suria

“Picit-picit tak ada isi” - Bayar 10 sen, dapat ‘Apollo Roka angin’... wanita ini terima kejutan selepas hantar emel aduan

Seorang gadis berkongsi video 'Apollo Roka angin' yang dibelinya sebelum menerima dua kotak wafer sebagai ganti.

TUAH ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu!

Pepatah ini sesuai untuk menggambarkan nasib seorang peniaga dalam talian, Nor Syazalina Mohd Yusri, 26, apabila dihadiahkan dua kotak wafer Apollo sebagai ganti kepada 'Apollo Roka angin' yang dibelinya.

"Hi Tuan, nama saya Nana, semalam saya beli Apollo Roka tapi tidak ada Roka di dalam pembungkus," tulis Syazalina kepada Apollo sambil mengirimkan video yang dirakamnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Susah nak cari aksesori tradisional, masalah MUA mahu jayakan video Lisa Blackpink selesai selepas ternampak sesuatu di dapur

ARTIKEL BERKAITAN : “Orang tak nak ambil, saya tak muat kostum” - Tak jadi penari, suri rumah ligat menari di TikTok hingga kumpul lebih 200,000 pengikut

Menurut Syazalina yang berasal dari Alor Setar, Kedah, semuanya bermula apabila dia memuat naik sebuah video membuka sebiji Apollo Roka yang dibelinya dengan harga RM8 (80 biji) di sebuah pasar raya awal bulan lepas.

"Saya beli Apollo Roka tu pada 13 September dekat sebuat pasaraya di Pendang, saya beli pek besar sebab saya memang suka makan Roka dan saya memang guna untuk masukkan dalam gift box yang saya jual juga.

"Sehari selepas tu, sebelum nak buka saya rasa macam tak ada isi sebab tak rasa berketul bila picit plastik, jadi saya terus buat video niatnya sekadar untuk suka-suka je," jelasnya.



Nana suka makan Apollo Roka selain menggunakan produk tersebut di dalam gift box yang dijualnya.

Video tersebut yang dikongsikan Syazalina yang mesra dipanggil Nana ini di akaun TikToknya kini telah mendapat hampir 20,000 tontonan.

Menurut Nana dia hanya mencuba nasib menghantar emel kepada pihak Apollo mengenai insiden 'Roka Angin' tersebut dan tanpa diduga, pihak Apollo memberi maklum balas kepadanya dengan sepantas kilat.

"Macam mana saya terdetik nak email pihak Apollo tu sebenarnya spontan je, saya cari email Apollo dekat Google," ujarnya.

FotoJet (2)

Tangkap layar video Nana membuka pembungkus Apollo Roka yang dibelinya.

Sementara itu Apollo dalam emel balasnya berkata: "Terima kasih atas maklum balas berkenaan dengan kualiti produk Apollo, kami akan menjalankan siasatan.

"Kami ingin memohon maaf di atas perkara tersebut.

"Sila nyatakan alamat dan nombor telefon bagi membolehkan pihak kami menggantikan produk Apollo tersebut," tulis Apollo.



Nana menerima dua pek Apollo wafer sebagai ganti kepada Apollo Roka 'angin' yang dibelinya.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, dia berasa terharu serta tidak menyangka pihak Apollo akan mengambil aduannya dengan serius.

"Saya tak berharap pun sebab item yang bermasalah cuma satu dan harganya pun murah.

"Tapi pihak Apollo reply sangat cepat dalam masa beberapa jam je dan mereka minta detail saya untuk ganti rugi, esoknya mereka dah pos.

"Saya dapat dua kotak Stick Wafer jenama Apollo, masa barang sampai saya rasa macam terharu sebab tak sangka pihak Apollo layan aduan macam tu sebab cuma sebiji Roka je yang tak ada isi," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain