suria

Suami meninggal ketika usia kandungan 26 minggu... mujur ada rakan baik, tempat anak menumpang kasih - "Haddad menangis tersedu-sedu nak ikut Sharis"

Haddad (gambar kanan) menangis apabila Sharis meninggalkan dia.

"ALLAH hadirkan sahabat arwah menjaga anak seperti anaknya sendiri"

Begitulah kapsyen yang tertera pada video yang memaparkan seorang lelaki mendekati kanak-kanak lelaki yang berada di dalam kereta.

Rakaman visual yang dimuat naik oleh wanita berkenaan meraih hampir tiga juta tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun jadi ibu tunggal, wanita teruja pilih baju terbaik nak keluar dating... selepas 10 minit bersua segalanya terbongkar di TikTok - “Chat dengan dia hampir setiap hari”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tunggal 5 anak dihalau suami! Merempat di masjid di Selangor sebelum tumpang homestay di Kedah berbekal RM100 - “Anak umur 14 tahun kerja tukang cuci”

Berkongsi kisahnya dengan mStar, Halimatus Saadiah Mustajap, 26, merakam reaksi anaknya, Ibnor Al Haddad Ibnor Hakim yang berusia hampir dua tahun apabila bertemu dengan rakan baik kepada arwah bapanya.

Muhamad Sharis Mohamad, 30, sudah berkawan dengan Allahyarham Ibnor Hakim Mohd Sharif sejak di bangku sekolah lagi.

"Kisahnya kawan arwah nak sangat jumpa Haddad, jadi saya pun bawa anak berjumpanya.

"Kemudian nak balik tu tiba-tiba Haddad menangis sampai tersedu-sedu sebab nak ikut Sharis. Saya pulak jenis kuat menyakat, lagi la anak tu nangis.

IMG_1564

Iema (kanan) menjadi ibu tunggal setelah suaminya meninggal pada tahun 2020.

"Ramai cakap saya bodoh kerana buat anak macam itu dan masih budak lagi tak pandai jaga perasaan anak.

"Hakikat video tu hanya gurauan sahaja sebab saya jenis suka bergurau. Saya tak hiraukan langsung komen negatif dan memilih untuk pekakkan telinga," katanya berasal dari Tapah, Perak dan kini menetap di Hulu Bernam, Tanjung Malim.

Mesra disapa Iema, jelasnya lagi, anak lelakinya mula rapat dengan Sharis ketika berusia empat bulan lagi.

Tambahnya lagi, Sharis yang merupakan bapa tunggal itu pernah membawa Haddad pulang ke rumah keluarganya di Bukit Beruntung, Rawang.

"Haddad kalau nampak lelaki mesti akan excited, ye la dia membesar dengan saya dan tak sempat kenal ayahnya. Dia memang rapat dengan Sharis, setiap kali berjumpa mesti Haddad gembira sangat.

"Sampai satu tahap tu dia boleh menangis kalau nak balik selepas daripada berjumpa dengan Sharis.

IMG_1566

Pasangan suami isteri ini menunggu hampir tiga tahun untuk dikurniakan seorang zuriat.

"Famili saya tak kisah pun sebab dia jaga Haddad dengan baik kerana Sharis sendiri ada dua anak yang dijaga dari kecil setelah bercerai dengan isterinya," katanya yang mengendalikan bisnes menjual pakaian secara online sejak awal tahun selepas setahun bekerja di sebuah pasar raya di Tanjung Malim.

Menurut Iema, dia dan arwah suaminya menanti hampir tiga tahun untuk dikurniakan zuriat dan doanya termakbul apabila disahkan hamil pada Ogos 2019.

Namun kegembiraannya terhenti apabila suaminya meninggal kerana kemalangan motosikal di Kampung Bilal, Hulu Bernam pada Januari 2020.

"Sebelum doktor mengesahkan saya hamil, setiap hari saya menangis sebab kenapa Allah tak bagi kami zuriat walaupun dah lakukan macam-macam ikhtiar.

"Arwah menitiskan air mata selepas saya membuat kejutan selepas doktor mengesahkan saya hamil.

Belajar untuk berdikari dari sekarang sebab pasangan kita tu hanya pinjaman jika tidak diambil tuhan, mungkin akan diambil oleh orang lain.

HALIMATUS SAADIAH MUSTAJAP

"Cuma saya sedikit terkilan kerana tak dapat nak besarkan anak bersama-sama suami, dia meninggal ketika usia kandungan 26 minggu.

"Kalau sebelum ni arwah jalankan semua tanggungjawab dia, dari segi nafkah belanja semua. Tetapi lepas arwah dah tak ada, saya ambil alih tanggungjawab dia.

"Saya la bapa, saya la mummy, semuanya saya. Rasa macam hilang tempat bergantung," ujarnya dalam nada yang sedih.

Anak ke-13 daripada 14 beradik ini mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata semangat dan doa buat dirinya dan juga anak.

Tambahnya lagi, kita perlu meneruskan perjalanan biarpun sudah kehilangan insan yang tersayang buat selamanya.

"Belajar untuk berdikari dari sekarang sebab pasangan kita hanya pinjaman jika tidak diambil tuhan, mungkin akan diambil oleh orang lain.

IMG_1565

Iema (kanan) berasa sedih apabila terpaksa mengharungi dugaan membesarkan anaknya seorang diri.

"Apa-apa pun kita perlu belajar berfikiran positif dan gunakan media sosial sebaik mungkin.

"Buat yang sudah kehilangan pasangan, anda perlu teruskan hidup kerana past is past," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain