suria

Kru kabin sukarela berhenti kerja waktu pandemik, guna oven kecil je hasilkan 100 balang biskut sebelum jual sambal... kini rindu nak terbang semula

Alia sudah menjual lebih 2,000 balang sambal gesek sejak tahun lalu.

PERALIHAN kerjaya yang dilalui wanita ini memberi peluang kepadanya untuk mengumpul pengalaman dalam pelbagai bidang.

Menurut Alia Samihah, 31, dia yang juga lepasan bidang Pemasaran memulakan kerjaya sebagai koordinator projek di sebuah syarikat, suatu masa lalu.

Lebih tiga tahun di syarikat itu, dia turut diberi peluang bertugas sebagai pengurus projek sebelum beralih memulakan kerjaya baharu di awan biru sekitar November 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak dapat bertugas di awan biru, kru kabin ‘tukar angin’ layan penerima vaksin - “Dulu check boarding pass, sekarang check MySejahtera”

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas ‘layan’ menangis dibuang kerja, pramugari terima 2 tawaran job datang serentak - “Tak sangka baca berita mengenai bekas syarikat saya bekerja”

"Saya bermula sebagai koordinator projek. Lepas tu dalam masa setahun, saya naik jadi pengurus projek. Kerja selama tiga tahun setengah, saya pun berhenti.

"Kemudian saya mula jadi kru kabin pada November 2018. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja lagi pada Jun 2020," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Alia, dia mengakui ramai kawan dalam bidang penerbangan yang kehilangan kerja sewaktu pandemik Covid-19 meruncing tahun lalu, namun situasi melibatkan dirinya sedikit berbeza.

Malah katanya, dia turut berdepan detik sukar apabila ditimpa masalah kewangan sejurus berhenti kerja pada pertengahan tahun lalu.

alia3

Alia sebelum ini pernah bekerja sebagai pengurus projek.

"Waktu itu, syarikat tak dapat nak bayar gaji penuh, penerbangan pun tak banyak. Tapi saya tak kena retrenchment, saya yang ambil keputusan untuk berhenti kerja.

"Masa tu nak raya, saya fikir macam mana nak teruskan hidup? Nasib baik masa tu saya ada keluarkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," jelasnya lagi.

Walaupun dah masuk bidang itu semula, saya tetap akan teruskan bisnes.

ALIA

Imbas Alia, seorang rakan turut memberi saranan agar memulakan bisnes makanan memandangkan dia berkebolehan membuat biskut.

Berbekalkan simpanan yang ada, Alia menggunakannya sebagai modal sehingga berjaya menjual lebih 100 balang biskut pada waktu itu.

"Dengan duit yang ada, saya beli barang modal untuk jual biskut. Pada waktu itu, saya hanya buat biskut dengan ketuhar kecil.

alya4

Alia ada perancangan untuk kembali dalam dunia penerbangan.

"Kawan sebenarnya yang bagi idea. Kemudian selepas raya, saya jual pula lunch box yang turut dihidangkan dengan sambal," kata Alya.

Menurut wanita itu, salah seorang pelanggannya tiba-tiba bertanya mengenai sambal yang dihidang bersama menu lunch box tersebut, sekali gus menjadi titik tolak kepada perniagaan sambal gesek yang kini dijualnya..

"Sambal ni pula bermula pada November tahun lepas. Saya memang selalu buat sambal dan hidangkan kepada kawan-kawan jika mereka bertandang ke rumah.

"Kemudian bila saya letak dalam lunch box, ada pelanggan minta nak beli sambal saja. Dari situ saya mula jual sambal. Alhamdulillah, sampai sekarang dah lebih 2,000 balang sambal sudah terjual. Biskut pun saya masih hasilkan lagi sekarang," ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor.

alya2

Sambal gesek yang dijual oleh Alia.

Menurut Alia, dia tidak boleh menipu diri sendiri dan mengakui cukup rindu untuk kembali ke awan biru.

Tambah Alia lagi, dia ada perancangan untuk kembali bekerja sebagai kru kabin pada awal tahun depan dan akan meneruskan perniagaannya sebagai sumber pendapatan sampingan.

"InsyaAllah tahun depan saya akan fly balik. Walaupun dah masuk bidang itu semula, saya tetap akan teruskan bisnes. Sepanjang pandemik, saya belajar bahawa kita tak boleh ada satu sumber pendapatan saja.

"Paling rindu nak ucap ayat 'welcome on board' kepada penumpang. Dulu waktu jadi kru kabin, penumpang selalu tegur wajah saya yang suka tersenyum. Sekarang, nak senyum pun tak nampak sebab pakai mask," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain