suria

Dah niaga sejak zaman sekolah lagi, kembar dari Kedah sayu gerai musnah dijilat api... duit pun terbakar! Tapi demi keluarga, tetap buka semula bisnes minggu depan!

Kamal (kiri) dan Kamil (kanan) mengakui sedih namun reda dengan apa yang berlaku.

MALANG menimpa adik-beradik kembar dari Kedah ini apabila gerai makanan mereka musnah dalam kebakaran pada petang Selasa lalu.

Menurut Musthofa Kamal Supar, dia dan kembarnya, Musthofa Kamil sedang berniaga seperti biasa sebelum api tiba-tiba menyambar gara-gara gas bocor.

Bercerita kepada mStar, kembar berusia 19 tahun yang mesra disapa Kamal dan Kamil itu mengakui terkejut dengan kejadian tersebut yang berlaku dalam sekelip mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan”

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai musnah dibadai ribut, jualan habis berterabur... reda diuji di hari pertama Ramadan, tindakan 2 rakan niaga selepas itu nyata berbaloi

"Kami sedang memasak seperti biasa. Tiba-tiba api menyambar dari dapur gas. Kalau tahu gas bocor, awal-awal kami dah tutup. Masalahnya kami tak tahu. Bila bomba datang padamkan kebakaran, mereka maklumkan berlaku kebocoran gas.

"Kami tak tahu bila gas tu bocor. Kami buka gerai sejak 12.30 tengah hari lagi. Gerai terbakar lebih kurang 5.30 petang. Masa tu ada pelanggan. Ketika api mula-mula menyambar, kena muka kami. Kemudian baru merebak kepada barang-barang. Kami total lost 100 peratus," ujar Kamal.

Dalam pada itu, Kamil mengakui dia dan abangnya masih terkejut dengan kejadian itu, namun reda dengan apa yang berlaku biarpun mengalami kerugian beribu ringgit.

Tambal Kamil, dia bagaikan hilang kata-kata tatkala melihat gerai tempat mencari rezeki yang dibuka berdekatan Stadium Darul Aman, Alor Setar, musnah sekelip mata dalam kejadian berkenaan.

kamal2

Dua beradik ini mula berniaga sejak zaman sekolah lagi.

"Ketika kejadian, ada duit sales dalam gerai yang turut terbakar dengan barang dapur dan perkakasan memasak. Anggaran dalam RM1,000 duit sales. Kami reda saja benda nak jadi.

"Dulu kami bermula dengan gerai yang ada khemah, kemudian kami buka gerai kabin pula. Lama kami menabung nak dapatkan kabin tu. Modalnya tinggi.

"InsyaAllah kami akan mula berniaga balik minggu depan dengan apa yang ada. Yang mana mampu, kami akan beli dulu. Kami tak kisah buka gerai dengan khemah semula," ujar Kamil.

Kalau kami tak berniaga, macam mana nak bagi duit belanja adik-adik?

KAMIL

Bercerita mengenai perjalanan mereka, Kamil mendedahkan perniagaan itu dimulakan ketika dia dan abangnya masih lagi bersekolah.

"Kami dah berniaga sejak umur 16 tahun. Kami ada lima beradik. Kamal anak sulung, saya anak kedua. Bapa kami pula dah meninggal akibat strok tujuh tahun lepas.

"Kami mula-mula kerja cuci pinggan untuk kumpul modal. Selepas itu baru kami buka gerai 'macaroni and cheese' ini. Kalau kami tak berniaga, macam mana nak bagi duit belanja adik-adik?

kamal3Pasangan kembar ini mendedahkan bapa mereka sudah lama meninggal dunia akibat strok.

"Kami balik sekolah, terus buka gerai. Kadang-kadang buat kerja sekolah di gerai. Dulu mak pun berniaga makanan western, tapi sekarang kami suruh mak rehat saja," ujar Kamil lagi.

Dalam pada itu, Kamal dan Kamil turut berkongsi video kejadian itu di TikTok dan Instagram dan TikTok.

Mereka turut dihujani komen netizen yang memberikan kata-kata semangat serta doa agar segala urusan dipermudahkan.

Kata Kamal dan Kamil, mereka terharu dengan sokongan ramai dan berharap perniagaan yang diusahakan dapat bangkit semula tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain