VIDEO memaparkan seorang jejaka berusia 19 tahun yang bertugas di sebuah pusat latihan memandu di Setiu, Terengganu ternyata mencuri tumpuan ramai. Malah, video guru memandu muda tersebut turut meraih ratusan ribu tontonan dan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Menurut Muhammad Aufa Aisan Mohd Hashiri, dia sebenarnya bekerja dengan bapanya yang juga seorang guru memandu dan sama sekali tidak menyangka video memaparkan dia sedang bertugas akan tular di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Ujian memandu je tapi diberi jolokan bukit paling seram! - “Dari jauh nampak rendah bila di atas macam kat puncak Everest” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 4 anak confident bawa bas seluruh pelusuk negara, tak kisah orang perkecil kemampuan diri - “Ada yang takut nak naik” Jelas anak ketiga daripada enam beradik itu, dia mula bertugas di pusat latihan memandu itu sejak menamatkan pengajian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019. "Ayah ajak saya bekerja. Jadi saya mula tolong ayah sejak tamat SPM masa tahun 2019. Selain saya, abang pun turut bekerja dengan ayah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya sendiri dah ada lesen memandu sejak umur 17 tahun. Video ketika mengajar itu saya kongsi di TikTok sebagai kenangan saja. Nak tunjuk bagaimana kita mengajar. "Agak terkejut bila viral. Ramai juga yang datang belajar tegur saya, mereka kata kenal melalui TikTok. Alhamdulillah setakat ini belum ada komen negatif. Aufa juga berkebolehan sebagai tukang gunting rambut. "Ramai juga yang mesej saya tanya mengenai proses untuk dapatkan lesen. Orang dari Johor pun ada mesej dan bertanya, dia nak datang buat lesen di sini," ujarnya. Mesra disapa Aufa, dia mengakui tugasnya dalam mengajar individu yang mahu mendapatkan lesen memandu tidak semudah yang disangka. Masa mengajar tak boleh marah-marah, nanti pelajar pun tak boleh fokus dan dia jadi lagi takut. AUFA Selain cabaran untuk memberi kefahaman kepada mereka, dia turut berdepan dengan insiden apabila kereta yang dikemudi pelajarnya hilang kawalan ketika berada dalam litar pemanduan. "Banyak cabaran. Ada juga anak murid yang degil. Kita suruh pusing kiri, dia pusing kanan. Ada yang susah faham. Yang penting kita kena sabar. "Pekerjaan ini ada susah dan senangnya, kalau tak sabar memang tak boleh. Saya berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Antara video yang dikongsi menerusi TikTok. "Banyak juga berlaku kejadian tak diingini. Antaranya kereta yang dipandu pelajar naik sampai atas divider. "Tapi ujian bukit yang paling ramai orang takut. Tapi jangan risau, kami akan ajar perlahan-lahan. Masa mengajar tak boleh marah-marah, nanti pelajar pun tak boleh fokus dan dia jadi lagi takut," ujarnya lagi. Dalam pada itu kata Aufa, dia peka dengan komen-komen yang ditinggalkan menerusi TikTok selepas video memaparkan dirinya tular baru-baru ini. Kata Aufa, kesabaran menjadi kunci utama dalam bertugas. Ujar anak muda itu, dia menerima segala komen usikan khususnya dari kaum hawa dengan hati terbuka dan menganggap ia sebagai satu gurauan sahaja. Selain bekerja dengan bapanya di pusat latihan memandu, Aufa juga membuka sebuah kedai gunting rambut selepas tamat persekolahan. Posting video Aufa di TikTok turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Menurut Aufa, dia sendiri akan ke kedai dan memotong rambut pelanggan jika mempunyai kelapangan selepas seharian bekerja di pusat latihan memandu. Pada masa sama, dia turut memasang impian untuk berkhidmat sebagai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) suatu hari nanti. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!