suria

Calon SPM bingung, modul PdPR tak dapat ambil sedar-sedar dah ada dalam sungai! Pengajarannya jangan ambil ringan gejala sakit kepala

Kemalangan itu berlaku mungkin disebabkan Aqish pening sewaktu menunggang motosikal.

MALANG tidak berbau!

Itulah nasib seorang gadis yang terjatuh dari sebuah jambatan ketika menunggang motosikal semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Apa yang menghairankan, sehingga sekarang dia tidak tahu bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak melatah terima komen kononnya buat kerja mudah... siapa sangka mulanya sambutan biasa-biasa, kini karya seni pelajar UiTM ini laku keras!

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu panas baran, bermusuh adik beradik... siapa sangka jejaka berubah selepas ke kubur, siap plan kejutan buat 2 adik - “Sebak pertama kali dipeluk”

Bercakap kepada mStar, Nurain Balqis Abd Malik, 17, mengimbau kembali peristiwa yang berlaku sewaktu dia ke sekolah untuk mengambil modul bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 8 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, pelajar tingkatan lima ini menunggang motosikal miliknya dari rumah menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan.

"Kejadian berlaku dah lama pada Ogos lalu, masa tu saya dari rumah nak ke sekolah untuk ambil modul yang cikgu bagi. Sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi kami tak boleh ke sekolah untuk sesi pembelajaran.



Aqish tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk daripada insiden tersebut.

"Sebelum keluar rumah tu saya cuma makan roti sebab dah terbiasa makan lambat. Waktu keluar saya okay je, tapi bila sampai dekat satu tempat tiba-tiba mula rasa sakit kepala.

"Saya pun berhenti sekejap dekat tepi untuk berehat dalam 10 minit," katanya yang merupakan pelajar aliran Seni dan Tassawur Islam.

Setelah mengumpulkan sedikit tenaga, dia yang mesra disapa Aqish itu mengambil keputusan untuk berpatah balik semula ke rumahnya kerana tidak tahan sakit.

Namun keadaannya menjadi semakin teruk sehingga terjatuh dari jambatan sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

"Saya tunggang semula motosikal sebab nak balik, tapi lepas tu mata saya dah mula kabur dan tak nampak apa-apa.

jhjbvgfcd

Kedua ibu bapanya terkejut selepas mendengar khabar berita kemalangan anak mereka.

"Saya dapat ingat saya perlahan-lahan bawa motor kemudian dah tak ingat apa-apa... tak tahu terlanggar apa tahu-tahu je dah dalam sungai bawah jambatan.

"Saya sedar pun bila dah ada dalam sungai, itu pun masih bingung. Selang beberapa minit barulah sedar yang saya ni kemalangan," katanya menetap di Kampung Air Gelugor, Gemencheh.

Selang beberapa minit kemudian, anak bongsu daripada tiga beradik ini menjerit meminta bantuan daripada orang yang berada di atas Jambatan Ampang Tok Geduk, lokasi dia terbabit dengan kemalangan.

Dalam masa sama Aqish masih terkejut dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh terjatuh sedangkan di kawasan jambatan itu terdapat penghadang jalan.

"Ada orang tolong angkat bawa naik atas dan seorang lagi hamba Allah ni telefon ambulans.

"Saya tak perasan siapa orangnya sebab dalam kepala tengah fikir pasal motor dan perasaan ibu dan ayah.

Mujurlah tak cedera teruk, cuma luka pada kaki kiri dan kepala lutut bengkak mungkin sebab terhentak pada penghadang jalan.

NURAIN BALIQIS

"Beberapa minit selepas diselamatkan saya terus telefon ibu dan beritahu apa yang telah terjadi.

"Mereka pun terkejut dan sedih sebab tak sangka benda macam ni terjadi kepada anak mereka," katanya sambil menambah, motosikalnya mengalami kerosakan teruk di bahagian depan dan rim tayar bengkok.

Ditanya tentang video yang sempat dirakam ketika berada di dalam ambulans walaupun keadaannya nampak teruk, Aqish menjelaskan bahawa dia hanya mengambil sedikit masa merakam detik itu sebagai kenangan.

"Video masa tersandar di jambatan tu kawan saya yang rakam. Gambar serta video masa dalam ambulans dan hospital tu pula saya sempat rekod, nak simpan sebagai kenangan.

"Sebab sebelum ni pernah juga jatuh motor, tapi tak seteruk ini," tambahnya.

Walaupun Aqish tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk, tetapi dia ditahan di wad selama tiga hari dua malam di Hospital Tuanku Ampuan Najiha, Kuala Pilah.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang datang membantu sewaktu kejadian.

"Pengajarannya ialah jangan keluar rumah dalam keadaan perut kosong dan kalau tak sihat tu tak perlulah teruskan sebab malang tak berbau.

IMG_0382

Motosikal Aqish mengalami kerosakan teruk pada bahagian depan dan rim tayar.

"Mujurlah tak cedera teruk, cuma luka pada kaki kiri dan kepala lutut bengkak mungkin sebab terhentak pada penghadang jalan.

"Sampai terpaksa gunakan tongkat untuk berjalan dan ambil masa sebulan untuk pulih seperti biasa," katanya.

Untuk rekod, video yang dimuat naik oleh Aqish itu menjadi tular dan meraih hampir 160,000 tontonan di aplikasi TikTok

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain