ANGGOTA tentera kebiasaannya cukup sinonim dengan karekter mereka yang garang serta tegas. Namun karekter 'tentera' yang seekor ini cukup berbeza. “Kalau abah dia nak pegi kerja kena cium, timang-timang dulu,” begitulah luahan hati pemilik seekor kucing kampung yang diberi nama Army. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 'gabra' jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - "Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya" ARTIKEL BERKAITAN: PKP punya hal, tiada apa yang mustahil! Tetamu terkejut, pengantin datang bawa anak kembar ketika majlis kahwin mereka Menurut Zafirah Zainoddin, 35, kehadiran Army menyebabkan dia kini jatuh di tangga kedua dalam hati suaminya, Faizul Rashid, 30, yang bertugas sebagai seorang anggota tentera. Zafirah yang sering berkongsi video gelagat mencuit hati Army dengan suaminya di akaun TikTok berkata, dia mempunyai empat ekor kucing yang kesemua namanya mempunyai kaitan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Asalnya akak ada empat ekor, Army, Navy, Airforce dan Marine, semua kucing ni akak jumpa, Army akak jumpa masa duduk dekat Kem 15 (Kem Senawang) sama dengan Navy tapi Navy umurnya tak panjang, mati sebab kena virus Feline infectious peritonitis. “Lepas tu akak ambil Airforce, usia tujuh bulan. Akak ambil dekat rumah makcik, last sekali Marine masa umur dia tiga bulan, akak jumpa masa balik dari ambil vaksin, dia tengah duduk bawah tayar kereta. “Antara semua, Army memang yang paling manja dengan abah dia,” katanya ketika dihubungi mStar. Zafirah dan Faizul bersama kucing-kucing kesayangan mereka. Menurut Zafirah, hubungan akrab Army dan suaminya membuatkan kucing kesayangan mereka itu sering mencari 'abahnya' setiap kali Faizul keluar bertugas. “Kalau abah dia duty dia cari, dia keluar masuk bilik... macam la akak ni sorok abah dia. “Malam-malam nak abah, tidur pun atas dada abah, lepas tu kuat mengadu. “Siang dia akan cari mama sebab nak suruh buang tahi dia, minta makan sebab memang akak la yang bersihkan tempat makan dan berak mereka,” selorohnya. Army (kiri) dan Navy. Zafirah yang masih belum dikurniakan cahaya mata berkata, kehadiran Army dan adik beradiknya yang lain merupakan antara kurniaan paling istimewa buat dia dan suami. “Dia (Army) adalah kurniaan yang istimewa buat akak dan suami walaupun dia hanya stray cat, ramai tak percaya masa akak jumpa dia dulu berkurap, kutu, kurus kering. “Kalau akak sedih ke, abah dia marah akak ke, Army akan datang dekat akak teman akak seharian, sama macam arwah Navy. “Airforce pun manja dengan akak, Marine kecil lagi jadi ikut dan dia je. Navy dulu pun manja dengan akak, masa dia meninggal berminggu-minggu akak dengan suami menangis,” kongsinya. Army bermanja bersama abahnya. Menurut Zafirah, suaminya yang sememangnya pencinta kucing mempunyai pelbagai rutin harian bersama anak-anak bulus mereka ini. “Suami akak memang utamakan kucing, akak ni jadi nombor dua, dia memang pencinta kucing. “Sebelum pergi kerja memang semua akan tunggu depan pintu, abah kena kutip seekor-seekor cium, timang-timang, kalau abah balik memang tunggu depan pintu, sampai abah masuk bilik pun mengekor je la Army tu, minta perhatian,” kongsinya. Army minta ditimang terlebih dahulu sebelum abahnya pergi bekerja. Zafirah berkata, perkongsian video-video Army di media sosialnya juga secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai yang ingin berjumpa serta ada juga yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk membeli Army. Namun jelas Zafirah, dia sama sekali tidak akan menjual kucing-kucingnya itu. “Berapa kali orang mesej akak nak jumpa Army sampai sanggup beli karpet-karpet yang akak jual semata-mata nak jumpa Army. “Ada yang tawarkan RM3,000 untuk beli Army tapi memang tak la, bagi berpuluh ribu pun akak tak akan jual,” jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!