suria

Pernah diejek ahli sihir kerana berhidung mancung, tapi kini gadis kembar keturunan Arab tak ambil hati - “Mama pun pernah rasa”

Farah sering diejek sewaktu berada di sekolah rendah.

"SANGKUT baju ke hidung?" begitulah kata-kata yang dilontarkan kepada seorang gadis ketika berada di sekolah.

Rakaman video berdurasi 11 saat itu memaparkan ejekan yang diterima kerana paras rupanya.

Visual tersebut meraih lebih 90,000 tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Realiti di TikTok! Layan pembeli sampai tak tidur, berdiri 5 jam buat reviu... wanita ini bukan suka tapi trauma bila ramai ‘lock’ baju dijualnya

ARTIKEL BERKAITAN: Janji tak nak kahwin, eh dia naik pelamin dulu! Bersahabat 12 tahun, wanita kongsi kisah BFF seorang perahsia - “Kenal lama, tak tahu pula bercinta”

Berkongsi cerita kepada mStar, Farah Alway, berkata, hidungnya sering menjadi perhatian ramai kerana keluarganya yang mempunyai darah kacukan masyarakat Timur Tengah.

Jelasnya lagi, dia mula diejek seawal usia sembilan tahun ketika bersekolah di Maahad Darul Anuar, Kampung Pulau Melaka, Kelantan

"Sebenarnya video itu tentang bentuk hidung saya, itulah benda yang pertama sekali orang akan tegur kalau pergi ke mana-mana.

"Sebab ibu bapa saya mix, abah keturunan Arab Yemen dan mama pula Arab campur Pakistan," katanya yang berasal dari Kelantan dan menetap bersama keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

IMG_9522

Yusnita (kiri) banyak memberi semangat kepada anak sulunga sewaktu dia sedih kerana diejek.

Mesra disapa Farah, katanya, dia sering diejek dengan pelbagai gelaran, malahan kembarnya, Farhan juga tidak terlepas daripada perkara tersebut.

Bagaimanapun, ibu bapanya iaitu Yusnita Yunus, 40 dan Alway Jaafar, 65, merasakan perkara itu adalah normal memandangkan mereka berdua berketurunan Arab.

"Mereka ejek hidung saya dengan bermacam-macam panggilan seperti ahli sihir, jual karpet, anak Bangla, hidung panjang, penyangkut baju dan Pinocchio.

"Perasaan waktu itu memang sangat kecewa dan sering menangis kerana masih kecil lagi masa tu. Kedua ibu bapa tahu yang anaknya selalu diejek, cuma kadang-kadang terkejut kalau saya balik dalam keadaan menangis.

Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hati pun.

FARAH ALWAY

"Tapi mereka cakap normal saya diejek sebab ada keturunan Arab. Saya tidak balas pun ejekan itu, tapi akan bercerita pada mama.

"Saya bersyukur kerana ejekkan itu tidak memberi kesan kepada kesihatan mental. Lagipun saya sekelas dengan kembar saya, jadi tak adalah rasa seorang diri sangat," ujarnya yang menolong ibunya menjalankan bisnes menjual pakaian secara online.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, ibunya sering memberi kata-kata semangat kerana dia juga pernah melalui perkara yang sama.

Farah berharap sesiapa yang diejek kerana paras rupa supaya banyak bersabar kerana kita tidak dapat mengawal apa yang keluar dari mulut seseorang.

"Mama yang banyak memberi semangat sebab saya seorang sahaja anak perempuan mama, Farhan tak diejek teruk sangat kerana dia lelaki.

IMG_9521

Farhan (kiri) juga diejek tetapi tidak seteruk yang kembarnya terpaksa tempuhi.

"Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hati pun. Malah saya dengan hati terbuka memaafkan sesiapa sahaja yang pernah hina atau ejek saya.

"Kepada mereka yang berketurunan seperti saya, harap anda semua bersabar. Sebab benda macam ni tak boleh dielakkan dan mulut orang kita tak boleh nak tutup," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain