suria

Aksi laga pipi buat pengantin perempuan terduduk, jurugambar sporting siap ajar posing nak nampak sweet – “Letak tangan di pinggang pasangan pun terketar-ketar”

Aksi jurugambar dan pembantu membuatkan pengantin berasa lucu, foto kecil posing pengantin.

"PEGANG tangan, pusing... laga pipi."

Aksi seorang jurugambar bersama pembantunya mencuit hati, sehinggakan pengantin perempuan terduduk ketika menjalani pengambaran foto perkahwinan bersama pasangannya.

Kelihatan pasangan pengantin tersipu-sipu malu, namun bersikap profesional berusaha memberikan gaya yang terbaik untuk dirakamkan foto sebagai kenangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki tiba di masjid ready nak nikah, tok kadi dilihat memandu pergi ladang... siapa yang silap tarikh?- "Nervous isteri tak sampai-sampai"

ARTIKEL BERKAITAN: Basah ketiak! Jurugambar gigih berlari rakam foto kahwin sendiri, tak sempat kejar '10 saat'... mujur ada penyelamat, dapat pengantin posing sakan

Jurugambar berkenaan, Mohamad Hafee Zakimi Mohd Rudin memberitahu, lokasi penggambaran pasangan itu dilakukan di Pantai Kundur dekat Kota Bharu, Kelantan, pada minggu lalu.

Pemuda berusia 27 tahun itu berkata, sebagai jurugambar, dia perlu memberi tunjuk ajar dan contoh kepada klien untuk memberikan gaya yang terbaik dan bersesuaian.

"Klien ni dalam kalangan bukan model. Mungkin mereka suka bergambar dan selfie, tapi mereka tak biasa bila kena posing untuk photoshoot kahwin.

"Kalau kita sekadar cakap dan suruh buat apa, nanti mereka akan blur atau tak menepati point yang kita nak. Sebagai jurugambar, kita kena bagi contoh," katanya kepada mStar.

ajar pengantin posing 7

Antara hasil rakaman lensa Hafee buat pengantin baharu.

Lebih mesra disapa Hafee, dia tidak mahu bersikap 'lepas tangan' kerana apa yang penting baginya adalah kualiti momen pengantin berjaya dirakamkan.

"Saya nak momen sweet diingati pengantin menerusi foto yang saya ambil. Sedikit-sebanyak ia memberi kenangan terindah buat mereka dalam mendirikan rumah tangga.

"Klien tu dah bayar kita, jadi kita wajib masukkan servis percuma untuk beri contoh macam mana nak posing," ujarnya yang berkhidmat sebagai jurugambar sejak 2012.

ajar pengantin posing 5

Hafee (kiri) dan pembantu (kanan) bersama pasangan pengantin.

Menurut jejaka dari Tumpat, Kelantan ini, terdapat segelintir jurugambar perkahwinan tidak mengambil peduli terhadap gaya pengantin, apatah lagi memahami keadaan mereka.

"Pengantin ni kadang-kadang muka masing-masing sama ada penat atau terlalu risau nak posing macam mana. Itu belum lagi yang bimbang kalau posing akan nampak gemuk.

"Kita sebagai orang yang merakamkan gambar mereka kenalah pandai guide. Ada juga yang kaku sebab sebelum kahwin tak pernah jumpa sebab dijodohkan oleh keluarga.

"Ada yang jarang berjumpa, tak pernah berpengangan tangan, malah jarang bergambar. Jadi bila nak sweet, letak tangan di pinggang pasangan memang terketar-ketar," tambahnya.

ajar pengantin posing 6

Hafee mementingkan momen sweet pengantin untuk foto perkahwinan.

Anak sulung daripada tiga beradik itu tidak kisah tunjuk ajar yang diberikannya mungkin dianggap melucukan kerana niatnya untuk memberi keselesaan kepada pengantin.

"Memang nampak geli sampai pengantin tergelak-gelak. Tapi masa itulah kita nak tunjuk momen sweet pada mereka supaya mengikut posing yang saya dan pembantu buat.

Memang nampak geli sampai pengantin tergelak-gelak. Tapi masa itulah kita nak tunjuk momen sweet supaya mengikut posing yang saya dan pembantu buat

MOHAMAD HAFEE ZAKIMI MOHD RUDIN

"Kalau tak ada pembantu, saya buat contoh bersama pengantin lelaki. Memang pengantin pun boleh ketawa tapi masing-masing beri komitmen demi rakaman foto yang terbaik," katanya.

Sementara itu, pengantin perempuan menerusi video yang tular, Nur Hazwani Lukman, 27, berkata, dia bernikah bersama pasangannya, Che Mohamad Farizuan Che Ismail di Masjid Mukim Pauh Panji di Kota Bharu, pada 19 Oktober lalu.

ajar pengantin posing 8

Wani (kanan) dan suami bernikah pada 19 Oktober 2021.

Menurut Wani yang merupakan jurutera, dia tidak menyangka rakaman membabitkan penggambaran foto perkahwinannya menjadi tular, dan mengakui gelagat dan aksi spontan jurugambar membuatkannya terduduk berasa lucu.

"Kami bukan malu-malu, tapi saya dan suami sebenarnya jarang bergambar bersama kerana masing-masing kerja jauh dan hanya jumpa bila cuti panjang.

"Jurugambar memang sporting dan bertimbang rasa untuk tunjuk gaya sebab kami memang tak pandai nak posing bergambar, lebih-lebih lagi untuk foto pengantin," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain