suria

Awet muda! Bapa dikata boyfriend anak gara-gara berkongsi minat, beraksi di pentas sama – “Kami juga disangka abang adik”

Foto tengah Gman (kiri) dan anak menyertai pertandingan Mister & Miss Petite Sarawak 2019.

BAPA borek, anak rintik. Begitulah yang boleh digambarkan mengenai dua beranak ini yang menjadi perhatian kerana berkongsi minat yang sama dalam bidang peragaan.

Malah, kedua-dua mereka berkongsi satu pentas ketika menyertai pertandingan jejaka dan gadis di bawah ketinggian 170 sentimeter (cm), Mister dan Miss Petite Sarawak 2019.

"Awet muda bapa dia. Anak bapa sangat cantik."

ARTIKEL BERKAITAN: Nak panggil pakcik atau abang? Pemuda ini 'sentap sikit' bapanya disangka anak gara-gara nampak lebih muda, fit

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib 'hot daddy', keluar dengan anak sendiri, 'makcik bawang' kata curang!

"Macam abang dengan adik. Terbaiklah minat pun sama," demikian antara komen netizen menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok.

Bapa berkenaan, Jeman Lidup berkata, dia mempunyai ketinggian 167cm, manakala anak perempuannya yang berusia 19 tahun, Melanie Joyce berketinggian 163cm.

Lelaki berusia 44 tahun itu memberitahu, dia menyertai pertandingan tersebut ketika umurnya 42 tahun, manakala anak perempuannya baru 17 tahun.

"Saya sebenarnya minat dengan dunia peragaan dari zaman bujang lagi, cuma baru berkesempatan untuk menyertai pertandingan ala beauty pageant ni.

"Anak perempuan saya dilihat ada potensi dalam peragaan, membuatkan saya mempelawanya untuk menyertai pertandingan yang sama," katanya kepada mStar.

bapa anak model 1

Gman (kiri) dan anak perempuan (kanan) dinobatkan sebagai Mister Photogenic dan Miss Photogenic pada Mister dan Miss Petite Sarawak 2019.

Menerusi pertandingan Mister dan Miss Petite Sarawak 2019, dia yang berasal dari Kota Samarahan itu terpilih sebagai Top 10 dan dinobatkan Mister Photogenic, manakala anaknya menduduki tempat keempat serta turut merangkul gelaran Miss Photogenic.

Lebih mesra disapa Gman, bapa kepada tiga cahaya mata itu sebenarnya terlebih dahulu memulakan pembabitannya dalam pertandingan badan cantik pada 2014.

bapa anak model 3

Sesi penggambaran dan pertunjukan fesyen.

"Saya minat dalam bidang kecergasan dan mula bergiat aktif dengan senaman angkat berat pada 2012. Pernah menduduki Top 5 bagi pertandingan badan cantik di Kuching, Sarawak.

"Anak sulung saya pula sudah mula masuk pertandingan pakaian kebudayaan dan pertandingan peragaan dari umurnya 14 tahun. Nampak minat dan kesungguhan dia yang membuatkan saya ajak dia join sekali pertandingan yang sama dengan saya," katanya.

bapa anak model 6

Gman meminati bidang peragaan dan kecergasan.

Bagi kontraktor itu, menjadi satu kepuasan apabila dirinya berkongsi minat yang sama dengan anaknya, malah bersyukur berkahwin dan dikurniakan zuriat pada usia muda.

"Walaupun saya kahwin awal di usia 20-an, tapi saya seronok bila anak dah besar dan boleh jadi kawan. Lebih-lebih lagi kami berkongsi minat sama dalam peragaan," ujarnya yang mempunyai seorang lagi anak perempuan dan anak lelaki, masing-masing berusia 16 dan 15 tahun.

bapa anak model 2

Gman (kiri) ketika menemani anak perempuan (kanan) untuk sesi penggambaran foto.

Berkongsi pengalaman, Gman yang berketurunan Bidayuh mengakui dirinya sering disalah anggap oleh orang luar apabila melakukan aktiviti bersama anak perempuannya.

"Ramai orang ingat saya ni boyfriend kepada anak saya. Memandangkan anak saya buat part time model sebelum ni, jadi saya akan temankan dia pergi photoshoot dan fashion show.

Walaupun saya kahwin awal di usia 20-an, tapi saya seronok bila anak dah besar dan boleh jadi kawan

JEMAN LIDUP

"Mereka kata anak saya datang dengan boyfriend, macam bodyguard mungkin sebab badan saya fit. Kami juga disangka macam abang dan adik," katanya.

Tambah Gman, dia anak sulungnya pernah berlakon dalam iklan yang sama, selain menjadi pelakon tambahan bersama dalam sebuah produksi filem yang masih belum ditayangkan.

bapa anak model 4

Gman (hadapan, dua dari kiri) isteri (hadapan, dua dari kanan) bersama anak-anak.

"Sebenarnya bagus juga kami berkongsi minat yang sama sebab selain rapatkan hubungan anak beranak, saya boleh jaga dia lebih-lebih lagi anak perempuan.

"Mungkin akan datang saya berharap untuk satu pentas sama bersama anak buat fashion show. Selain fitness dan peragaan, saya juga mahu menonjolkan lagi bakat dalam bidang lakonan, mahu jadi seperti idola saya Datuk Rosyam Nor dan Datuk Aaron Aziz," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain