PERASAAN pilu di hati, tak siapa mampu mengerti. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang kehilangan isterinya, hanya selepas sehari mendirikan rumah tangga. Kisah sedih pasangan pengantin baharu ini tular di media sosial dan rata-rata warganet menitipkan doa kepada arwah dan memberikan kata-kata semangat kepada suaminya. ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum tunang dia ada cerita tentang sakitnya” - Isteri pasrah suami ‘dipinjamkan’ tak sampai setahun, meninggal awal 3 tahun dari jangkaan doktor ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu tahan perasaan! Baru 10 bulan berkahwin... sekelip mata lelaki ini kehilangan isteri dan anak berusia 24 minggu akibat Covid-19 Menurut laporan Sinar Harian, Mohamad Amirul Akmal, 25, kehilangan isterinya Siti Saraf Ismail yang berusia 25 tahun pada Ahad, hanya dalam tempoh 24 jam selepas mereka bergelar suami isteri. Mohamad Amirul berkata, selepas selesai majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, isterinya mengadu mengalami sakit kepala dan kemudiannya menyambung semula tidur seperti biasa. "Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala. "Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya," katanya yang ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Karang, Banggu, Kelantan pada Isnin. Amirul (kanan) segera menghubungi ambulans setelah melihat isterinya memerlukan bantuan oksigen. Mesra disapa Amirul, dia yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata dia melihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur pada pagi Ahad. Bagaimanapun selepas itu, dia dan keluarga cemas apabila melihat Siti Saraf mengalami sesak nafas. "Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari. Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala MOHAMAD AMIRUL AKMAL "Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)," katanya. Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) doktor mengesahkan Siti Saraf yang bekerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak sebelah kanan. Walaupun dugaan yang dilalui oleh Amirul sangat berat, tetapi dia tenang dan reda dengan takdir yang telah tertulis dariNya. Amirul membuat hebahan majlis perkahwinannya di laman Facebook. Arwah isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad. Kata Amirul, arwah isterinya meninggalkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga dan kata-kata terakhir yang diucapkan oleh Siti Saraf sebelum meninggal dunia adalah, "Abang... kita dah kahwin." Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!