suria

Pemain gitar tersepit antara suka dan duka... bapa meninggal pada hari lahir ke-21, video pula dapat 10 juta tontonan - “Perasaan macam roller coaster”

Naziem (kiri) reda dengan pemergian bapanya akibat kencing manis pada 22 September lalu.

BUKAN biasa-biasa.

Hanya dengan memetik gitar, pelajar berusia 21 tahun ini berjaya mengumpul lebih 320,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Dedah Muhammad Naziem Mohd Salehen, dia tidak pernah belajar gitar secara formal, sebaliknya bakat itu mengalir secara semulajadi sejak dia berusia 16 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah kenal lama, tukang cuci baru tahu ‘identiti’ rakannya! Ceria kerja di kedai makan, tapi simpan kisah duka - “Petang tu dia betul-betul bawa gitar”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 17 tahun gadis manis ini dah pandai ‘goreng’ gitar, cakap saja mahu lagu apa! - “Darjah 2 saya belajar sendiri guna gitar abah”

"Di rumah saya, ada gitar kepunyaan abang. Saya cuba main sendiri, kemudian ia bertukar menjadi hobi. Saya memang belajar sendiri saja.

"Sebelum ini saya tak kongsi video. Kemudian saya kongsi di status WhatsApp. Selepas itu ramai kawan-kawan bagi reaksi positif. Mereka kata bakat saya boleh pergi jauh.

"Kemudian ada seorang kawan sekolah saya, nama dia Hafiza. Dia yang jadi pendorong untuk saya kongsikan lagi video main gitar. Dia juga tolong buka akaun TikTok saya," ujarnya yang mesra disapa Naziem.

Menurut pelajar bidang Kejuruteraan Sivil itu, dia bersyukur apabila ramai yang menerima bakat seninya sehingga dia menerima sokongan berterusan di media sosial.

nziem3

Naziem merupakan pelajar bidang Kejuruteraan Sivil di UiTM.

Malah, dia juga ada jawapan tersendiri kenapa lebih selesa untuk tidak memaparkan wajahnya dalam video-video petikan gitar yang dimuat naik ke laman TikTok.

"Saya terlalu bersyukur apabila dapat ramai followers. Saya tak pernah fikir pun nak jadi popular. Terima kasih banyak-banyak.

Kenangan paling tak boleh lupa, abah hadiahkan kereta Kelisa.

NAZIEM

"Ada juga yang komen dan bertanya, kenapa saya tak tunjukkan muka? Saya sebenarnya malas nak bersiap. Selain itu, ramai yang sering tulis kata-kata sedih di ruangan komen video saya.

"Mereka jadikan ruangan komen sebagai tempat meluahkan perasaan. InsyaAllah kalau saya rajin, suatu hari nanti saya akan mulakan saluran YouTube," ujar pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu.

Dalam pada itu, Naziem mendedahkan video petikan gitar olehnya pertama kali tular dan meraih perhatian ramai pada 22 September lalu.

Pada hari sama, ia merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya.

naziem3

Naziem selesa kongsi video gitar tanpa menonjolkan wajahnya.

Namun kata Naziem, perasaannya bercampur baur apabila bapanya, Mohd Selehen Paijan, 52, meninggal dunia akibat kencing manis pada hari tersebut.

"Video saya pertama kali viral pada hari abah saya meninggal dunia. Timing kurang tepat. Pada hari itu, ia juga hari lahir saya.

"Perasaan pada waktu itu macam roller coaster. Nak gembira, tapi tengah sedih. Sebelum abah meninggal, saya ada tunjukkan video itu kepadanya.

"Abah ulang banyak kali. Sekarang saya anggap main gitar sebagai terapi untuk hilangkan kesedihan diri. Saya tiada niat nak viral, cuma suka-suka nak kongsi bakat saja," ujarnya yang menetap di Taiping, Perak.

naziem2

Salah satu video yang dikongsi Naziem menerima lebih 10 juta tontonan di TikTok.

Sehingga kini, video itu juga sudah meraih lebih 10.5 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Imbas Naziem, dia juga terharu apabila dihadiahkan sebuah kereta Perodua Kelisa oleh Allahyarham bapanya, dua hari sebelum dia meninggal dunia.

"Kenangan paling tak boleh lupa, abah hadiahkan kereta Kelisa. Dia bagi dua hari sebelum meninggal.

"Bolehlah saya gunakan kereta itu untuk mudahkan urusan belajar," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain