DINDING berkulat, tahi kucing bertaburan serta barangan elektrik semuanya rosak - begitulah keadaan sebuah rumah yang terpaksa ditinggalkan hampir dua tahun apabila pemiliknya terkandas di luar negara disebabkan pandemik Covid-19.ARTIKEL BERKAITAN : Jari kaki anak usia 3 tahun terbelah ‘disedut’ pengering lantai... ibu mula-mula marah, nampak darah terus blurARTIKEL BERKAITAN : Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak” Berkongsi video keadaan rumahnya sebelum dan selepas ditinggalkan, pemilik rumah tersebut, Murnie Sulaiman, 33, berkata dia pada mulanya merancang untuk ke Singapura selama dua minggu, namun penutupan sempadan antarabangsa menyebabkan dia terkandas. “Sepanjang hampir dua tahun tu akak memang tak boleh balik ke Malaysia, tapi kali ni akak usaha untuk balik juga sebab ayah sakit. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Jadi akak balik guna sistem PCA (laluan hijau Malaysia-Singapura) dan akak akan bercuti selama dua bulan setengah. “Akak sampai sini 23 September dan akan balik semula ke Singapura pada 25 November ini,” katanya yang bekerja di bahagian perkhidmatan dan pentadbiran pasaraya NTUC FairPrice di Singapura. Murnie mengemas rumahnya terlebih dahulu sebelum berangkat ke Singapura. Menurut Murnie, sebelum meninggalkan rumahnya di Pasir Gudang, Johor dia telah membersihkan rumah tersebut termasuk membaja pokok bunga kesayangannya.Namun keadaan rumahnya tunggang terbalik apabila dia pulang selepas hampir dua tahun meninggalkannya. Murnie turut membaja pokok kesayangannya sebelum meninggalkan rumah. “Bila akak tersangkut dekat Singapura dalam bulan Mei, adik dan mak akak ada datang ambil kereta dan tengokkan rumah, memang diaorang cakap rumah busuk sangat sebab elektrik terputus jadi barang dalam peti rosak. “Memang semua makanan diaorang buang dan kosongkan peti, lepas tu memang tak ada orang tengokkan rumah sampailah bulan lepas (September) akak balik dan tengok sendiri keadaaannya. “Memang rasa macam nak pengsan dengan dekat luar rumah penuh tahi kucing, bau busuk, bila masuk rumah pula tempat letak TV tu basah kena air sebab saluran paip bocor jadi air mengalir keluar dari tangki toilet atas,” katanya. Bukan itu sahaja, pakaian di dalam almari serta barangan lain turut rosak akibat ditumbuhi kulat. “Beg tangan, kasut, barang dapur kain baju semua rosak malah sofa pun naik kulat. “Dalam almari baju semua naik kulat, memang bila buka je almari baju baunya tak tahu nak cakap apa. “Baju ada yang jadi reput, lepas tu dalam almari ada kulat, dekat dinding rumah pun sama,” katanya. Murnie bersama suami dan anaknya. Barangannya turut menjadi mangsa tikus dan anai-anai. “Ada tikus mati dekat dapur dalam kabinet, besar juga, habis barang-barang dekat dapur semua kena gigit. “Mesin basuh, TV, aircond pun rosak, seterika pun kena gigit tikus lepas tu masa tengah kemas tu pun tiba-tiba ada seekor yang hidup keluar dari saluran air. “Pintu bilik bawah habis kena makan dengan anai-anai,” katanya. Dia yang terpaksa membayar hampir RM7,000 untuk pulang berkata, keadaan rumahnya yang tunggang langgang membuatkan dia sedikit tertekan. “Sebelum balik tu akak kena bayar kos SHN (Stay Home Notice iaitu kos kuarantin apabila masuk semula ke Singapura) sampai S$2,165, sampai Malaysia kena keluar duit kuarantin lagi, PCR test pun kena bayar. Sampai rumah tengok rumah teruk macam ni stres tau,” katanya. Katanya dia mengambil masa sehingga seminggu untuk membersihkan kembali rumahnya dengan bantuan ibu serta dua orang adiknya. “Memang masuk rumah pakai selipar, lantai memang kotor sangat dengan habuk bila nak kemas tu jadi macam bengong sebab tak tahu nak mula dari mana, geli sangat sebab lantai basah lepas tu penuh dengan tahi lipas, tikus mati lagi. “Tanah dalam pasu bunga semua ada tahi kucing jadi nak kena buang balik, pokok-pokok bunga semua memang mati, dalam pasu tu naik rumput-rumput liar. “Semua mak akak yang tolong cabut,” katanya, sambil menambah pasu bunganya juga hilang dipercayai dicuri orang. Pokok bunganya mati selain pasu bunganya turut hilang. Menurut Murnie, suaminya yang bekerja sebagai pengendali kren kini menetap di Kelantan kerana perlu menguruskan projek di negeri tersebut. Tambahnya, sebelum ini dia kebiasaannya akan berulang alik setiap hari menaiki motosikal dari rumahnya di Johor untuk ke tempat kerja. Namun disebabkan PKP, dia terpaksa menyewa sebuah bilik di Singapura serta tinggal di sana seorang diri sepanjang tempoh tersebut. Jelasnya, ini bukanlah 'tragedi' pertama yang menimpa rumahnya akibat lama ditinggalkan. “Sebelum ni pernah tinggal juga rumah lama, balik tu ada anjing mati dekat car park, bau dia memang jangan cakap la. “Geli tapi kalau kita tak bersihkan siapa lagi nak bersihkan, terpaksa la dalam geli tu ambil penyodok kemudian masukkan bangkai dalam plastik hitam,” katanya. Kerja-kerja baik pulih paip bawah tanah turut memberi kesan kepada rumah Murnie. Menurut Murnie dia kini berharap supaya sempadan negara akan dibuka semula secepatnya. “Kalau border dah buka akak nak ulang alik seperti dulu. “Akak doa Covid ni akan cepat la hilang dan keadaan pulih secepat mungkin, sebab selain income terjejas menyebabkan kami tak dapat nak jumpa keluarga, macam akak yang kerja luar dari Malaysia rasa situasi ni menyusahkan dan sangat-sangat terkesan. “Rindu sangat dengan keluarga dan kalau ada kecemasan macam kematian ke susah sangat nak balik sebab ada banyak sangat prosedur,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang tinggal bersama ibunya di Kota Tinggi, Johor. Dia (anak) tercengang tengok akak, bila akak cakap “adik mama ni, mama dah balik” baru dia lompat lepas tu peluk akak, mak dan ayah akak pun terkejut. MURNIE SULAIMAN Menurut Murnie, setelah sekian lama berjauhan, kepulangannya ternyata mengejutkan anak perempuan serta ahli keluarganya yang lain. “Dia (anak) tercengang tengok akak, bila akak cakap “adik mama ni, mama dah balik” baru dia lompat lepas tu peluk akak, mak dan ayah akak pun terkejut. “Sekarang tidur malam je anak akak akan cari akak, ye la dah setahun lebih tak balik, benda tak rancang pun, ingatkan dua minggu je dekat Singapura tapi rupanya hampir dua tahun tak balik. “Masa dekat sana pun anak akak hari-hari mesej, dia dah la jauh dari ayahnya, lepas tu akak pula tersangkut dekat Singapura, kalau dulu seminggu sekali akak akan balik tengok dia, ayah dia akan datang tengok dia empat, lima bulan sekali,” katanya, sambil menambah anaknya itu tinggal bersama neneknya sejak kecil.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!