DAH tadah air ke? Begitulah reaksi spontan buat warga Selangor dan Kuala Lumpur yang berdepan dengan gangguan bekalan air mulai Rabu hingga Sabtu. Gangguan bekalan air itu berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). Macam-macam cara yang dilakukan termasuk gelagat para penduduk bagi memastikan bekalan air mereka mencukupi sepanjang tempoh gangguan berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tenung lalang, wanita ini 'kerah' satu family bina swimming pool untuk anaknya - "Buat kolam renang boleh cecah RM50,000, kos kami cuma..." ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja laluan motosikal, ikan puyu, talapia, kap, haruan pun ada... 'Kolam tepi highway' memang rare, 4 bulan lagi jom kaki pancing! Seorang pemuda menjadi perhatian apabila mengisi air di sebuah kolam yang bersaiz besar yang mungkin boleh menampung lebih 10 orang pada satu-satu masa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi pengalaman, pemuda berkenaan, Farlan Ishak berkata kolam yang didirikan di luar rumah abangnya di Ijok, Kuala Selangor bukan bertujuan untuk menadah air. Anak muda berusia 27 tahun itu tampil menjelaskan bahawa kolam setinggi tiga kaki dengan lebar 13 kaki itu dibina khas untuk projek ternakan ikan. "Abang saya rancang nak usahakan projek ternakan ikan. Jadi kami bina dulu kolam sebesar itu. Ambil masa kira-kira seminggu nak siapkan sebab masing-masing sibuk dengan kerja. "Tapi ngam-ngam ada gangguan bekalan air di Selangor, jadi alang-alang dah siap kolam tu saya isi air untuk bekalan kalau tak ada air di rumah," katanya kepada mStar. Sebahagian kolam diisi air. Lebih mesra disapa Alan, katanya, tadahan air sebesar kolam ikan yang membolehkan kira-kira enam orang dewasa berenang di dalamnya bukan hanya untuk bekalan satu rumah. "Bukan untuk rumah kami je, tapi standby bagi keperluan empat rumah. Tiga rumah lagi dihuni saudara-mara yang tinggal dekat antara satu sama lain. "Abang ada tujuh anak, termasuk saya, dia dan isteri menjadikan jumlah keseluruhan untuk rumah abang saja seramai 10 orang. Kiranya keperluan untuk empat keluarga," tambahnya. Kerangka besi untuk membina kolam ikan. Menurut anak kesembilan daripada 10 beradik itu, kolam tersebut diperbuat daripada kerangka besi dan kanvas dan dibina sendiri bersama keluarga. "Setakat ni belum ada ikan sebab rancangnya nak bina empat kolam dulu. Tapi abang kata dia nak ternak ikan talapia. Dia pernah menternak ikan sebelum ini. "Memang itu untuk kolam ikan, tapi kita tadah air dulu. Lama juga isi air untuk penuhkan satu kolam, sudahnya separuh lagi kolam ditadah dengan air hujan," ujarnya secara berseloroh. Binaan bumbung untuk menempatkan kolam ikan. Alan yang merupakan kontraktor kabinet rumah berkata, dia bagaimanapun tidak menyangka video mengenai kolam ikan untuk dijadikan sebagai tadahan air, yang dikongsikan di aplikasi TikTok meraih lebih setengah juta tontonan. "Saya sebenarnya ikut trend orang ramai tunjuk cara tadah air di rumah masing-masing. Tak sangka dapat sambutan. Macam-macam komen dan pertanyaan yang saya dapat. Lama juga isi air untuk penuhkan satu kolam, sudahnya separuh lagi kolam ditadah dengan air hujan FARLAN ISHAK "Ada yang tanya berapa kos untuk buat kolam sebesar itu. Ada yang komen kolam yang kami buat tu boleh tampung bekalan air satu kampung, memang kelakar," katanya sambil menambah kos untuk membina sebuah kolam ikan dianggarkan RM1,500. Walau bagaimanapun kata Alan, keluarganya sehingga ke hari ini masih belum menggunakan air daripada kolam tersebut kerana rumah mereka masih menerima bekalan air mencukupi. Kolam ditutup dengan plastik sementara pembinaan bumbung. "Bekalan air di rumah masih ada, Alhamdulillah. Buat masa ini kolam tu ditutup dengan plastik. Sekarang dalam proses untuk bina bumbung bagi menempatkan kolam. "Selain itu, tiga kolam lagi bakal dibina. Harapnya projek ternakan ikan ini berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI