"TIBA-tiba menangis bila baca doa ni." Itulah jawapan yang diberikan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis apabila tindakannya pada masa itu dirakam oleh ibunya. Rakaman video yang muat naik oleh wanita berkenaan memaparkan kanak-kanak lelaki tersebut mengalirkan air mata dan apabila ditanya si ibu, dia berkata ia berlaku secara spontan selepas membaca doa Nabi Sulaiman ARTIKEL BERKAITAN: Anak kecil berkaki ayam riang pikul sekampit beras percuma... perkongsian lelaki ini buat ramai tersentuh hati - “Kita bukan bantu sekali saja untuk viral” ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan terpisah, cucu usia setahun asyik melekat dengan atuk... rupa-rupanya ayahtok dan mamatok pun ‘meroyan’ sebab dah lama tinggal berdua je! Berkongsi cerita kepada mStar, Noor Hanie Kamarul Bahari, 37, berkata dia pada mulanya terdengar suara anak sulungnya Amrun Zuhnun Amrie, 9, dari ruang balkoni ketika dia sedang menguruskan sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Tambahnya lagi, sebelum pergi memeriksa apa yang berlaku dia memang merancang untuk membuat rakaman kerana anaknya sering berkelakuan lucu sebelum ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya panggil si anak dari tingkat atas. Dia menyahut sambil mengatakan bahawa dia sedang membaca doa dan berzikir. "Ketika itu saya terdengar dia menangis teresak-esak tapi yakin tak ada apa yang serius," katanya yang merupakan seorang guru subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Amrun (gambar kanan) mempunyai daya untuk memujuk rakan sekelasnya di sekolah. Mesra disapa Hanie, katanya, dia bagaimanapun terkejut apabila anak sulungnya itu memberitahu dia menangis semasa membaca doa. Secara kebetulan juga, ketika rakaman dibuat, suaminya, Amrie Zakaria, 36, baru sahaja sampai ke rumah dan menyangka Hanie adalah punca anak mereka itu menangis tersesak-esak. "Saya seorang ibu yang boleh tahan garang dan sangat tegas menghukum anak-anak," akuinya. Menurut Hanie lagi, anak sulungnya itu merupakan seorang yang sangat sensitif dengan perasaan orang lain dan juga persekitaran. "Walau terasa hiba tetapi lucu juga melihat telatah anak yang sedang membesar," katanya yang menetap bersama keluarganya di Johor Jaya, Johor Bahru. Amrun (kiri) merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini, dia dan suaminya banyak meluangkan masa mengajar Amrun mengaji. "Opahnya juga ada membantu dia menghafal ayat-ayat lazim, sebab anak saya bukanlah terlalu pandai dalam mengaji dan membaca doa. "Cuma kebetulan hari itu dia sangat tersentuh dengan doa Nabi Sulaiman. Kecemerlangan anak-anak bukanlah atas gred A semata-mata. Tetapi pada kesucian roh yang akan membentuk adab serta akhlak dalam menentukan moral sosial masyarakat. NOOR HANIE GURU "Cikgu Amrun suka dengan susunan bahasanya bila bercakap. Katanya ayat dia tersusun seperti kartun bercakap di televisyen. "Cikgunya juga ada beritahu Amrun pandai menenangkan rakan yang sedih atau ketika bergaduh, mungkin sesuai untuk dikatakan dia seorang yang sensitif pada persekitaran tetapi bukanlah anak yang cengeng dan mudah menangis apabila dimarahi," ujarnya. Menurut anak tunggal yang berasal dari Ipoh, Perak itu, dia tidak menetapkan sebarang haluan ke atas minat anaknya. Jelasnya lagi, dia akan tetap menyokong dan memberi dorongan kepada anak-anak mengikut potensi yang ada pada diri mereka. "Harapan saya semoga berterusanlah interaksi alamiah tumbuh di jiwanya. Kepada ibu bapa di luar sana, jangan lupakan rohani anak-anak. Hanie (dua, kiri) terasa lucu melihat gelagat anaknya. "Kecemerlangan anak-anak bukanlah di atas gred A semata-mata. Tetapi pada kesucian roh yang akan membentuk adab serta akhlak dalam menentukan moral sosial masyarakat. "Apa pun bidang yang diceburi, ia perlulah dimulakan dengan niat yang mulia dan mempunyai kefahaman ilmu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!