SAIZ badan bukan penghalang. Itulah yang menjadi pegangan Wiwin Ariantika Abu Siri, 25, untuk mengejar minatnya dalam bidang tarian. Biarpun dilakukan sebagai hobi semata-mata, ramai yang terpegun dengan aksi lincah suri rumah itu sehingga dia meraih lebih 200,000 pengikut di TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci! - “Gemuk dari kecil, tak sangka boleh kurus” ARTIKEL BERKAITAN: Goodbye baju XXL, sakit asma pun dah kurang! Pemuda ini turun lebih 30kg tak sampai 6 bulan, ikut kawan Muslim puasa salah satu rahsianya Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Wiwin mendedahkan sudah mempelajari pelbagai seni tari sejak zaman sekolah rendah lagi. "Saya memang minat menari dari dulu lagu. Masa zaman sekolah, saya sering terlibat dengan aktiviti kebudayaan. Masa sekolah rendah saya belajar tarian hip-hop. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masuk sekolah menengah saya belajar pula tarian tradisional negara kita. Selain itu, saya juga suka menari lagu Bollywood sejak kecil lagi. Dalam keluarga, memang saya yang paling suka menari," ujarnya. Menurut Wiwin yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga, dia sebelum ini aktif menghasilkan video tarian di Instagram. Wiwin sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga. Sejak tujuh bulan lalu, dia beralih ke platform TikTok dan sama sekali tidak menyangka akan meraih perhatian ramai dalam tempoh yang singkat. "Bila dah kahwin, bosan duduk kat rumah, lebih baik saya buat content. Saya rasa TikTok juga merupakan platform yang bagus. Dulu saya aktif di Instagram. Kecil hati tu mesti ada, sedih bila penat buat video tapi orang komen macam tu. WIWIN "Bila saya kongsi video tarian Bollywood, ramai yang tengok. Kemudian saya buat video tarian tradisional pula, terus mendadak naik. "Alhamdulillah, dengan menari, dapat juga rezeki buat paid review. Terbuka pintu rezeki di sini. Ada yang bagi reviu makanan, baju dan produk. "Sejujurnya saya tak terfikir nak buat duit pun. Saya cuma kongsi video. Kemudian bila saya buka direct message (DM), ramai yang minta buat review. Rezeki itu ada di mana-mana," ujarnya yang menetap di Kuala Lumpur. Di sebalik rezeki itu, Wiwin juga tak terlepas menerima komen negatif khususnya yang memperkatakan mengenai fizikal dirinya. Wiwin minat menari sejak di bangku sekolah lagi. Kata Wiwin, dia sudah lali dengan perkara itu dan enggan menjadikan ia sebagai penghalang untuk meneruskan minat pada masa akan datang. "Sebenarnya saya dah terbiasa dengan komen negatif sejak zaman sekolah lagi. Dulu masa sekolah, orang tak pandang sebab saya gemuk. Masa nak menari, orang tak nak ambil sebab tak muat kostum. "Dalam TikTok pun ada. Cuma kalau dah melampau hingga aibkan keluarga, saya akan balas komen. Saya cuma nak berkarya di TikTok. Nak taburkan minat. Mungkin lima orang yang benci, lebih 10 orang yang beri sokongan. "Kecil hati tu mesti ada, sedih bila penat buat video tapi orang komen macam tu. Tapi saya enggan simpan dalam hati, saya ni jenis tak kisah," ujarnya. Wiwin tak patah semangat biarpun menerima banyak komen negatif. Dalam pada itu, Wiwin turut menitipkan pesan kepada individu di luar sana supaya menjaga adab di media sosial agar tidak mengguris hati orang lain. Malah, Wiwin juga menasihati individu senasib dengannya agar terus yakin meneruskan minat tanpa memikirkan dan menghiraukan kata-kata orang lain. "Kalau boleh kita jaga adab. Pesan saya kepada orang berbadan gempal pula, jangan pernah putus asa untuk tunjuk kemahiran dan kemampuan kita. "Jangan sampai orang terus merendahkan kita. Setiap orang ada kelebihan tersendiri. Kita kena bina keyakinan diri," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!