suria

"Sayang kenapa compressor dengan rumah warna hijau?"- Gelagat lelaki rabun warna... beli baju siap bawa contoh, yang pasti pink dilarang!

FotoJet (6)

VIDEO kegigihan seorang pemuda yang mengalami masalah rabun warna sedang berusaha menyusun semula pinggan mengikut rona menarik perhatian warga maya.

“Gigih nak susun ikut warna tapi lupa diri tu rabun warna,” tulis Husna Najihah Hasman, 27 yang memuat naik video tersebut di laman TikToknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah, dah macam rombongan Cik Kiah! Bapa beli bas sendiri, bawa keluarga besar balik Jelebu sambil nyanyi lagu Apo Nak Dikato

ARTIKEL BERKAITAN: Mengorat murid lelaki baru pindah sekolah, habis UPSR terus luah perasaan... kini bersatu di pelamin - “Saya tanya dia, hang suka siapa?”

Video yang dikongsikannya pada akhir bulan September itu telah mendapat sehingga 1.5 juta tontonan.

Husna yang bekerja sebagai eksekutif perakaunan berkata, suaminya, Adli Nor Afifi, 27 yang menghidap rabun warna sejak kecil sememangnya suka akan sushi dan setiap kali selepas makan dia akan menyusun pinggan mengikut warna.

“Setiap kali lepas makan sushi memang dia gigih nak susun pinggan ikut warna walaupun kadang-kadang struggle.

“Dia tahu dia rabun warna sejak keci lagi, masa mak suruh petik cili merah, dia petik cili hijau, tapi memang family dah expect sebab abang dia dua orang yang rabun warna sebab mak mentua saya carrier.

"Sebenarnya saya pun carrier sebab ayah saya pun color blind cuma ayah saya sangat mild," katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.



Husna dan Suaminya Adli.

Jelasnya, suaminya masih kenal akan warna-warna yang ada namun dia menghadapi kesukaran untuk membezakan antara satu warna dengan warna yang lain.

"Dia pernah tanya "Sayang kenapa diaorang cat compressor dengan rumah warna hijau" sedangkan chalet tu warna coklat ," ceritanya.

Menurut Husna, dia sedar akan kondisi yang dialami suaminya itu sewaktu mereka sedang menuntut ilmu dalam bidang Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana.



Di mata Adli bangunan di belakang Husna berwarna hijau.

Jelasnya, akibat keadaan dirinya itu, Adli sering memakai pakaian yang berwarna-warni.

"Kami satu kelas dulu, masa sesi suai kenal kami kena beritahu kekuatan dan kelemahan, jadi dia cakap kelemahan dia adalah dia rabun warna.

"Kalau masa sebelum kahwin memang kadang warna warni bajunya tapi lepas kawin memang saya yang filter warna-warna baju yg dia beli jadi tak ada yang warna aneh sangat.

"Warna pink memang akan elak sebab masa study dia pernah pakai baju warna putih ada tompok warna pink terang yang dia tak nampak, seharian tu semua orang pandang dia pelik,” katanya, menambah dek kerana peristiwa tersebut suaminya menyenarai hitamkan baju berwarna pink.

Kalau minta tolong dia ambil bekas warna merah, tapi bila bekas warna lain yang diambil baru teringat yang dia rabun warna.

HUSNA NAJIHAH HASMAN

Menurut Husna, dia bagaimanapun kadangkala terlupa yang suaminya itu rabun warna.

“Kalau minta tolong dia ambil bekas warna merah, tapi bila bekas warna lain yang diambil baru teringat yang dia rabun warna,” selorohnya.

Katanya, dia akan memberikan pakaian contoh untuk memastikan suaminya tidak tersalah pilih warna pakaian.

“Ada masa tu kami nak cari baju warna purple untuk sedondon masa event, dia tak tahu warna purple macam mana yang kena cari.

“Jadi saya bagi dia satu baju yang warna purple, lepas tu dia jalan la sendiri tengok mana baju yang sama dengan warna yang dia pegang tu,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain