suria

Gugup teruk, gadis nyaris tak duduk di pelamin gara-gara jodoh diatur mak ayah - “Itulah kali pertama dia lihat wajah bakal suami”

Syahirah gugup dan gementar ketika diiring ke pelamin sewaktu majlis pertunangannya.

SEIRING dengan perkembangan zaman dan teknologi, kebanyakan anak muda ketika ini lebih senang mencari sendiri calon untuk dijadikan pasangan hidup mereka.

Lebih-lebih lagi ketika ini wujudnya pelbagai media media sosial untuk memudahkan lagi perhubungan, justeru istilah jodoh diatur oleh orang tua boleh dikatakan jarang-jarang sekali diamalkan.

Bagaimanapun perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila adik perempuannya memilih untuk menyerahkan soal jodohnya kepada ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun berjiran, wanita tak sangka jodoh dengan rakan sepermainan depan rumah - “Mak mentua datang, tanya dah berpunya ke belum”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jodoh’ kerja sebumbung tapi tak nampak gara-gara baju ala PPE, mujur ada Family Day... wanita Semarang akhirnya bertemu suami dari Marang

Video yang dirakam ketika si gadis malu dan gementar saat pertama kali bersua wajah dengan bakal suami ketika hari pertunangan, sehingga kini meraih lebih 4 juta jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Syamimi Mahmud berkata adik ketiganya, Syahirah Amirah Mahmud, 21, melangsungkan pertunangan pada Jumaat lalu dengan pasangannya selepas dirisik oleh keluarga si jejaka yang merupakan anak kepada kenalan ibunya.

"Seminggu sebelum majlis pertunangan, keluarga lelaki tersebut yang juga kawan ibu datang ke rumah untuk bertanya tentang bunga untuk disunting. Masa mereka datang, saya dan adik pun tiada di rumah.

"Ibu kata nak kena tanya tuan badan dulu dan akan bagi jawapan kemudian. Malam tu ibu tanya adik dan paling tak sangka, adik kata dia serahkan kepada ibu kerana dia percaya dengan pilihan ibu.

tunang baru 2

Syamimi (kiri) sewaktu majlis pertunangan adiknya, Syahirah, Jumaat lalu.

"Adik bukannya tiada kawan lelaki... tapi bab jodoh, dia serahkan kepada ibu. Terkejut juga bila dengar jawapannya. Adik tak tanya banyak pun pasal rupa, kerja atau sebagainya.

"Sebab itu dia gementar teruk sebelum berjalan ke pelamin untuk disarung cincin. Mula-mula tu dia kata tak nak keluar tapi lama-kelamaan gugupnya hilang. Pada hari itu jugalah kali pertama dia melihat wajah tunangnya," cerita wanita berusia 27 tahun ini.

Tambah Syamimi yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan, sungguhpun menyerahkan urusan jodoh kepada orang tua, namun adiknya tetap melakukan solat sunat istikharah untuk memohon petunjuk dalam membuat keputusan berkaitan perkara besar dalam hidupnya.

tunang baru 1

Syahirah hanya mengenali wajah bakal suaminya sewaktu hari pertunangan mereka.

Bercerita lebih lanjut, Syamimi berkata adik perempuannya itu sememangnya seorang anak yang taat kepada ibu bapa di sebalik perwatakan yang lucu dan gila-gila.

"Bila saya baca komen pun ramai yang puji dia kerana tak ramai gadis zaman sekarang yang nak dengar cakap ibu bapa lebih-lebih lagi bab jodoh.

"Sebenarnya sewaktu pertunangan adik, ibu tak minta atau tetapkan jumlah hantaran pun. Bagi ibu, cukuplah bakal suami adik nanti dapat membimbingnya.

Adik bukannya tiada kawan lelaki... tapi bab jodoh, dia serahkan kepada ibu. Terkejut juga bila dengar jawapannya.

SYAMIMI MAHMUD

KAKAK

"Bagi ibu, rupa paras, umur atau pekerjaan bukanlah ukuran utama. Yang penting dapat membimbing isteri dan keluarga, serta rajin bekerja untuk sara anak isteri," ujarnya yang merupakan seorang peniaga dalam talian.

Sekadar suka-suka berkongsi kisah adiknya, Syamimi berkata dia sama sekali tidak menyangka videonya menjadi tular malah ramai memuji dan mendoakan adiknya.

tunang baru 3

Syahirah bakal melangsungkan pernikahan pada Februari tahun depan.

"Dalam pada itu, ada juga yang komen negatif dan kata, jodoh diatur orang tua tak semestinya kekal dan sebagainya. Tak apalah itu pandangan mereka.

"Saya sebagai kakaknya dan kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar hubungannya kekal sampai syurga. InsyaAllah mereka akan disatukan pada Februari tahun depan. Mohon sama-sama doakan untuk mereka juga," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain