BENARLAH, jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka, perkenalan singkat wanita ini dengan seorang jejaka dalam tempoh kurang dari tiga bulan menerusi seorang rakan baik, berakhir hingga ke jenjang pelamin. "Balik dari Sabah, single. Balik Sabah balik, married sudah," demikian kapsyen pada video berdurasi 23 saat yang dikongsi di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan nak kahwin dengan orang pulau jadi realiti, wanita ini jumpa jodoh di Semporna selepas kunjungan seminggu ‘tersangkut’ jadi sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Janji tak nak kahwin, eh dia naik pelamin dulu! Bersahabat 12 tahun, wanita kongsi kisah BFF seorang perahsia - “Kenal lama, tak tahu pula bercinta” Berkongsi cerita dengan mStar, Syazmira Mansor yang merupakan seorang guru sekolah rendah di Telupid, Sabah berkata, dia sama sekali tidak mengenali suaminya, Syed Muhammad Haikal Syed Mohamad Zubaidi, 27. Segala-galanya bermula apabila lelaki berkenaan yang berasal dari Banting, Selangor menghulurkan salam perkenalan selepas melihat wajahnya di Instagram seorang rakan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kawan baik zaman universiti yang kenalkan. Dia tolong repost story Instagram saya, promote saya masih single dan available. "Tiba-tiba suami yang reply Instagram dia dan beritahu nak kenal saya. Kira kawan baik yang jadi orang tengah. Lepas tu baru suami sendiri yang WhatsApp saya, approach dan cakap serius nak kenal untuk kahwin terus. "Dia memang tanya pasal saya melalui kawan saya tu. Nombor WhatsApp pun kawan baik saya yang bagi," kata wanita berusia 27 tahun ini. Suami Syazmira menyatakan niat untuk menghulurkan salam perkenalan selepas melihat wajahnya di Instagram seorang rakan. Menurut Syazmira, rakan baiknya itu terlebih dahulu melakukan 'soal siasat' terhadap lelaki berkenaan sebelum bersetuju memperkenalkan mereka berdua. "Sebab sebelum ini saya ada kisah silam dalam relationship. Jadi memang fobia sikit nak kenal lelaki. "Itu yang dia nak pastikan betul-betul serius, baru proceed dan bagi kenal. Pasangan mempelai bersama ibu bapa masing-masing. "Mula-mula tu memang berdebar la sebab memang tak pernah kenal dan tahu dia macam mana. Tapi lepas dalam seminggu kenal hati budi masing-masing, rasa senang click dan macam dah kenal lama. "Sebab itu boleh terus decide nak kahwin lepas sebulan lebih kenal. Memang banyak sangat membantu kawan baik ni. Sampai sekarang terhutang budi dengan dia sebab jadi match-maker berjaya. "Dia yang over excited bila tahu kami nak kahwin, dan terkejut juga sebab kenal kejap saja tiba-tiba boleh decide nak kahwin," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur. Mula-mula memang berdebar sebab tak pernah kenal dan tahu dia macam mana. Tapi lepas dalam seminggu kenal hati budi masing-masing, rasa senang click. SYAZMIRA MANSOR Bercerita mengenai perwatakan suaminya yang membuatkan dia terpikat, Syazmira berkata lelaki berkenaan seorang yang matang, bertanggungjawab, menjaga agama dan punya hala tuju yang jelas. "Itu buat saya yakin nak terima dia. Dan bila tahu background ibu bapa dan famili dia, saya rasa saya okay nak masuk famili dia," kata guru subjek Pendidikan Islam ini sambil menambah, mereka diijabkabulkan pada 12 September lalu. Syazmira tertarik dengan perwatakan suaminya yang matang dan bertanggungjawab. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Syazmira berkata dia sekadar suka-suka memuat naik kisah pertemuan jodohnya di aplikasi berkenaan untuk dijadikan sebagai memori. "Dan antara mesej saya nak cakap dalam video tu, jodoh ni memang rahsia Allah yang kita tak pernah tahu. Bila-bila saja jodoh tu boleh tiba... bila Allah tahu kita dah ready. "Perkenalan yang lama bertahun pun tak menjamin orang tu betul-betul jodoh kita," ceritanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!