suria

Diminta mengasuh, mak saudara panik anak buah lumur slime pada rambut... hanya terfikir ‘botak’ - “Emaknya di wad tak terkejut”

Sofia berkongsi iniden lucu di mana anak saudaranya melumur slime pada rambut sehingga mengambil masa hampir dua jam untuk dicuci.

KANAK-KANAK kecil sememangnya suka meneroka benda baharu atau apa sahaja yang ditemui di sekeliling mereka.

Pantang ibu bapa 'leka' walau tak sampai seminit, pantas sahaja mereka 'buat kerja'.

Menerusi satu video di TikTok, seorang wanita berkongsi gelagat lucu anak saudaranya yang cemas gara-gara sebahagian rambutnya melekat dengan permainan slime.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ tak dengar kata! Bapa kongsi detik lucu 'insiden' kereta terpacak di kepala anak, ada drama selepas kejadian - “Sempat la rekod sebelum tolong dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Selain buat orang ‘geram’, ramai keliru dengan rambut bayi comel ini... betul ke palsu? - “Dah tiga anak lelaki, saya doa dapat perempuan pula”

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 260,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen-komen lucu netizen yang terhibur dengan gelagat kanak-kanak perempuan berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Sofia Nazih berkata insiden lucu tersebut berlaku ketika dia membantu menjaga anak saudaranya yang berusia tiga tahun itu di rumah ibu mentuanya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

"Ayla ni anak kepada biras saya. Ibunya sekarang berada di hospital kerana lahirkan bayi pramatang, jadi Ayla dan kakaknya yang berusia lima tahun duduk dengan nenek mereka yang juga mak mentua saya.

"Rumah saya dekat saja dengan rumah mak mentua, jadi memang selalu saya datang tengok-tengokkan sekali. Malam kejadian, saya dan ibu saudara Ayla yang digelar Ciksu sedang lipat baju.

"Masa tu dah pukul 12.30 tengah malam. Ayla ni tak mengantuk... entah masa mana dia masuk bilik, kami tak perasan. Sedar-sedar masa Ciksu dia cari, nampak rambut Ayla dah melekat dengan slime.

slime baru 1

Keadaan rambut Ayla sebelum dicuci.

"Banyak pula bahagian yang melekat tu. Saya dan Ciksu panik campur blur... kami tak ada idea nak buat macam mana sebab slime tu susah nak ditanggalkan dari rambut. Jenuh juga kami cuba tanggalkan," cerita wanita berusia 26 tahun ini.

Sofia berkata mereka juga menggunakan minyak masak untuk menanggalkan slime tersebut namun kaedah tersebut nyata tidak berhasil.

"Nak marah Ayla tapi tak jadi sebab kami pun lucu tengok rambut dia. Saja la usik dia, kalau tak tanggal juga, memang kena gunting dan botakkan je. Menjerit budak tu jawab 'tak nak!'

slime baru 2

Sofia dan Ciksu akhirnya berjaya mencuci rambut Ayla menggunakan petua yang ditemui di Google.

"Tengah-tengah usaha nak tanggalkan slime tu, saya terlintas nak Google... mana tahu ada yang kongsi petua.

"Saya terbaca ada orang kongsi cara nak tanggalkannya iaitu campurkan air panas dengan shampu bayi. Saya dan Ciksu tak lengahkan masa... terus kami buat. Alhamdulillah, berhasil!

"Tapi bukan calang-calang ambil masa... dekat dua jam juga. Sudahnya, hampir pukul 3 pagi baru selesai," cerita ibu kepada dua orang anak ini.

Nak marah Ayla tapi tak jadi sebab kami pun lucu tengok rambut dia.

SOFIA NAZIH

IBU SAUDARA

Tambah Sofia, birasnya yang juga ibu kepada Ayla tidak terkejut apabila dimaklumkan insiden yang menimpa anak kecilnya itu.

"Biras saya ni pun beritahu, anak keduanya itu memang nakal dan panjang akal sikit. Masa insiden rambut melekat tu, kaki kanannya masih berjahit sebab cedera terkena kipas.

"Dia jalan pun hencot-hencot lagi tapi sempat lagi lumur slime pada rambut," cerita wanita ini sambil ketawa.

slime baru 3

Sofia sering membantu birasnya menjaga Ayla kerana tinggal berdekatan.

Sekadar memuat naik video itu secara suka-suka, Sofia yang menjalankan bisnes online ini sama sekali tidak menyangka ia mengundang perhatian ramai.

"Ada juga yang share kisah anak masing-masing. Malah ada yang sampai kena potong rambut. Lucu-lucu semua komen mereka," katanya mengakhiri bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain