suria

Tengah syok main, satu ‘tamparan’ ayah bagi di muka! Ibu terkejut video anak mencebik selepas ditampar raih lebih 2 juta views

Andra mencebik selepas bapanya menampar nyamuk yang hinggap di wajahnya.

RAKAMAN video seorang bayi lelaki mencebik seolah olah mahu menangis mencuri perhatian ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya, bayi tersebut kelihatan terkejut dan mahu menangis setelah si bapa menampar pipinya kerana mahu membunuh nyamuk.

"Ayah tak..." kedengaran suara bapanya tergamam sebaik sahaja melihat anaknya mahu menangis selepas ditampar, sebelum ibu memujuk bayi berkenaan.

Visual tersebut setakat ini meraih hampir 2 juta tontonan dan ribuan komen daripada warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kurang belanja bulanan sambil kumpul pahala mudahkan rakan serumah, juruteknik ini buat sendiri penapis air... kos tak sampai RM200

ARTIKEL BERKAITAN: Dilahirkan kaki pendek, pemuda ini teruskan hidup bergerak guna skateboard walau selalu juga jatuh tergolek - “Teringin nak hiking...”

Berkongsi cerita kepada mStar, Fathiah Abu Supian, 28, berkata, ketika kejadian dia kebetulan sedang merakam video untuk dimuat naik ke akaun Instagram milik anak bongsunya, Megat Andra Zaydeen Muhammad Soleh yang berusia lapan bulan.

Pada masa itulah suaminya, Megat Muhammad Soleh Buang, 33, menampar perlahan anak mereka kerana mahu membunuh nyamuk yang hinggap di wajah Megat Andra atau lebih mesra disapa Andra.

"Masa tu kami sekeluarga sedang berkelah di Pantai Remis, Kuala Selangor pada petang Isnin lalu, saya cuma nak rakam Andra bermain pasir sebab dia ada Instagram sendiri.

"Jadi saya rakam video dia bermain pasir untuk aktiviti sensory play. Nak dijadikan cerita, waktu itu ayahnya tampar muka dia sebab nak halau nyamuk.

IMG_9609

Walaupun Andra (kanan) seorang bayi yang sensitif, namun dia agak lasak apabila bermain bersama kakaknya.

"Suami pukul pun tak la kuat mana, cuma Andra ni suka mencebik. Dia memang sensitif sikit, kalau kita sentuh sikit pipinya tu mulalah dia nak menangis," katanya yang menetap di Setia Alam, Selangor.

Mesra disapa Tiya, katanya, disebabkan anak bongsunya itu seorang yang sangat sensitif, mereka sekeluarga selalu mengusiknya hanya kerana mahu melihat dia mencebik.

Bagaimanapun, Andra agak lasak jika bermain bersama kakaknya, Putri Anggun Zinnirah Mohd Soleh, yang berusia dua tahun.

"Kami memang suka tengok dan kalau boleh nak buat dia menangis sebab nak lihat gelagatnya yang comel tu. Kalau dia tengah cebik tu memang rasa ish comelnya!

"Kalau saya, suami atau kakaknya terjerit atau buat Andra terkejut, dia mesti mudah tersentuh.

Video macam ni lah yang kita akan lihat semula sebagai kenangan.

FATHIAH SUFIAN

"Andra ni walaupun sensitif dan manja, tetapi dia sebenarnya senang ketawa kalau diagah. Tapi boleh tahan lasak juga la kalau dia bermain dengan kakaknya," ujarnya yang bekerja sebagai pentadbir pengurusan hartanah di Bukit Jalil.

Ibu kepada dua cahaya mata yang berasal dari Perak itu berpandangan tidak salah untuk ibu bapa merakam setiap detik bersama anak-anak mereka.

Tambahnya lagi, sebagai ibu dia mahu mereka menikmati momen-momen indah sebaik mungkin sementara anak-anak masih kecil.

"Pesanan saya kepada ibu bapa dan yang bakal menimang cahaya mata tu, kita seharusnya menikmati detik indah sebegini sewaktu anak-anak masih kecil lagi.

IMG_9608

Tiya (kiri) dan suaminya sering mengusik Andra kerana mahu melihat dia mencebik.

"Sebab nanti bila mereka dah semakin dewasa, kita akan rindu momen bersama mereka. Video macam ni la yang kita akan lihat semula sebagai kenangan.

"Jadi, sama-sama kita nikmati saat-saat berharga menjadi ibu bapa kepada anak-anak yang sedang membesar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain