suria

Bukan kereta rare tapi pemilik pun sama... masa tidur siap cabut stereng 2 kg letak bawah bantal, kalau ke kedai pun angkut sama nak elak dicuri katanya!

Cik Na mencabut stereng keretanya sebelum pergi membeli belah.

ORANG perempuan dan handbag memang tak dapat dipisahkan.

Selain dompet dan alat make up, macam-macam lagi yang boleh kita jumpa dalam beg tangan tangan golongan hawa ini termasuklah stereng kereta!

ARTIKEL BERKAITAN : Dua budak kecil setia teman mak ayah live jual bundle sampai 3 pagi, si ibu percaya mereka membesar jadi anak yang bagus - “Tipulah kalau tak sayu”

ARTIKEL BERKAITAN : Anak terkilan ibu tak sempat tengok majlis nikah, tapi terharu lihat gambar telaga dalam handphone arwah - “Mak tak sempat masak ayam pecel”

Baru-baru ini tular sebuah video seorang wanita mencabut dan memasukkan stereng kereta miliknya ke dalam handbag sebelum pergi membeli barangan runcit di pasar raya.

"Adoi nak curi kereta kena bawak stereng spare la macam ni," komen seorang pengguna media sosial.

Video yang dikongsikan seorang pengguna media sosial yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Na itu mendapat lebih setengah juta tontonan setakat ini.

Bercakap kepada mStar, Cik Na berkata, dia akan sentiasa mencabut stereng kereta sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan jenis kereta tersebut iaitu Honda Civic EK99 ini merupakan antara kereta rare yang menjadi idaman pencuri.

"Saya memang selalu akan cabut stereng walaupun bila tinggal dekat rumah, saya pergi pasar raya pun saya akan bawa dan tinggalkan di tempat yang lebih selamat.

"Benda ni memang kalau sek-sek (geng-geng) yang main kereta JDM (Japanese Domestic Market - kereta yang hanya dijual di Jepun) macam Honda GTI mereka memang akan kenal stereng ni, orang memang susah nak curi sebab ada ciri-ciri keselamatan.

"Biasa kalau di rumah saya akan cabut, nak tidur letak bawah katil, kalau pergi jalan-jalan saya akan letak di tempat selamat," katanya.



Kereta honda civic milik Cik Na.

Mengakui agak jarang untuk seorang wanita memilik kereta yang boleh dicabut sterengnya, Cik Na berkata stereng tersebut tidak kurang beratnya.

"Stereng tu ada dalam dua kilogram juga tapi rasa okay je sebab dah biasa," katanya.

Menurut Cik Na, stereng tersebut turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan untuk menghalangnya daripada tercabut sewaktu memandu.

Cik Na yang menetap di Marang, Terengganu berkata kereta tersebut baru sahaja selesai menjalani proses baik pulih yang memakan belanja sehingga RM40,000.

"Kereta tu baru je siap restore saya beli tahun lepas, masa tu memang dapat harga jackpot RM15,000 je, sebab biasanya harga dia dalam RM29,000.

"Akak restore balik habis dalam RM40,000," katanya.



Cik Na dan suaminya berkongsi minat yang sama dalam bidang permotoran.

Cik Na yang juga pengasah produk kecantikan wanita berkata dia sememangnya meminati dunia permotoran sejak kecil lagi.

"Masa muda dulu saya ada motor RXZ, memang saya join kelab-kelab permotoran ni semua, saya suka barang-barang yang rare.

"Sampai sekarang saya masih simpan dalam rumah motor RXZ saya," katanya yang berkongsi minat dengan suaminya yang hanya ingin dikenali sebagai Achik, 26 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Honda, JDM, barang rare, RXZ

Artikel Lain