MENYEDIHKAN! Hanya itu yang mampu diungkapkan seorang doktor apabila dia menerima pesakit seawal usia 12 tahun dalam proses melahirkan bayi. ARTIKEL BERKENAAN: “Puas jumpa yang macam ni” - Gadis teruja dapat pegang ulat gonggok panjang dan besar, tapi fobia dengan haiwan ‘hitam dan kotor’ ARTIKEL BERKENAAN: Betul-betul jumpa jodoh, gadis buktikan kebenaran ungkapan ‘kata-kata itu satu doa’... ramai golongan single nak tiru, BFF pun terkejut! Bercakap kepada mStar Dr Najdah Othman yang pernah bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor berkata, kes rogol atau hubungan seksual secara sukarela dengan atau antara kanak-kanak bawah 18 tahun merupakan antara kes-kes yang sering mereka ditemui. “Sebagai seorang yang beragama Islam tak dinafikan saya sedih bila dapat kes-kes macam ni, kadang-kadang rasa terkejut pun ada kalau kes advanced, maksudnya hubungan itu berlaku atas dasar suka sama suka, mereka ini didedahkan terlampau awal mungkin dari kecil mereka dah expose tengok video porno atau belajar daripada adik-beradik dan kawan-kawan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Walaupun kerap jumpa (kes rogol statuari) tetap akan akan ada rasa terkejut,” jelasnya yang kini bertugas sebagai doktor perubatan di unit kecemasan, di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.Menurut Dr Najdah, sama ada kanak-kanak itu mengandung atau tidak, masyarakat perlu sedar bahawa kes tersebut akan tetap disiasat sebagai kes rogol memandangkan ia melibatkan kanak-kanak bawah umur. Tangkap layar video Dr Najdah yang dikongsikan di laman TikToknya. “Ada yang mengandung, ada yang tak tapi charge tetap sama bawah statutory rape cuma nak sabitkan kesalahan itu tergantung kepada siasatan dan bukti kes. “Tapi saya nak mereka di luar tu tahu yang hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur ni ada hukumannya tak kira mereka melakukannya secara suka sama suka, biar mereka fikir banyak kali sebelum terlibat tak kira lelaki mahupun perempuan,” katanya. Menurut Dr Najdah masyarakat perlu sedar bahawa melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak bawah umur sama ada dengan kerelaan atau tidak akan tetap dikira rogol. Selain itu, Dr Najdah juga terpaksa berdepan dengan ke-kes rogol, dan antara mangsa yang paling muda termasuklah seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dirogol abangnya yang berusia 13 tahun. “Untuk kes yang suka sama suka ni kita cuma boleh bagi nasihat supaya mereka tak ulang semula dan ambil iktibar sebab kalau nak marah pun dah tak guna nanti mereka memberontak. “Tapi bagi kes yang betul-betul mangsa rogol memang simpati sangat, mereka mungkin mengalami trauma dan kesukaran untuk lupakan kejadian tersebut,” katanya. Bagi saya kes bawah umur semuanya tetap mangsa keadaan sebab kebanyakan mereka ada yang memang naive tak tahu benda tu salah dan boleh mengakibatkan mereka mengandung. DR NAJDAH OTHMAN Bagi Dr Najdah, sukarela atau dipaksa, kanak-kanak bawah umur yang terlibat dengan aktiviti seksual tetap dilihatnya sebagai 'mangsa'. “Bagi saya kes bawah umur semuanya tetap mangsa keadaan sebab kebanyakan mereka ada yang memang naive tak tahu benda tu salah dan boleh mengakibatkan mereka mengandung. “Ada juga yang menjadi mangsa grooming, atau disebabkan desakan dan permintaan teman lelaki ada juga yang kurang upaya, lembam ada yang diperlakukan oleh abang sendiri,” jelasnya. Justeru, Dr Najdah berkata, anak-anak seharusnya didedahkan dengan pendidikan seksual sejak awal lagi supaya mereka peka dan lebih berhati-hati. “Anak-anak kena tahu bahagian tubuh yang mana boleh disentuh, apa yang tidak boleh disentuh dan tak boleh dilihat oleh sesiapa pun, dan apa kesan daripada perlakuan mereka. “Bagaimana nak bezakan sentuhan kasih atau grooming daripada orang yang dikenali. “Ibu bapa juga perlu memantau penggunaan telefon bimbit serta pergerakan anak-anak,” katanya. Mengandung di usia muda ada banyak risikonya. Menjelaskan kesan apabila anak-anak bawah umur hamil, Dr Najdah berkata, saiz pelvis yang masih kecil boleh menimbulkan kesukaran semasa proses kelahiran serta risiko komplikasi kelahiran yang tinggi. “Apabila mengandung keadaan fizikal wanita itu akan berubah, dan kalau kanak-kanak itu tubuhnya kecil, ia boleh beri kesan kepada kandungan dan proses kelahiran. “Bagaimanapun rujuk pakar untuk menilai keadaan pesakit secara keseluruhan, seandainya kandungan itu boleh beri kesan psikologi jangka panjang atau mengancam nyawa ibu, mereka akan dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan. “Dari segi emosi pula bayangkan di usia muda sudah perlu jaga anak yang mereka tak rela, terpaksa pikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal jadi bagaimana mereka mahu sara anak tanpa kewangan dan sebagainya.” jelas Dr Najdah juga merupakan salah seorang penasihat rumah perlindungan wanita mengandung tanpa suami, Baitus Solehah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!