suria

“Kejap lagi balik ya, dah azan... takut syaitan” - Masih di court badminton waktu Maghrib, 4 gadis terkedu budak 7 tahun datang ‘sound sopan‘

Aisyah dan rakan-rakannya ditegur adik Raikal (gambar kecil) kerana masih berada di luar pada waktu maghrib.

GARA-GARA masih berada di gelanggang menjelang waktu Maghrib, sekumpulan empat gadis menerima teguran daripada 'seseorang' kerana belum pulang ke kolej masing-masing.

Namun jangan terkejut, teguran tersebut bukanlah disuarakan oleh pihak pengurusan kolej sebaliknya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun!

"Kak kejap lagi balik ya. Sebab dah ada orang azan... takut syaitan," demikian teguran yang disuarakan kanak-kanak tersebut sebagaimana dalam video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat tak letih ke jadi anak sulung?” - Si cilik membebel sambil main handphone ibu... kenapa ramai ucap terima kasih, siap nak lantik jadi presiden persatuan!

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 7 tahun tapi cukup matang, ibu kongsi cerita si sulung kerap mengalah dengan adik-adik... ramai cair lihat wajahnya

Sehingga kini video lucu tersebut meraih melebihi 163,000 jumlah tontonan selain rata-rata netizen memuji cara kanak-kanak tersebut memberi teguran dalam nada yang lemah lembut.

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Aisyah berkata, ketika itu dia dan tiga rakannya sudah mahu bersiap-siap untuk bergerak pulang selepas selesai beriadah.

"Kami berempat main badminton. Kami main awal lagi sekitar pukul 6 petang. Adik Raikal ni pun ada join kami sekali... siap bawa raket sendiri dan ada masanya dia konon-konon jadi pengadil.

"Adik Raikal adalah anak kepada makcik kafeteria dekat kolej kami. Memang sebelum ini pun selalu bersembang dengannya sebab dia petah bercakap walaupun usianya baru tujuh tahun.

"Lebih kurang nak dekat Maghrib, kami berhenti main dan dia pun minta diri nak balik. Kami berempat pula nak rakam gambar dan video sekejap sebab sunset cantik masa tu. Tak sangka masa tengah rekod video, dia sempat tegur kami sebelum berlalu.

sound baru 1

Adik Raikal sering menyertai Naf (gambar kanan, belakang) bersama rakan-rakannya beriadah pada waktu petang.

"Tegurannya kelakar sebab cakap 'takut syaitan' namun dalam nada yang sangat polite," cerita gadis berusia 20 tahun ini yang merupakan penuntut Diploma Komunikasi Massa di UiTM Lendu, Melaka.

Senang disapa sebagai Naf, gadis ini berkata selepas pulang ke bilik, dia memainkan semula video yang dirakam bersama kanak-kanak tersebut.

"Bila ulang-ulang, rasa macam lucu dan kami tergelak-gelak pula bila ingat. Saya sunting video tu dan malam itu juga saya post dekat TikTok. Tak sangka, ramai yang terhibur," ujarnya yang berasal dari Melaka Tengah.

Ramai komen nak tengok muka adik Raikal sebab dalam video tu hanya dengar suara dia saja.

AISYAH (NAF)

Menurut Naf, dia dan tiga rakan sekolejnya sememangnya rapat kerana masing-masing menuntut di kampus yang sama dan sering beriadah pada waktu petang.

"Gelanggang tu memang untuk kolej yang kami huni... jadi selalu beriadah lebih-lebih lagi kami baru bertemu semula apabila masuk ke kolej baru-baru ini.

"Kebetulan pula adik Raikal ada... nak jadi cerita, boleh viral pula. Ini adalah video pertama yang saya kongsi dekat TikTok, tiba-tiba boleh masuk For You Page (FYP) pula. Memang tak sangka langsung.

"Selepas tu, ramai komen nak tengok muka adik Raikal sebab dalam video tu hanya dengar suara dia saja. Memang pun saya plan nak rakam dan kongsi gerangan tuan punya suara yang 'menegur' kami tu," katanya sambil ketawa kecil.

komen sound

Rata-rata netizen turut terhibur dengan video yang dikongsikan Naf di TikTok.

Tambah Naf, dia gembira kerana video tersebut sedikit sebanyak menghiburkan orang lain.

"Ada yang komen, baguslah adik tu tegur sebab tak elok main waktu Maghrib. Tapi rata-ratanya puji sebab adik tu pandai menegur, dalam nada yang sopan pula tu.

"Kami nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang concern dan nasihat kami juga. Kami memang suka baca komen pasal adik Raikal sebab kami rasa dia yang 'deserve' dapat perhatian," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain