"SELALU potong rambut macam nak berperang" Begitulah situasi yang dilalui seorang ibu apabila mahu mencuba untuk memotong rambut anaknya. Menerusia rakaman yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan teknik istimewa yang digunakan semasa memotong rambut si kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Sikat ‘melekat’ di rambut! Abang guna syampu, ibu dah ambil gunting nak potong... kanak-kanak ini akhirnya diselamatkan kakak kembar ARTIKEL BERKAITAN: Diminta mengasuh, mak saudara panik anak buah lumur slime pada rambut... hanya terfikir ‘botak’ - “Emaknya di wad tak terkejut” Bercakap kepada mStar, Wan Nora’asyikin Ismail, 34 berkata, dia ternampak sebuah video di TikTok dari luar negara yang menunjukkan cara paling mudah untuk memotong rambut kanak-kanak. Jelasnya lagi, dia berpakat bersama anak sulungnya, Wan Noor Ariana Abdul Rahim, 14, untuk mecuba teknik berkenaan di rumah sambil diperhatikan suaminya, Abdul Rahim Abdul Kadir yang berusia 39 tahun. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya berpakat dengan Ariana dan berkata padanya macam mana pun kita kena cuba potong rambut adik dengan cara ni juga. "Tapi kena tunggu Rizqullah tidur selepas letih bermain supaya dia tak sedar apa yang kami nak buat. Suami Nora (tengah) hanya memerhatikan apa yang mereka lakukan. "Suami saya tak berhenti henti berkata tak payah la..sudah la..tak payah...Bukan apa, cuma takut anaknya menangis nanti. "Tapi kami terpaksa juga potong sebab hari-hari Rizqullah mengosok mata kerana terganggu dengan rambut. Kalau kami nak ikat rambutnya, dia tak nak pula," katanya yang menetap di Georgetown, Pulau Pinang. Mesra disapa Nora, ia merupakan peluang keemasannya mencuba teknik memotong rambut yang dilihat di TikTok selepas melihat anak bongsunya tertidur. Rakaman video yang dimuat naik oleh anak jati Pulau Pinang itu meraih hampir 40,000 tontonan di TikTok. "Alhamdulillah Rizqullah langsung tak terjaga, sebab dah mandikan dan sedang baring sambil minum susu. Tiba-tiba tengok dia dah terlelap disebabkan keletihan bermain di siang hari. Rizqullah tidak suka apabila ibunya cuba untuk memotong rambutnya. "Cepat-cepat saya panggil kakaknya supaya mencapai gunting, sikat dan juga sellotape yang telah kami siap sediakan untuk memotong rambut Rizqullah. Memang senang la kerja kami, dalam lima minit siap tanpa gangguan! "Keesokkan harinya kami tunjukkan video itu pada Rizqullah dan dia macam terkejut sambil memikir apa yang sudah terjadi," ujarnya berseloroh. Menurut Ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia sudah beberapa kali cuba untuk memotong rambut dia dalam bilik air sebelum ini. Tetapi setiap pecubaannya gagal keranak anak bongsunya sudah tahu apa yang bakal menanti apabila melihat si ibu memegang gunting. "Last potong rambut dia dalam bilik air pada akhir Ogos tapi dalam suasana berperang. Ketika itu suami berada di tempat kerja, jadi saya dan anak sulung berganding bahu. Sebab anak-anak kita sudah terbiasa dengan ahli keluarganya sendiri, rasa janggal bila berada di luar. WAN NORA'SYIKIN ISMAIL "Kami pegang kepala, kepit kaki Rizqullah dengan tangan sambil dia menangis serta menolak supaya rambutnya tidak digunting. "Mungkin dia belum biasa dengan keadaan sebegitu, saya pun berhati-hati kerana takut tercedera," ujarnya yang mempunyai bisnes menjual pakaian secara online sejak tiga bulan lalu. Nora yang merupakan anak tunggal itu akui bahawa teknik memotong rambut berkenaan susai bagi mereka yang mempunyai anak kecil Bagaimanapun ianya bukanlah suatu teknik yang boleh digunakan untuk semua fesyen rambut. "Saya sangat-sangat sarankan ibu bapa untuk gunakan cara macam ni untuk potong rambut anak mereka yang dibesarkan dalam keadaan pandemik ini, tapi itulah rambut depan sahaja. Nora dikurniakan tiga orang anak sepanjang mendirikan rumah tangga. "Sebab anak-anak kita sudah terbiasa dengan ahli keluarganya sendiri, rasa janggal bila berada di luar. "Bagi mereka yang mengalami masalah membesarkan anak dalam keadaan pandemik, anda perlu bersabar dan mencari kaedah bagaimana untuk menanganinya," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!