RAKAMAN ketika kunjungan ke negara India yang dikongsi jurufoto dari Kuala Lumpur ini meraih sehingga sejuta jumlah tontonan di aplikasi TikTok. Selain keindahan panorama alam, paparan mengenai budaya negara itu cukup mencuri perhatian ramai sehingga ada netizen yang meluahkan hasrat untuk berkunjung ke sana suatu hari nanti. ARTIKEL BERKAITAN: Musim pandemik buka peluang wanita ini selongkar video-video travel lama, tapi kenapa sampai 4 kali pergi Pakistan? ARTIKEL BERKAITAN: Dah kunjungi 30 negara, Paris tak seindah dijangka... jejaka ini serik mahu ke sana - “Kita fikir ia bandar romantik, pergi sana baru nampak semua benda” Menurut Fakhrul Aizat Agos Lokman yang bekerja sebagai jurufoto sejak tahun 2010, dia sudah berkunjung ke India sebanyak 16 kali. Bermula dengan kunjungan bersama rakan pada 2013, dia kemudiannya memulakan khidmat sebagai pemandu pelancong sehingga banyak melakukan perjalanan membawa rakyat Malaysia ke negara itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya sendiri tak pernah terfikir nak ke India. Pertama kali pergi saya tak rasa teruja. Ditambah pula pengalaman cirit-birit sebelum nak balik ke Malaysia. "Saya fikir mungkin itulah kali terakhir saya berkunjung ke India. Kemudian pada 2018 kawan ajak lagi sekali. Bila ke sana, saya rasa agak berbeza. Bermula dari situ saya sedar tafsiran saya salah selama ini. Fakhrul berkata, negara India kaya dengan budaya menarik dan pemandangan alam yang indah. "Sejak itu, dah 16 kali saya ke India. Saya bawa rakyat negara ini yang nak melawat ke sana. Tapi sebenarnya saya dah jadi tourist guide sejak 2014, tapi sebelum itu saya hanya fokus bawa orang naik gunung saja. Sejak 2018 baru bawa orang ke India," ujarnya. Menurut jejaka berusia 34 tahun itu, dia seronok dapat menzahirkan kreativiti sebagai jurufoto setiap kali kunjungan ke sana. India kaya dengan budaya. Seronok nak ambil gambar di sana. FAKRHUL Malah katanya, pelancong yang dibawa juga sering meminta bantuannya untuk merakam gambar memandangkan mereka tahu pengalamannya yang luas dalam bidang fotografi. "Kalau pergi ke sana, saya juga akan ambilkan gambar untuk client. Kadang-kala mereka hulurkan telefon minta saya ambil gambar. Saya pun tak kisah, ibarat bonus untuk mereka dapat melancong dengan jurugambar, senanglah mereka nak dapatkan gambar cantik-cantik di sana. "Sejak pandemik dan tak dapat bekerja, saya mula kongsi video-video kunjungan ke sana menerusi TikTok. Tak sangka blow up. Sebelum ini saya banyak kongsi melalui Instagram saja. Rupa-rupanya penangan lebih meluas di TikTok. Fakhrul sudah berkhidmat sebagai jurufoto sejak tahun 2010. "Siapa yang tak rindu nak melancong? Sebab itu juga saya banyak throwback video-video lama di TikTok. Walaupun orang cakap saya tak habis-habis throwback, saya tak kisah. Harap sangat sektor pelancongan dan sempadan negara dibuka semula, tapi ia perlu dibuat dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," ujarnya lagi. Menurut Fakhrul, dia juga masih mempunyai dua trip ke India yang kini tertunda akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu. Malah katanya, India pastinya akan menjadi negara pertama yang dikunjungi selepas pintu sempadan negara dibuka kelak. Antara foto yang dirakam ketika kunjungannya ke India. Imbasnya lagi, dia suka berkunjung ke India kerana suasananya yang kaya dengan budaya dan masih old school jika mahu dibandingkan dengan negara-negara lain. "Sejujurnya kalau ikut pendapat peribadi, India kaya dengan budaya. Seronok nak ambil gambar di sana. Banyak benda yang dah tak ada di negara kita masih ada di sana. "Contohnya orang menunggang kuda di tepi jalan. Suasana di sana masih old school. Tempat di sana juga sangat cantik. Contohnya Kashmir. Fakhrul berharap industri pelancongan akan kembali pulih tak lama lagi. "Ramai yang tertarik untuk ke kawasan utara di India. Memang sangat berbeza. Ada musim sejuk, musim luruh, musim panas dan musim bunga. Pemandangan alam di sana sangat cantik. Orang tak jangka ada tempat seindah itu di sana. "Dalam trip saya biasanya akan dibawa ke sana, malah saya juga akan bawa client melawat salah satu daripada tujuh keajaiban dunia iaitu Taj Mahal," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI