suria

“Puas jumpa yang macam ni” - Gadis teruja dapat pegang ulat gonggok panjang dan besar, tapi fobia dengan haiwan ‘hitam dan kotor’

Meyra meraih perhatian selepas videonya memegang seekor ulat gonggok bersaiz besar tular.

JANGANKAN bersaiz kecil, jika sudah mati pun belum tentu ada yang sanggup dan berani untuk memegang seekor ulat.

Namun bagi seorang gadis, keterujaannya membuak-buak apabila berpeluang untuk memegang seekor ulat gonggok bersaiz besar dan panjang.

"Satisfying (puas) betul jumpa yang besar macam ni," menurut gadis itu dengan wajah yang teruja menerusi video di aplikasi TikTok sehingga meraih 2.3 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini pakai turban, mafla ular sawa, tidur dengan iguana... tak geli tapi terapi! - "Bela haiwan eksotik orang takut nak curi"

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada apa nak digelikan! Gadis ini 'manja' dengan banyak haiwan, selamba cium katak, main lintah... hanya tak suka 2 binatang

Gadis berkenaan, Siti Aisyah Humairah Zuhairi berkata, video itu dirakamkan ketika sedang berkelah bersama keluarga di Air Terjun Lata Janggut di Jeli, Kelantan, pada minggu lalu.

Lebih mesra disapa Meyra, katanya, ulat gonggok itu ditemui bapa saudaranya di sebuah dinding di bawah sebuah jambatan berdekatan dengan sungai.

"Mula-mulanya pakcik yang ambil. Saya jadi excited bila tengok ulat gonggok sebesar itu. Biasanya saya tengok yang bersaiz kecil je.

"Ulat gonggok ni dah biasa saya pegang sejak kecil, tak geli pun. Dalam video tu ulat gonggok paling besar saya pernah jumpa," katanya kepada mStar.

gadis ulat gonggok 4

Meyra sukakan aktiviti mandi dan piknik di sungai.

Selain ulat gonggok, gadis berusia 21 tahun itu turut selesa memegang haiwan yang berbentuk panjang seperti ular sawa kerana ia tidak mempunyai bisa yang membahayakan.

"Dalam video tu saya pegang ulat gonggok. Ada yang terkejut ingatkan saya pegang lipan kerana ia panjang dan mempunyai banyak kaki.

"Bukan setakat binatang yang ramai geli je seperti katak dan lipas, saya juga pernah bela tiga ekor kucing di rumah," ujar gadis yang berasal dari Tumpat di negeri Cik Siti Wan Kembang.

gadis ulat gonggok 2

Meyra mempunyai pengalaman membela kucing.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia bagaimanapun mendedahkan mempunyai kelemahan di mana tidak berani mendekati haiwan perosak tikus.

"Saya memang tak boleh nampak tikus yang kotor dan hitam. Bukan nampak je tak boleh, dengar bunyi pun saya tak tahan sama ada saya terlompat atau lari jauh-jauh.

Ulat gonggok ni dah biasa saya pegang sejak kecil, tak geli pun. Dalam video tu ulat gonggok paling besar saya pernah jumpa

SITI AISYAH HUMAIRAH ZUHAIRI

"Bagi saya, tikus tu binatang yang kotor. Kita tak tahu dari mana ia muncul. Apa yang pasti kebanyakannya dari tempat-tempat yang kotor dan busuk.

"Kalau terdengar bunyi (tikus) pun saya meremang. Memang sangat geli dengan tikus. Mungkin macam itu rasanya bagi mereka yang takut lipas," tambahnya.

gadis ulat gonggok 3

Meyra menyukai aktiviti luar seperti hiking dan menunggang ATV.

Di sebalik keberaniannya terhadap pelbagai jenis binatang yang digeruni ramai, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Kayu di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu turut sukakan aktiviti luar yang mencabar dan berkaitan alam semula jadi.

"Saya suka aktiviti-aktiviti adventurous dan berkaitan nature seperti hiking, jungle trekking dan menunggang ATV (kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi).

"Saya juga suka berkhemah dan mandi sungai. Aktiviti piknik di tepi sungai memang menyeronokkan," ujar Meyra.

gadis ulat gonggok 5

Menurut Meyra, dia tidak pernah terfikir untuk membela ulat gonggok.

Mengenai ulat gonggok, kata Meyra, setakat ini dia belum pernah berdepan dengan bau busuk daripada serangga itu yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

"Alhamdulillah setakat ini okay. Terima kasih atas komen dan nasihat yang diberikan. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Tapi tak pernah terfikir pun nak bela ulat gonggok. Sekadar excited bila terjumpa ulat gonggok yang paling besar, itu yang saya cepat-cepat nak pegang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain