GELAGAT seorang pengawal keselamatan dengan seekor lutong 'nakal' yang sering mencuri makanan miliknya, benar-benar menuit hati netizen. Siapa sangka, video-video yang dikongsikan lelaki tersebut pernah meraih sehingga tujuh juta jumlah tontonan! Bukan sahaja dikongsi di beberapa platform media sosial tempatan, malah apa yang lebih mengujakan, media antarabangsa turut membuat perkongsian video lucu berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar terkejut beruk! Monyet sempat selfie, rakam video dari atas pokok selepas rembat iPhone miliknya - “Makin jauh ke hutan, makin kuat bunyi” ARTIKEL BERKAITAN: Sorry, tak minat donat! Gadis panik monyet larikan beg tangan ketika berkelah, sedar-sedar duit jatuh dari pokok Berkongsi cerita dengan mStar, pengawal keselamatan bernama Muhamad Hafiidz Hamzah itu berkata, haiwan yang merupakan spesies Dusky Leaf Monkey itu sememangnya sebahagian daripada 'penghuni' Berjaya Langkawi Resort, pusat peranginan lima bintang di tempat kerjanya. "Memang jinak. Kalau nak diikutkan, memang kawasan resort ni asalnya habitat mereka. Tapi bila resort dibina, ia lari dari habitat asal. Bermula pelancong suka beri makanan, lama-kelamaan ia stay je dan makin jinak," ujar pemuda berusia 25 tahun ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mula bekerja sebagai pengawal keselamatan di resort berkenaan sejak tiga tahun lalu, dia yang senang disapa sebagai Hafiidz berkata, pada awalnya dia sendiri terkejut apabila dihampiri kumpulan lutong berkenaan yang ingin meminta makanan. "Waktu pertama kali kerja, saya terkejut... mula-mula ia minta dengan sopan tapi lama-lama dah biasa, rebut je. Saya sendiri dah biasa. Mereka cam siapa yang suka bagi makan. Dua daripada beberapa video Hafiidz dengan Lisa yang menjadi tular. "Saya dan beberapa rakan pengawal keselamatan selalu bagi makan roti pagi-pagi. Antara sebabnya, nak elak berkeliaran di kawasan restoran dalam resort. "Tapi kalau saya sendiri nak makan, selalunya kena tengok masa. Kalau lutong tu sedang berkeliaran, kena sembunyikan dulu makanan. Baru boleh makan dengan aman. "Video pertama yang meletup iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), masa tu seekor lutong yang saya namakan Lisa selamba ambil roti saya tu, memang nampak macam natural dan spontan. Tapi hakikatnya saya dah biasa. Lutong dari spesies Dusky Leaf Monkey sememangnya sangat jinak. "Video kedua baru-baru ini yang kami selfie dan Lisa picit hidung saya pun saya tak sangka viral. Ramai yang request nak lagi video dengan Lisa. Tapi kena ikut kelapangan dan kesesuaian waktu sebab saya bekerja," ujarnya. Pemuda yang berasal dari Kuala Perlis ini berkata, impak daripada video pertamanya bersama Lisa yang tular, secara tidak langsung menarik lebih ramai pengunjung ke resort berkenaan. Kalau lutong tu sedang berkeliaran, kena sembunyikan dulu makanan. Baru boleh makan dengan aman. MUHAMAD HAFIIDZ HAMZAH "Ramai yang datang dan bila jumpa saya mereka tanya, 'awak yang guard dengan monyet tu?'. Baru-baru ini pun keluarga Shuib Sepahtu bercuti ke sini dan PA dia tegur saya. Jadi secara tak langsung video-video ini perkenalkan resort ini kepada orang ramai. "Dan keduanya, boleh juga promosikan lutong ni. Sebab tak ramai yang tahu pasal Dusky Leaf Monkey... orang selalu ingat monyet ni liar tapi kena dengan nalurinya, ia lembut," ujar Hafiidz lagi. Hafiidz bekerja sebagai pengawal keselamatan di resort berkenaan sejak tiga tahun lalu. Tambahnya, dia sendiri sama sekali tidak menyangka perkongsian videonya bersama lutong membuatkan dia dikenali ramai secara tidak sengaja. "Jujurnya saya memang terkejut masa video pertama meletup. Banyak page 'repost' sampai masuk berita. Media dari Los Angeles dan Singapura pun nak beli video tu dari saya. Kalau ikutkan, saya buat random content tapi orang suka dengan lutong. "Kebanyakan famili and kawan tak percaya saya makin dikenali dan mereka panggil saya 'Abang TikTok'," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!