MEMPUNYAI kemahiran menguasai bahasa lain selain Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sememangnya satu kelebihan. Selain berguna apabila melangkah ke alam pekerjaan, ia juga sangat membantu memudahkan interaksi ketika berdepan dengan situasi tertentu. Baru-baru ini tular satu video di aplikasi TikTok menunjukkan kepetahan seorang gadis bertutur Bahasa Mandarin ketika singgah di sebuah gerai. ARTIKEL BERKAITAN: Fasih cakap Tamil, Mandarin dan Melayu... apa identiti sebenar gadis ini? Siap kongsi insiden beli sari dan juadah iftar - “Orang punya raya dia pun sibuk nak beli” ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini ‘cemburu’ 5 adik beradik lain fasih Mandarin, rancak borak dengan aunty Cina sebelah rumah - “Mereka tak nak ajar lebih-lebih” Kepetahannya itu turut menarik perhatian pelanggan lain yang turut singgah di gerai berkenaan ketika itu. Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 900,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang turut mengagumi kebolehan gadis tersebut. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Noor Hafiza Aini Baharuddin berkata video tersebut sebenarnya dirakam pada tahun lalu ketika dia singgah di sebuah gerai milik kenalannya di bandaraya Melaka. "Masa tu tengah beli air. Saya sedang bersembang dengan orang yang menjaga gerai tersebut kerana mengenali dia. Saya bertanya, 'mana kakak sepupu? Dia tak datang ke hari ni?' "Saya dan kakak sepupunya yang berbangsa Cina saling mengenali kerana kami merupakan rakan satu sekolah dulu. Dia jawab, kakak sepupunya hanya datang kadang-kadang. Hari tu kakak sepupunya tak datang. "Yang rekod video tu adalah kawan satu tempat kerja. Saya tak sedar pun, dia curi-curi rekod. Kawan-kawan tahu yang saya pandai berbahasa Mandarin. Aini dan suami masing-masing fasih berbahasa Mandarin. "Bila saya dah start bersembang, cepat-cepat dia rakam. Saya pun tak sedar reaksi uncle di belakang saya ketika itu," cerita gadis berusia 20 tahun ini yang senang disapa sebagai Aini. Bercerita mengenai bagaimana dirinya fasih berbahasa Mandarin, Aini berkata dia mendapat pendidikan di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina bermula dari tadika sehinggalah peringkat menengah. "Dari tadika sampai sekolah menengah, bermakna dari usia empat tahun hingga 17 tahun saya sekolah Cina. Saya sendiri yang decide nak bersekolah di sekolah Cina. "Masa kecil-kecil dulu babah (ayah) saya suka tonton drama atau filem Cina lama. Saya pun terjebak sekali. Saya beritahu mama yang saya nak belajar di sekolah Cina. "Mama pun survey dan kebetulan ada sebuah tadika Cina dekat dengan rumah. Mama cuba hantar dan pantau untuk tempoh seminggu ke dua minggu. Tengok-tengok saya boleh pick-up. Jadi memang terus sekolah Cina sampai sekolah menengah. Dari tadika sampai sekolah menengah, bermakna dari usia empat tahun hingga 17 tahun saya sekolah Cina. NOOR HAFIZA AINI BAHARUDDIN "Babah ada darah kacukan, bapanya merupakan seorang Cina Muslim tapi babah tak pandai cakap Mandarin pun," ceritanya yang merupakan anak tunggal. Mengakui kemahirannya merupakan satu kelebihan, Aini berkata dia diterima bekerja di sebuah syarikat selepas penemuduga yang juga pengurus syarikat berkenaan kagum dengan kebolehannya. "Selepas tamat sekolah menengah, saya terus pergi interview kerja. Ketika interview di sebuah syarikat, pengurus tu tak perasan pun saya dari sekolah Cina. Tapi bila saya ada bertanya dalam Bahasa Mandarin, dia terkejut. "Dia terus terima saya bekerja selepas interview itu. Kini dah hampir tiga tahun saya bekerja di syarikat ini. Mereka hantar saya bekerja di cawangan kedai yang sering dikunjungi pengunjung Cina," katanya yang bekerja di sebuah syarikat yang menjual peralatan sukan di bandaraya Melaka. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Aini yang berasal dari daerah Melaka Tengah berkata dia terharu apabila menerima pujian daripada netizen. Aini dan suaminya bertemu jodoh ketika menuntut di sekolah yang sama. "Kebanyakan komen netizen kata ruginya tak belajar Bahasa Mandarin atau bahasa lain dulu-dulu. Banyak kelebihannya jika pandai bahasa lain. Tapi, walaupun saya mampu bertutur dalam Bahasa Mandarin, saya tidak melupakan bahasa ibunda saya. Saya masih kenal asal usul saya. "Belajar Mandarin dari tadika hingga ke sekolah menengah bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Hanya kelebihan dan kebolehan masing-masing. "Belajar selagi mampu. Belajar ni, sampai ke tua boleh belajar. Juga, third language akan memudahkan kita jugak. Lebih-lebih lagi sekarang kalau cari kerja ke apa, travel mana-mana, memang kena ada third language. Kita amik yang positif, tolak yang negatif," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!