LAMAN rumah yang dihiasi pepohon menghijau ternyata memberi ketenangan jiwa buat jejaka ini. Menurut Muhammad Noor Abu Bakar, 36, dia pada awalnya tidak suka berkebun, namun mula berjinak-jinak untuk berbakti kepada tanah gara-gara 'mulut' seorang rakannya. "Kalau nak imbas kisah dulu, saya memang tak minat dengan pokok-pokok ketika zaman sekolah. Kemudian ada kawan satu kelas bertanya lokasi rumah saya. ARTIKEL BERKAITAN: Jadikan kebun depan rumah sebagai bisnes, cikgu nak pencen impi buka taman kucing pula - “Niat jual murah-murah sambil sedekah” ARTIKEL BERKAITAN: “Berbudi kepada tanah takkan rugi” - Pereka grafik wanita ini rela tinggalkan kehidupan kota, balik Teluk Intan jadi petani "Ada seorang lagi kawan menyampuk, dia kata rumah saya yang lapang dan tiada pasu bunga. Bermula detik itu, saya terus nak tanam pokok. "Pokok pertama saya tanam merupakan pokok bunga ros kampung. Bila ia hidup dan mekar, saya jadi suka. Jadi bermulalah minat saya," ujarnya kepada mStar. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mesra disapa Noy, dia mengakui minat itu terhenti gara-gara sibuk bekerja, namun semuanya berubah selepas kematian bapanya akibat diabetes pada tahun 2010. Dedah Noy, dia berpindah ke kampung halaman di Pengerang, Johor, demi menjaga ibunya yang kini sudah berusia 68 tahun. Laman rumah Noy menjadi perhatian ramai pelayar media sosial. Dikesempatan itu, Noy kembali menguruskan laman rumahnya sehingga dia kini memiliki lebih 100 jenis tanaman. "Dulu saya bekerja, kemudian balik kampung jaga mak lepas ayah meninggal. Mak pun sakit kencing manis. Sekarang saya tak bekerja. Tapi saya ada jual pokok-pokok serta baja. Biasanya lepas solat Subuh, saya akan berkebun dua jam. Kadang-kadang sampai 10 pagi. NOY "Bila saya balik ke kampung pada tahun 2010, saya tanam balik pokok untuk bagi mak gembira. Kalau nak dikira, ada banyak juga, lebih 100 jenis pokok. "Selain itu, saya juga ambil tempahan. Kalau ada orang nak pokok, saya akan semaikan sampai hidup. Kemudian baru bagi kepada pelanggan. Ia bukanlah macam nursery, tapi garden di rumah saja," ujar anak kelima daripada lapan beradik itu. Antara yang ditanam oleh Noy termasuklah pokok kesum, kunyit, kucai, limau madu, betik, jambu, cermai, keladi dan macam-macam lagi. Noy kini menjaga ibunya yang sakit kencing manis. Kata Noy, timbul rasa puas dalam jiwa setiap kali melihat pokok yang ditaman berkembang mekar dengan pelbagai warna yang menghiasi laman rumahnya. Malah kata Noy, dia tak pernah jemu dan letih kerana aktiviti itu menjadi pelengkap kepada hidupnya setiap hari sejak kembali ke kampung sekitar 10 tahun lalu. "Saya rasa tenang dan redup bila tengok pokok-pokok. Berkebun juga satu senaman, ia merupakan aktiviti yang sihat. Hari-hari kita berkebun, membaja dan cabut rumput. Sampai tak sedar dah berpeluh. "Biasanya lepas solat Subuh, saya akan berkebun dua jam. Kadang-kadang sampai 10 pagi. Pada waktu petang pun saya akan berkebun juga," ujarnya lagi. Keindahan laman di kediamannya. Dalam pada itu, Noy juga tak menyangka video pokok-pokok di laman rumahnya akan tular di aplikasi TikTok. Dedah Noy, dia turut menerima banyak soalan netizen khususnya mengenai teknik penjagaaan pokok. "Dulu asalnya saya kongsi di Facebook saja. Kemudian adik bagi cadangan supaya kongsi di TikTok. Bila sekali buat, ramai pula yang suka. "Ramai juga yang tanya soalan dan petua, tanya cara penjagaan, racun serangga dan macam-macam lagi. Banyak sampai tak terjawab," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI