suria

Selesa berkopiah setiap kali buat aksi parkour, apa sebenarnya motif anak mudir sekolah tahfiz ini? Paling sempoi keluarga pun sokong, janji selamat

Banyak video Hasif turut menjadi tumpuan apabila dia dilihat memakai kopiah setiap kali melakukan aksi parkour.

BUKAN biasa-biasa.

Mungkin itulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kota Bharu, Kelantan yang aktif dalam sukan parkour.

Menurut Wan Muhammad Hasif Al-Mansur, 18, minat ke arah sukan ekstrem itu bercambah sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah panjat signboard ‘Ipoh’, 5 kali masuk lokap... apa sebenarnya pemuda ni nak tunjuk kepada masyarakat? - “Mak ayah mana tak sayang anak”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan calang-calang orangnya... rela jalan kaki KL-Ipoh kerana seorang wanita, lebih tragis si dia larikan diri - "Abang Wan terkejut, terus hulur RM400"

Berbekalkan inspirasi daripada filem-filem aksi dan video parkour menerusi internet, dia turut menyertai komuniti sukan itu di Kelantan sebelum mempelajarinya dengan lebih mendalam.

"Saya dah belajar parkour sejak tahun 2016. Ia bermula dengan minat. Saya tengok filem aksi lakonan Jackie Chan. Saya juga ada tengok video parkour di internet.

"Macam saya, mula-mula main parkour di padang. Kemudian pada 2017, saya masuk komuniti sukan itu di Kelantan dan mula belajar dengan kawan-kawan.

"Bagi saya, sukan ini tidak terlalu susah sebenarnya. Tengok orang buat, nampak agak susah. Tapi bila kita cuba, ia tak susah sangat," ujarnya kepada mStar.

hasif01

Dedah Hasif, dia terkejut apabila video di TikTok miliknya tular.

Mesra disapa Hasif, anak kedua daripada tiga beradik itu banyak berkongsi video aksi parkour menerusi Instagram dan TikTok.

Jelas Hasif lagi, dia juga terharu apabila video yang dikongsi meraih tontonan tinggi biarpun ada segelintir individu meninggalkan komen negatif terhadapnya.

Sebelum ini saya belajar di sekolah tahfiz sejak darjah enam sehingga tingkatan tiga.

HASIF

"Saya kongsi video di media sosial kerana masih ada orang yang tak kenal sukan parkour. Saya terkejut bila viral. Alhamdulillah, kebanyakan komen semua baik-baik.

"Tapi ada juga sikit komen negatif. Ada yang kata tak perlu menunjuk main parkour, lebih baik fokus akhirat.

"Pada saya, kita juga perlu bersukan untuk sihatkan tubuh badan. Saya pun hanya bersukan pada waktu petang ataupun pada hari cuti," jelasnya lagi.

Menurut Hasif, dia turut mendapat sokongan keluarga untuk meneruskan minat, dengan syarat sentiasa menjaga keselamatan diri.

hasif03

Hasif menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Namun kata Hasif, sudah menjadi adat dalam mana-mana sukan ekstrem, dia juga pernah berhadapan insiden malang yang membawa kecederaan.

"Kalau kecederaan tu, biasalah... dalam mana-mana sukan pun boleh cedera. Setakat ini saya tak pernah cedera parah. Cuma luka dan terseliuh saja.

"Keluarga juga beri sokongan. Mereka benarkan saya buat apa yang disukai, yang penting kena jaga diri," jelasnya.

hasif02

Hasif berkata, sukan parkour hanya dilakukan ketika dia berkelapangan sahaja.

Dalam pada itu, kebanyakan video Hasif turut menjadi tumpuan apabila dia dilihat memakai kopiah setiap kali melakukan aksi parkour.

Jelas Hasif, dia tidak berniat untuk menunjuk, sebaliknya selesa dengan pemakaian kopiah sejak dulu lagi.

"Saya pun tak tahu kenapa? Tapi saya memang suka pakai kopiah. Sebelum ini saya belajar di sekolah tahfiz sejak darjah enam sehingga tingkatan tiga.

"Ayah saya merupakan mudir di sekolah tahfiz dan saya belajar di sekolah tahfiz ayah sendiri," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain