PELBAGAI jenis perniagaan telah dicuba, namun semuanya seakan tidak menjadi. Malah lebih malang lagi, dia terpaksa membuang makanan yang sudah rosak akibat terbiar lama di luar, di saat mereka menunggu pelanggan. "Allahuakhbar terpaksa buang sebab dah masam dah tak boleh jual," tulis seorang pengguna TikTok yang mesra dipanggil Kak Fai. ARTIKEL BERKAITAN: Syoknya! 19 sekeluarga ‘serbu’ homestay tepi sawah selepas setahun tak jumpa, pakai kain pelikat dan batik je... mudah, selesa dan meriah ARTIKEL BERKAITAN: Ramai terhibur tengok video bekas kru kabin Cina ini ‘kecek’ Kelantan, lebih suka ditanya bab makan berbanding ‘gewe’ - “Ada budu, habis dua pinggan nasi” View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercakap kepada mStar, Kak Fai berkata dia kini berniaga lauk pauk kampung yang dimulakan dua bulan lalu selepas pelbagai perniagaannya sebelum ini gagal. Berusia 38 tahun, dia sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur sebagai pembekal pembantu rumah namun perniagaannya itu terpaksa gulung tikar akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan. "Akak sebagai introducer, ada majikan nak maid jadi akak akan ambil profile majikan dan maid, kita check data imigresen kalau nama clear baru kita submit. "Kalau orang perlukan pembantu rumah harian untuk kemas rumah pun kami akan hantar juga. "Tapi bila border tutup kita tak boleh bawa masuk maid," katanya. Kak Fai kemudiannya menjual pelbagai jenis makanan lain demi menampung kos perbelanjaan mereka sekeluarga namun dia akhirnya terpaksa akur dan pulang ke kampung halaman di Pokok Sena, Kedah. "Dekat dua tahun PKP jadi akak buat macam-macam perniagaan lain, akak jual sambal bilis, dan lain-lain tapi tak tahu dekat mana silapnya semuanya tak menjadi. "Jadi kami pindah ke Kedah, dah setahun lebih juga pindah, kemudian akak jual pakaian bundle secara dalam talian dekat Instagram, Shopee. "Masa tu dapat la RM200 ke RM300 sebulan lepas la bayar bil api air tapi pendapatan tu on off la sebab bukan hari-hari orang nak beli baju," katanya. Kak Fai turut menjual pakaian bundle. Kak Fai yang mempunyai empat anak kemudian membuat keputusan untuk berniaga hidangan viral Oden di hadapan Maktab Mahmud di Pokok Sena. "Masa tu tengok tempat tu macam okay jadi expect pelajar masuk nanti boleh la survive tapi tak masuk juga, orang kampung pula macam tak biasa dengan makan tu, jadi diaorang tengok pelik je. "Bahan-bahan Oden ni pula kan frozen, jadi tak boleh lama letak dekat luar dengan cuaca panas semua lama-lama basi, jadi rugi dekat situ memang nak rolling modal pun tak lepas. "Sehari tu boleh kiralah berapa orang je pelanggan, ada yang empat orang je," katanya, yang berniaga bersama suami berusia 50 tahun. Selain Oden, kak Fai juga jual ramen, meatball dan spicy chicken. Kak Fai yang sebelum ini pernah mempunyai pengalaman menjual makanan di sebuah food court di Putrajaya kemudiannya mencuba nasib menjual lauk-lauk kampung di Simpang Tiga, Jalan Pokok Machang. "Bila Oden tak jalan kami tukar masakan kampung tapi sama juga. "Kami fikir sebab baru lagi kot tapi tak expect sampai macam tu sekali, ada satu masa tu akak buat dua kerja, pagi jual masakan panas sampai pukul 3 petang lepas tu sambung jual Oden sampai pukul 10, 11 malam, itu pun tetap tak boleh cover modal, jadi lepas tiga bulan kami tutup perniagaan Oden. "Sekarang akak jual makanan kampung, kami masak lauk-lauk macam gulai ayam kampung, ayam kampung goreng, gulai ikan masin dengan nenas, ikan temenung masak kari, masak pulut dengan ikan masin kemudian kalau pagi-pagi ada roti canai, lempeng kelapa... sehari mungkin boleh dapat dalam RM100 ke RM180, isi minyak beli bahan untuk esoknya, jadi memang gitu je rolling dia," katanya. Masakan kampung di kedai milik Kak Fai, UNZ Corner. Menurut Kak Fai, dia bersedekah makanan yang tidak habis kepada orang kampung, manakala makanan yang sudah tidak elok akan dibuang. Jelasnya, dia kini terpaksa menjual keretanya BMW yang baru tiga tahun digunakannya, demi untuk mencari modal bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka. "Ni memang last dah, barang kemas akak semua dah kena jual. "Ni nak jual kereta pula sebagai jalan terakhir nak buat modal balik. "Demi anak-anak akak kena kuat juga," katanya. Kak Fai terpaksa menjual keretanya untuk mencari modal perniagaan. Kak Fai kini turut mempertimbangkan untuk berhijrah semula ke Kuala Lumpur. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!