambil positif atas apa yang berlaku. Biar orang buat kita, jangan kita balas balik.

"Memang semenjak dua menjak ini, sejak saya berkecimpung sebagai content creator, ada orang cakap... kau berisi, gemuk, kenapa nak mekap-mekap? Orang nak tengok mekap kurus je.

"Awal-awal tu agak menyakitkan bagi saya. Tapi saya lihat nilai yang ada pada diri saya, saya tak layan semua kata-kata itu. Orang macam tu tak boleh nasihat, biarkan saja. Saya buat video hanya untuk mereka yang memerlukan motivasi.

"Cara untuk yakin, kita kena terima kekurangan diri. Macam saya, kulit saya tak flawless, kulit saya ada tekstur. Tapi saya tak kisah. Mekap bukan untuk menutup tapi untuk enhance beauty," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain