suria

Video pemuda baru ‘lepas hajat’ terjumpa CCTV dalam tin pewangi cecah 5 juta tontonan! - “Betul-betul menghadap mangkuk tandas yang saya guna”

Kamera CCTV yang disorok dalam tin pewangi.

NIATNYA membuka tin pewangi yang diletakkan dalam tandas di sebuah homestay di Sabah adalah supaya 'bau-bauan kurang enak' dapat hilang lebih cepat dengan bau lemon tersebut, tapi bayangkan betapa terkejutnya dia apabila menjumpai sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang disembunyikan di dalam tin pewangi tersebut.

Penemuan tersebut dikongsikan seorang pemuda, Raileslie Ashley Rainnold, 23, di laman TikToknya.

“Berhati-hati gais kalau mau check-in,” tulisnya.

ARTIKEL BERKENAAN : Isteri menjerit riang jumpa duit lebih RM1,600 timbul dalam mesin basuh, tak maklumkan suami tapi tiba-tiba dapat komen ‘pencopek’!

ARTIKEL BERKENAAN : Tak berhati perut, bukan minta jadi begitu! Bermula dengan titik kecil, anak istimewa digelar ‘dajjal, mata satu’... benar kata si ibu, kanser memang jahat!

Video berkenaan kini sudah mencapai lebih lima juta tontonan.

Bercakap kepada mStar, Raileslie atau mesra dipanggil Reay berkata, kejadian berlaku ketika dia dan rakan-rakan menginap di sebuah rumah di Kota Kinabalu Sabah.

Katanya, dia baru sahaja selesai melepaskan hajat dan cuba untuk menghilangkan bau-bauan yang kurang enak itu dengan membuka tin pewangi.

“Kejadian berlaku pada 28 Oktober lalu, masa tu saya menumpang sahaja sebab kawan saya yang check in dekat sana selama tiga hari dua malam.

“Masa tu malam, dekat pukul 11 lebih saya mandi lepas tu buang air besar. Lepas buang air besar saya flush dan siram air beberapa kali sebab nak hilangkan bau, dan masa tu saya nampak air freshner tu, saya sangkakan tu pewangi baru,” katanya.

Pelajar Pengurusan Perlancongan Kolej MSU Sabah ini berkata, dia sangat terkejut apabila membuka tin pewangi tersebut.

“Bila buka penutup plastik dalam tu tak sangka saya lain pula yang saya jumpa jadi saya terus pusingkan tin tu menghadap dinding, saya tak tahu nak buat apa masa tu.

“Saya rasa terkejut sangat sebab benda ni kali pertama berlaku, selalu nampak dekat TV tapi ini real life.

“Saya nak bagitahu kawan saya tapi saya cuma mampu cakap, itu minyak wangi bah... lepas tu saya stuck tak tahu nak cakap macam mana, jadi kawan saya pun hairan,” katanya sambil menambah sudut kamera terbabit terarah ke bahagian mangkuk tandas duduk yang digunakannya.



Tempat tin pewangi tersebut diletakkan.

Menurut Reay, kawannya yang hairan melihat reaksinya kemudian memeriksa sendiri pewangi tersebut pada keesokan harinya.

“Keesokannya dia WhatsApp saya, dia cakap dia dah rosakkan CCTV tersebut lepas tu buang dalam tong sampah.

“Kawan-kawan masa tu tak buat report polis sebab mereka sedang bercuti, jadi nanti takut makan masa.

“Jadi kami rekod kemudian post dekat TikTok supaya orang ramai berwaspada,” katanya, sambil menambah mereka juga tidak berani untuk bertanyakan hal tersebut kepada pemberi sewa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain