suria

Jurukamera gigih payung kamera, pengantin nak teruskan photoshoot masa hujan lebat... rupa-rupanya dari awal dah sepakat nak basah bersama

Pasangan pengantin tetap memberikan gaya yang terbaik meskipun hujan lebat.

KADANG-kadang apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang.

Begitulah situasi yang dihadapi satu pasangan pengantin apabila hujan ketika sesi penggambaran foto perkahwinan.

Berkongsi kisah ini, jurugambar yang terlibat, Muhamad Nor Fahmi Mohd Kamarullizam memberitahu, insiden berlaku di bekas kawasan perlombongan pasir di Kampung Gajah, Perak pada hari pernikahan pengantin, 30 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi laga pipi buat pengantin perempuan terduduk, jurugambar sporting siap ajar posing nak nampak sweet - "Letak tangan di pinggang pasangan pun terketar-ketar"

ARTIKEL BERKAITAN: Basah ketiak! Jurugambar gigih berlari rakam foto kahwin sendiri, tak sempat kejar '10 saat'... mujur ada penyelamat, dapat pengantin posing sakan

Jurugambar berusia 23 tahun itu berkata, pemilihan lokasi yang berpasir putih bersesuaian dengan baju pengantin warna ungu sekali gus menaikkan seri pasangan mempelai.

"Masa kami sampai tu sekitar pukul 4 petang, cuaca dah mendung. Saya tanya pengantin sama nak teruskan photoshoot atau tidak. Pengantin kata okay je.

"Baru 15 minit rakam foto, tiba-tiba hujan. Saya cuba tenangkan pengantin supaya keadaan terkawal dan mereka faham dengan arahan yang diberikan," katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Fahmi, katanya, dia membuat persediaan dengan membawa payung dengan bantuan seorang pembantu sepanjang sesi fotografi.

foto pengantin hujan 4

Foto yang dirakamkan sebelum hujan.

"Payung memang saya bawa, standby kalau hujan. Paling risau adalah kamera, kami basah tak apa. Tapi pengantin pun tak bawa payung.

"Beberapa ahli keluarga pengantin dan rakan jurugambar kami yang turut bersama di lokasi berkejar ke kereta masing-masing untuk berteduh sebab hujan makin lebat," ujarnya yang baru berpengalaman sebagai jurugambar selama dua tahun.

Namun pemuda yang berasal dari Langkap di Hilir Perak kekal bersama seorang pembantu serta pasangan pengantin demi meneruskan penggambaran foto perkahwinan.

"10 minit kami berhujan. Kasihan pengantin sebab mereka basah kuyup. Saya pun basah juga sebab payung yang digunakan lebih kepada nak selamatkan kamera daripada kena hujan.

"Selepas habis photoshoot, masing-masing balik. Tapi saya pula rasa serba salah dan hantar mesej kepada pengantin tanya keadaan mereka. Alhamdulillah mereka okay, masa sesi fotografi pun mudah bekerjasama memberikan posing yang terbaik," katanya mengenai sesi fotografi yang berlangsung selama 25 minit.

foto pengantin hujan 2

Fahmi meneruskan sesi fotografi atas kehendak pengantin.

Sementara itu, pengantin perempuan, Nurizatie Abdul Rahman pula mengakui dia dan suami mahu meneruskan sesi penggambaran foto perkahwinan diteruskan meskipun hujan.

"Kalau hujan, teruskan je. Kami tak kisah pun sebab baju pengantin kain songket tu kami beli untuk diri sendiri dan bukannya disewa, sebab itu kami berani kalau baju basah pun.

Saya tahu ramai pengantin yang menyewa saja di butik. Tapi kami beli sebab nak jadikan koleksi peribadi, sebagai kenangan

NURIZATIE ABDUL RAHMAN

"Saya tahu ramai pengantin yang menyewa saja di butik. Tapi kami beli sebab nak jadikan koleksi peribadi, sebagai kenangan," ujarnya sambil menambah kedua-dua baju tersebut berharga kira-kira RM600.

Dalam pada itu, Zatie yang merupakan peniaga kecil turut tidak menyangka keinginan untuk bergambar dalam busana pengantin menjadi realiti.

foto pengantin hujan 3

Foto yang dirakamkan ketika hujan.

"Asalnya memang saya dan suami plan nak ambil gambar masa hujan. Tapi kalau tak hujan pun tak apa sebab cuaca tak menentu, kadang-kadang hujan dan kadang-kadang tak.

"Ala masa kecil-kecil pun suka main hujan. Bila dah besar, tak kan tak boleh nak berhujan sekejap untuk rakam memori indah bersama suami kan," ujarnya.

foto pengantin hujan 5

Zatie dan suami mahu menyimpan baju pengantin sebagai koleksi peribadi.

Zatie yang mengenali suaminya sejak tiga tahun lalu berkata, mereka tidak menukar baju pengantin yang basah sekembali ke rumah.

"Tak selesa tak apa, tetamu nak datang kenalah layan. Walaupun dah basah lencun, mekap masih okay. Suami pun okay, tetap maintain.

"Mujur ada aircond, cepat keringkan baju pengantin. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, selalu pengantin dah ready bawa payung bila bergambar outdoor, tapi kami redah dan layankan aje bila hujan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain