suria

Bulu mata lentik semacam, wanita ini dedah guru pernah lap matanya di perhimpunan sekolah... adakah ‘terkenan’ Siti Nurhaliza?

Yeen tidak pernah jemu menjawab soalan dari guru tentang bulu matanya yang lentik.

"MASA sekolah dulu selalu kena dengan cikgu," itulah kata-kata seorang wanita apabila matanya sering menjadi perhatian guru di sekolah.

Menerusi satu rakaman yang dikongsi, dia menunjukkan bulu mata aslinya yang sangat lentik tak ubah seperti memakai maskara.

Rata-rata yang melihat video itu terpegun dengan kelentikan bulu matanya sehingga perkongsian itu tular di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Di sebalik hasil solekan cantik, jurumekap ini dedah hanya sekolah sampai Form 4 - “Belajar sendiri, tak pernah kursus sebab tak cukup duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Buka peti ais, macam-macam ada! Gadis terharu dapat kakak ipar prihatin, gigih masak pes lauk walau tunggu masa nak bersalin

Berkongsi kisah bersama mStar, Wan Nur Azreen Wan Mohd Zaid, 25, tidak dapat melupakan satu kejadian ketika sekolah menengah, yang mana seorang guru cuba mencuci bahagian matanya ketika perhimpunan kerana menyangka dia memakai maskara.

Wan Nur Azreen berkata dia sudah pun memberitahu guru tersebut bahawa dia tidak memakai sebarang alat solek dan menegaskan ia merupakan bulu mata aslinya.

"Cikgu tegur sebab dia ingat saya pakai maskara ke sekolah. Saya pun cakaplah yang memang saya tak pakai apa-apa pun pada bulu mata ni.

"Tapi dia tak percaya. Dia punya tak puas hati tu sampai datang dan lap bulu mata saya depan orang ramai. Masa tu saya senyum je walaupun malu diperlakukan begitu, saya dah beritahu bulu mata memang macam ni.

IMG_8777

Hanya Yeen (kanan) seorang sahaja yang memiliki bulu mata lentik dalam keluarganya.

"Tetapi cikgu tu nak lap juga dan akhirnya malu sendiri bila tengok tiada sebarang kesan maskara. Kemudian dia buat muka macam nak cover malu sebab tak percaya apa yang saya beritahu sebelum tu," katanya yang menetap bersama keluarga di Tanah Merah, Kelantan.

Mesra disapa Yeen, dia berkata, tidak semua guru mempunyai tanggapan sebegitu terhadapnya, namun mengimbas kembali kejadian membuatkan dirinya berasa geli hati dengan reaksi mereka.

Menurut Yeen dia tidak mengamalkan sebarang petua melentikkan bulu mata, tetapi percaya ia mungkin kerana ibunya, Rahimah Ramli, 53, suka melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu mengandungkannya.

"Tak semua cikgu macam tu, ada juga yang akan tanya dulu sama ada ini bulu mata asli atau palsu. Saya tak penat pun kalau kena terangkan kepada mereka setiap kali ditanya, cuma rasa kelakar bila melihat reaksi cikgu-cikgu.

"Memang sejak kecil lagi bulu mata saya lentik, tak amalkan sebarang petua pun.

Sekarang ni bila dah kahwin dan ada anak, mereka pula yang mewarisi bulu mata lentikni.

WAN NUR AZREEN WAN MOHD ZAID

"Tapi umi kata, masa dia mengandungkan saya dulu dia suka sangat tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyi.

"Tok Ti kan suka pakai bulu mata palsu kalau buat persembahan, jadi mungkin sebab itulah kot terkenan," ujarnya yang merupakan seorang suri rumah dan menjual produk kosmetik secara online sejak 2018.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik ini, hanya dia seorang sahaja yang memiliki bulu mata lentik dalam keluarganya.

Bagaimanapun, setelah mendirikan rumah tangga dengan Wan Alif Zhafran, 27, anak-anaknya turut mewarisi kelebihan ibu mereka.

"Kalau dalam keluarga, memang saya seorang sahaja yang dikurniakan kelebihan ini. Rasa seronok juga ada bulu mata lentik macam ni sebab kalau tak solek pun tak nampak pucat.

IMG_8808

Anak-anak mereka juga mewarisi bulu mata yang lentik Yeen dan suaminya.

"Sekarang ni bila dah kahwin dan ada anak, mereka pula yang mewarisi bulu mata lentik ni. Mungkin sebab bapanya juga memiliki bulu mata lentik, itu yang turun pada anak-anak.

"Pada saya setiap manusia ini dikurniakan dengan kelebihan mereka yang tersendiri, jadi hargailah setiap ciptaan Allah dan gunakan ia sebaik mungkin," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain