TUGASNYA sebagai penggali kubur bukannya mudah, memerlukan kesabaran dan seluruh kudrat digunakan. Transformasi fizikal pemuda ini juga bukan biasa-biasa. Jika dulu sukar untuk mendapatkan bajunya bersaiz 4XL, kini dia selesa menyarungkan saiz L. Siapa sangka di sebalik kekuatannya mencangkul liang lahad, jejaka ini juga bersemangat melakukan senaman di gim. ARTIKEL BERKAITAN: Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sado, nampak muda lelaki ini kena menjawab dengan polis lalu 'fast lane' di PPV - "Dulu orang panggil pakcik, sekarang abang" Pemuda berkenaan, Muhamad Uzair Muhamad Fauzi berkata, dia melakukan tugas sebagai penggali kubur secara sambilan bersama keluarganya. Anak muda berusia 27 tahun itu memberitahu, tugas yang dimulakan oleh datuknya itu dibuat sekiranya berlaku kematian di kampungnya di Kampung Pisang, Air Itam, Pulau Pinang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dulu Tok Wan (panggilan datuk) merupakan penggali kubur. Sekarang ni mengikut jejak Tok Wan adalah bapa, saya dan dua adik lelaki secara sambilan. "Andai kata ada orang kampung yang meninggal dunia, insyaAllah antara kami akan bantu menggali kubur dan mengebumikan jenazah," katanya kepada mStar. Mula menggali kubur sejak 2017. Uzair bagaimanapun mengakui dirinya pada awalnya seorang yang penakut dan lemah semangat apabila dikaitkan dengan tanah perkuburan. "Jujurnya saya penakut, saya berani sejak arwah tok (panggilan nenek) meninggal pada 2017 ketika usianya 66 tahun akibat ketumbuhan dalam perut. "Jika sebelum ini, saya memang tak berani turun ke liang lahad sebab semangat tak kuat. Tapi bila tok meninggal, saya tergerak hati untuk uruskan pengebumian jenazahnya. "Arwah tok bela saya dari kecil. Saya sayang arwah tok macam mak sendiri," ujar anak kedua daripada lima beradik itu. Uzair ketika berat 113 kilogram. Sejak itu,Uzair yang bertugas dalam servis kurier sejak tiga tahun lalu kini selesa turun ke liang lahad setiap kali berlaku kematian di kampungnya, sambil dibantu ahli keluarganya. "Suatu masa nanti kita semua akan ke situ (kubur) juga, rumah terakhir kita. Benda baik (urusan pengebumian) elok dilakukan sebagai satu amanah," katanya sambil menambah tugas penggali kubur memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Uzair melakukan senaman di gim. Menurut pemuda berketinggian 181 sentimeter itu, dia berjaya menurunkan berat badan selepas melakukan senaman di gim pada 2017, tahun sama neneknya meninggal dunia. "Dulu berat saya 113 kilogram (kg). Nak cari baju susah, kena beli saiz 4XL. Jadi, saya pun bersenam dan angkat berat di gim untuk kuruskan badan. Jika sebelum ini, saya memang tak berani turun ke liang lahad sebab semangat tak kuat. Tapi bila tok meninggal, saya tergerak hati untuk uruskan pengebumian jenazahnya MUHAMAD UZAIR MUHAMAD FAUZI "Dua bulan pertama saya cut gula dan nasi dalam pemakanan, ada perubahan ketara selepas itu apabila saya berjaya turunkan 12kg. Pernah turun kepada 76kg, dan kini berat saya 81kg," katanya yang turut melakukan aktiviti luar dengan mendaki (hiking) di Bukit Bendera. Uzair yang mengangkat berat di gim sebanyak lima kali seminggu mengakui kudratnya untuk menggali liang lahat lebih mencabar kerana tugas itu melibatkan keseluruhan tenaga. Uzair mendaki Bukit Bendera. Dalam pada itu, perkongsian video transformasinya di laman sosial ternyata menarik minat ramai sehingga dirinya ditawarkan untuk menjadi jurulatih kecergasan. "Ada yang nak saya latih mereka untuk jadi sado, ada juga mahu kuruskan badan. Berkongsi tip pemakanan dan senaman, saya okay je tapi belum bersedia untuk jadi personal trainer. "Saya sendiri belum mampu, belum cukup ilmu. Saya masih berusaha ke arah itu, memiliki badan sado... bila pakai baju terletak elok je, macam pelakon Zul Ariffin," kata Uzair yang menjadikan pelakon bertubuh sasa itu sebagai inspirasinya dalam aktiviti kecergasan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!