"HANYA mampu beristighfar dan mengucap... dalam keadaan pandangan 'tertutup', mata menangkap sejalur cahaya putih." Demikian kata Nurmasturina Najihah Hassin ketika bercerita mengenai kejadian ngeri yang mana dia nyaris menemui ajal selepas keretanya terbabas ke dalam gaung berketinggian enam meter. Kuasa Allah, wanita ini terselamat tanpa mengalami sedikit pun kecederaan meskipun keretanya remuk teruk dan dikategorikan 'total loss'. ARTIKEL BERKAITAN: Inai masih merah, pengantin baru pengsan di hospital selepas tengok keadaan suami kemalangan - “Pihak sana seolah tak hirau keadaan kami” ARTIKEL BERKAITAN: Koma 2 minggu, ibu reda jika anak bongsu dijemput Ilahi... pelajar STPM imbas detik ‘mati hidup semula’ akibat kemalangan, batuk pun keluar darah Masih mengingati setiap detik insiden itu secara terperinci meskipun sudah dua tahun berlalu, wanita ini turut berkongsi secara ringkas kronologi kemalangan ngeri yang menimpanya itu di TikTok. Menurut gadis yang senang disapa sebagai Jiha ini, ketika insiden yang berlaku pada tanggal 16 Julai 2019 itu, dia sedang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu, Kelantan dan memandu bersendirian. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya bertolak dari Gua Musang sekitar pukul 7 malam. Saya tak bawa laju sebab ketika itu keadaan hujan agak lebat. Setibanya di satu selekoh berhampiran Sungai Bayu, mungkin kerana jalan licin, kereta hilang kawalan lalu terbabas. "Tiga kali stereng kereta berpusing... masa tu, memang gelap dah pandangan. Mungkin Allah 'tutup'. Dalam hati terdetik, mungkin dah tiba ajal menjemput... saya hanya mampu beristighfar dan mengucap. "Dalam keadaan kereta berpusing dan terjunam tu, mata menangkap sejalur cahaya putih. Saya masih ingat dengan jelas. Akhirnya, kereta berhenti terjunam kerana tersangkut pada pokok. Masa itu, bila menyedari masih bernyawa, tak henti-henti saya bersyukur," ujar wanita berusia 24 tahun ini. Kereta Jiha yang terbabas ke dalam gaung ditarik menggunakan trak tunda. Berada di bawah gaung yang agak dalam dan penuh dengan belukar, ditambah pula dengan suasana gelap malam, Jiha berkata dia cuba untuk bertenang dan tidak panik agar dapat berfikir tindakan yang patut dilakukannya. "Pertama sekali, saya keluar daripada kereta untuk pastikan tiada tumpahan minyak takut meletup dan sebagainya... berbekalkan lampu kereta saja. "Keduanya, saya call keluarga, bomba dan polis untuk bantuan. Saya tekan hon banyak kali untuk tarik perhatian pengguna jalan lain, tapi memang tiada siapa datang sebab tak dengar... gaung tu dalam. Keadaan kereta Jiha 'total loss' akibat kemalangan tersebut. "Saya tunggu di kereta saja dan selama menunggu, ayah dan ma tak henti-henti call untuk 'teman' dan pastikan saya selamat. Saya tak berani nak naik tebing sebab bimbangkan keselamatan lebih-lebih lagi saya perempuan, takut dirompak orang yang nak ambil kesempatan. "Masa di bawah, saya tak takut hantu dah waktu tu. Alhamdulillah, kawan ayah yang tinggal berdekatan datang selepas dihubungi ayah. Dialah orang pertama sampai dan barulah saya berani naik atas," ujar ahli perniagaan muda yang mengusahakan bisnes QueeN Pizza ini. Saya tak terlalu fobia cuma lebih beringat. Tapi kalau lalu lokasi kejadian, memang automatik terimbau. NURMASTURINA NAJIHAH HASSIN Bercerita lebih lanjut, anak kelima daripada enam adik beradik ini berkata, sungguhpun insiden tersebut hampir meragut nyawa, namun dia tetap menguatkan semangat kerana rutin sebagai ahli perniagaan memerlukan dirinya untuk sentiasa bergerak ke merata lokasi. "Selepas insiden itu, abah dan ma memang larang saya bawa kereta seorang diri dan kena berteman. Tapi lama kelamaan bila tengok semangat saya, mereka izinkan memandu berseorangan namun nasihatkan lebih hati-hati. "Saya tak terlalu fobia cuma lebih beringat. Tapi kalau lalu lokasi kejadian, memang automatik terimbau," ujarnya yang juga merupakan seorang ejen insurans. Selain menjadi pengasas QueeN Pizza, Jiha juga seorang ejen insurans dan menjadi stokis kepada sabun membasuh pakaian. Pertama kali berkongsi pengalaman ditimpa kemalangan di media sosial dalam tempoh dua tahun selepas kejadian, Jiha berkata dia tergerak untuk berbuat demikian semata-mata kerana mahu memberi peringatan dan pengajaran buat orang lain. "Saya cuma nak sampaikan mesej daripada pengalaman sendiri. Sebenarnya, masa mula bertolak, saya dah rasa tak sedap hati tapi saya teruskan juga. Jadi selepas ini memang kena alert. Kalau tak sedap hati, berhentilah solat di mana-mana dulu. Ibu bapa merupakan tulang belakang yang menyokong kariernya sebagai ahli perniagaan muda. "Keduanya, pentingnya tali pinggang keselamatan (seatbelt). Alhamdulillah, saya pakai seatbelt ketika itu. Memang ia 'grip' tubuh saya dekat seat masa kereta berpusing dan menjunam. "Ketiganya, ingatlah pesan orang tua-tua... janganlah keluar rumah kalau nak dekat Maghrib. Waktu itu tak berapa elok. Dan apa pun yang paling penting, sebelum mulakan perjalanan, baca doa mohon perlindungan dan berzikir," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!