BADANNYA sasa dan berotot, namun wajahnya lebih menjadi tumpuan. Begitulah yang dialami seorang pemuda yang berkongsi video-video melakukan senaman angkat berat di gim. Manakan tidak, sekali pandang pastinya ramai yang mengatakan wajahnya mirip pelakon dan pelawak Nasrizal Ngasri atau lebih dikenali sebagai Bell Ngasri. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mirip pelakon Squid Game... wanita ini layankan 'permintaan' satu ofis, sampai menggeletar dapat respons Kim Joo-ryoung - "Bukan tak minat drama Korea cuma..." ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini 'tiada masalah' wajahnya dikata iras Sari Yanti, patutlah ayu... rupa-rupanya pegang gelaran Ratu Lepa 2019 Jejaka sado berkenaan, Abdul Malek Roslan berkata, wajahnya disamakan dengan pelakon berusia 41 tahun itu bukan perkara baharu kerana dia mula melaluinya sejak 10 tahun lalu. Pemuda berusia 30 tahun ini berkata ia bermula sewaktu dia melakukan kerja-kerja penyelenggaraan berkaitan penyaman udara ketika itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tu saya singgah di tepi jalan untuk beli air minuman di sebuah gerai. Sewaktu melintas ke seberang jalan, ada tiga wanita dekat gerai senyum-senyum pandang saya dari jauh. "Bila dah sampai dekat gerai, mereka tanya saya ni Bell Ngasri ke? Mereka tak percaya bila saya kata bukan. Masa tu badan saya tak sebesar macam sekarang," katanya kepada mStar. Malek mula mengangkat berat seawal usia 19 tahun. Malek berkata, wajahnya mirip Bell Ngasri bukan sahaja turut diperkatakan dalam kalangan rakan-rakan, malah turut disedarinya sendiri secara tidak langsung. "Kadang-kadang saya sendiri rasa ada sedikir persamaan, 50-50 terutama pada senyuman," katanya yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang. Siapa sangka pemuda berketinggian 167 sentimeter (sm) itu juga merupakan pemenang bagi pertandingan badan cantik kategori bakat baharu, Mr Enrich 2019. Malah, dia turut menduduki tempat keempat kategori terbuka bagi pertandingan sama, yang menyaksikan saingan dengan peserta-peserta senior dan berbakat. Merangkul gelaran bakat baharu Mr Enrich 2019. foto TegapTV.com Malek memberitahu, dia mula melakukan aktiviti senaman angkat berat di gim sejak 11 tahun lalu ketika umurnya 19 tahun. "Kebiasaannya saya akan workout (bersenam) sebanyak lima hari dalam seminggu. Pernah juga saya workout dua kali sehari iaitu pagi dan malam. "Kadang-kadang saya workout juga di rumah kerana ada kelengkapan asas seperti dumbbell," katanya yang baru mendirikan rumah tangga pada Julai lalu. Malek bersenam lima hari seminggu. Menurut kontraktor pembinaan rumah ini, dia melakukan senaman dan diet pemakanan kerana mahu memiliki badan cantik. "Sebelum masuk gim, saya kurus berat cuma 55kg dan sekarang 71kg. Kebanyakan protein untuk pembinaan otot saya ambil daripada telur. Bell Ngasri merupakan pelakon dan pelawak yang hebat. Memang sangat berkesan lakonannya. Kalau komedi, tengok mimik muka dia pun dah boleh buat orang ketawa ABDUL MALEK ROSLAN "Saya pernah makan 30 biji putih telur separuh masak iaitu 10 biji waktu pagi, 10 biji sebelum workout dan 10 biji selepas workout. Tapi pernah juga saya makan 30 biji putih telur separuh masak sekali gus masa lepak di kedai mamak. "Tapi saya lebih berminat ke arah pertandingan badan cantik saja, bukan nak badan besar sangat jadi ahli bina badan sebab tak selesa bertanding pakai seluar dalam je," katanya. Malek terharu wajahnya dikatakan iras Bell Ngasri. Mengenai wajahnya mirip Bell Ngasri, pemuda yang menetap di Bachok, Kelantan itu berasa amat terharu dan menganggapnya sebagai satu penghargaan. "Bell Ngasri merupakan pelakon dan pelawak yang hebat. Memang sangat berkesan lakonannya. Kalau komedi, tengok mimik muka dia pun dah boleh buat orang ketawa. "Saya banyak mengikuti drama dan filem lakonan Bell Ngasri terutama 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid yang ditayangkan pada bulan puasa lalu. "Teringin jumpa Bell Ngasri. Kalau berpeluang berjumpa, saya nak belanja dia makan, nak ajak workout sekali pun boleh. Sebelum ini saya berkongsi ilmu latih orang workout," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!