"GERAK pukul 7.55 pagi pun rasa masih awal," itulah kata-kata seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan ke pejabat. Perkongsian video berdurasi 34 saat itu memaparkan bagaimana dia bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya sebelum berjalan kaki bagi menjalani latihan praktikal pada Isnin lalu. Video tersebut setakat ini meraih sebanyak 214,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Sendirian angkat 5 tan sawit masuk lori, pemuda ini ada alasan enggan guna mesin... harap isteri faham sesuatu daripada video dikongsi ARTIKEL BERKAITAN: Abang ‘pergi’ sebelum majlis nikah, selepas setahun baru adik ada kekuatan buka hadiah kahwin pemberian arwah - “Tekaan saya tepat” Bercerita kepada mStar, Muhammad Aidil Mohd Tajuddin, 21, tidak menyangka videonya itu akan muncul di For You Page (FYP) di TikTok. Katanya, dia sekadar mahu berkongsi dengan penonton tentang perjalanannya ke tempat pratikal yang terletak begitu dekat dengan kediamannya. "Sebenarnya video tu saya rakam hanya untuk suka-suka je, sebab tak sangka pun akan masuk ke FYP. Cuma nak tunjuk yang tempat praktikal sebelah rumah je. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya praktikal di Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, Perak di bawah penyeliaan Unit Kejuruteraan Awam sebagai penolong pegawai jurutera awam. "Saya perlu menjalani praktikal selama dua bulan, bermula pada 27 September sehingga 11 November tahun ini," katanya yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Mesra disapa Aidil, katanya, dia berasa sangat beruntung apabila dapat melakukan latihan praktikal di pejabat itu kerana ia terletak bersebelahan dengan rumah kakaknya Norazizah yang berusia 33 tahun. Anak kelahiran Lenggong itu menetap berdua bersama kakaknya di Kompleks Guru Bukit Balai di kawasan sama. "Terfikir untuk apply di situ kerana ia dekat dengan rumah kakak dan rasa nak habiskan semester akhir ni di tempat asal sebab dah lima semester saya merantau di negeri orang. "Lagipun jiran di sini yang beritahu ada kekosongan untuk pelajar praktikal, dia pun bekerja di situ sebagai Penolong Pegawai Pembangunan. Aidil merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Awam di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. "Jadi saya pun buatlah permohonan untuk buat praktikal kerana saya rasakan ia adalah tempat terbaik dan sudah tentu saya rasa gembira apabila diterima. Kebanyakan rakan sepejabat terkejut apabila dapat tahu saya datang ke pejabat hanya dengan berjalan kaki. "Rasa beruntung dapat praktikal di sini sebab dekat sangat dengan rumah, ambil masa dua minit je nak sampai pejabat. Masuk pejabat pun dua hari seminggu iaitu pada Selasa dan Rabu, selebihnya bekerja dari rumah sahaja," katanya yang bakal menamatkan pengajian diplomanya setelah selesai praktikal pada November 2021. Disebabkan tempat kerja Aidil hanya bersebelahan dengan rumah kakaknya, dia selalu pulang untuk memasak makanan tengah hari pada waktu rehat. Katanya, dia langsung tidak kekok berada di dapur kerana ibunya, Asiah Yakub, 61, banyak mengajarnya tentang masakan sewaktu mereka tinggal bersama di Taiping, Perak. "Selalunya waktu pagi saya dah keluarkan ayam mentah dan barang-barang basah, jadi bila waktu rehat saya balik tinggal nak masak je. Dekat situ je dah jimat masa, sempat la saya nak memasak, makan dan solat sebelum masuk ke pejabat semula. "Selalunya saya masak sendiri je kerana saya duduk dengan kakak dan dia pun tak ada masa untuk masak sebab sibuk dengan tugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing, Lenggong. Apa-apa pun perkara melibatkan pekerjaan ni kita tak boleh nak berharap sangat. MUHAMMAD AIDIL MOHD TAJUDDIN "Bab nak memasak ni memang tak jadi masalah pun sebab saya banyak belajar memasak dengan mak waktu tinggal bersama mereka di kampung. "Masakan diajar oleh mak yang paling saya pandai ialah mee, bihun dan kuey teow goreng sebab saya tak berapa gemar makan nasi. Tapi masakan mak yang paling saya rindukan ialah sambal belimbing," ujarnya. Anak bongsu daripada lima beradik ini juga sempat berpesan kepada pelajar yang ingin menjalani latihan praktikal supaya membuat permohonan setelah mempertimbangkan beberapa faktor penting termasuklah tempat tinggal. Sama ada permohonan mereka diterima ataupun tidak, ia bergantung kepada rezeki masing-masing. "Pesanan saya kepada pelajar lain ialah mohon sahaja di mana yang ada kekosongan tak kiralah jauh atau dekat. Peluang tu bergantung pada rezeki kita juga sebenarnya. Aidil tidak rasa kekok untuk beraksi di dapur kerana ibunya banyak mengajar tentang masakan sewaktu di kampung. "Ada setengah orang dapat tempat praktikal jauh tapi diserap terus sebagai pekerja tetap, tak salah pun kalau nak mencuba kan? "Apa-apa pun perkara melibatkan pekerjaan ni kita tak boleh nak berharap sangat. Kalau ada rezeki tu Alhamdulillah syukur," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!