VIDEO seorang wanita mat salih bertengkar dengan beberapa pekerja di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur tular di media sosial. Seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun memuatnaik dua video yang setakat ini telah menerima hampir 500,000 dan 200,000 tontonan. ARTIKEL BERKENAAN: Pelanggan tercengang di gerai, rupa-rupanya sebab kagum tengok gadis petah cakap Mandarin - “Umur 4 tahun saya minta nak sekolah Cina” ARTIKEL BERKENAAN: Sentiasa pilih work smart, nasib baik suami si tukang besi kreatif... sebut saja masalah pasti ada cara kasi settle! Pengguna media sosial terbabit mendakwa kejadian tersebut berlaku di hadapan premis minyak wangi jenama terkemuka. Katanya, wanita tersebut dikatakan dihalang untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana tidak memakai pelitup muka. Dia juga didakwa mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan kepada pekerja yang menghalangnya daripada masuk ke dalam premis minyak wangi tersebut. "Wanita ini melawan dan menyelar semua orang yang memakai pelitup muka sebagai komunis. "(Dia) menggunakan "white entitlement" (keistimewaan kerana berkulit putih) di Malaysia," katanya. Dalam satu lagi video, wanita berkulit putih itu kedengaran berkata: "Awak tidak boleh halang saya, ini negara demokrasi, ini bukan kedai awak!" View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Pengguna tersebut turut meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencari wanita tersebut serta mengeluarkan saman terhadapnya. Akibat tularnya video terbabit, #Karen dan juga #KLCC kini menjadi trending di Twitter. Ketika dihubungi, pusat membeli belah terbabit memaklumkan bahawa satu kenyataan media dijangka akan dikeluarkan pada Rabu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!