SELAIN kerja keras, hidup ni kata orang kena work smart juga. Mungkin itulah yang dipegang seorang pemuda yang dah lenguh mengacau kentang setiap hari untuk dijadikan mashed potato yang dijualnya bersama isteri. ARTIKEL BERKENAAN: Rider, pemandu trak cemas geng itik buat ‘road block’... tapi sempat rakam dulu sebab comel! - “Saya risau takut terlambat hantar pesanan pelanggan” ARTIKEL BERKENAAN: Mengorat murid lelaki baru pindah sekolah, habis UPSR terus luah perasaan... kini bersatu di pelamin - “Saya tanya dia, hang suka siapa?” Video cara kreatifnya memukul kentang rebus menggunakan whisk yang disambungkan pada electronik drill mendapat pujian rata-rata pengguna sosial media. “Tersangat menyengat dia punya kreatif, mantap,” tulis salah seorang pengguna media sosial. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, Hashimah Ramli, 32 yang merakam video tersebut berkata, idea untuk menggunakan alatan drill itu datang daripada suaminya, Muhammad Akram Ibrahim, 37 yang mengambil alih tugasnya melenyek kentang tersebut. “Kami berniaga western food khususnya meatball yang dihidangkan bersama mashed potato, dulu akak buat seorang tapi bila tak sempat minta tolong suami. “Hari-hari bila part nak kena whisked mashed potato tu memang akak mengelat sebab lenguh nak whisk sampai gebu jadi beralih jadi tugas dia. “Kami pernah beli hand blender tapi lama-lama dia loose, jadi whisk yang dari hand blender tu dia sambung dekat drill, jadi memang mudah kerja dan result dia memang gebu sangat mashed potato tu,” katanya, menambah mereka kini menggunakan alat tersebut setiap hari. Hashimah berniaga makanan western di Pekan Kuala Ketil, Kedah. Menurut Hashimah, alat drill tersebut merupakan alat drill yang baru dibeli dan tidak pernah digunakan untuk kerja-kerja pertukangan. “Dulu kami beli drill ni sebab nak sambung pada pembuka tin, akak meniaga teh ais "menggigau", jenuh nak buka tin jadi bila suruh dia bukakan terus dia fikirkan jalan untuk memudahkan kerja,” katanya yang berniaga di Pekan Kuala Ketil, Kedah. Antara menu yang dijual mereka. Menurut Hashimah, suaminya yang merupakan tukang besi ini pernah menghasilkan pelbagai peralatan lain bagi memudahkan kerja-kerja harian mereka. “Dia pernah buat mesin gaul ayam goreng untuk adik sebab dia meniaga jual ayam goreng, lepas tu mesin napier (rumput untuk bagi kambing atau lembu makan), meja berniaga yang boleh buka dan pasang, jadi senang nak bawa dengan kereta kecik," katanya yang mempunyai dua orang cahaya mata. Akram yang juga tukang besi mencipta pelbagai kaedah kreatif untuk memudahkan hidup mereka disamping mencari hiburan. Selain daripada peralatan yang bertujuan untuk membantu tugasnya, Akram juga cipta basikal yang berfungsi dengan petrol. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI