suria

Gara-gara kunci tercicir, 3 hotel pula penuh tak dapat ‘check in’... nasib baik pemuda ini dapat bantuan ‘skylift’ untuk bermalam di gim

Azlan (gambar kecil) menggunakan skylift untuk masuk ke gim miliknya gara-gara kunci tercicir.

INSIDEN kunci tertinggal atau tercicir mungkin dianggap perkara biasa.

Antara jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah memecahkan mangga kunci atau mendapatkan kunci pendua.

Namun luar biasa bagi seorang pemuda yang menggunakan skylift untuk memasuki sebuah gim di deretan kedai tiga tingkat, gara-gara tertinggal kunci.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkurung lebih 7 jam! Baru pindah rumah, 3 beranak alami detik cemas dalam bilik air sampai tertidur... anak sulung tiba-tiba gemar pakai sweater - "Saya blur tengok suami"

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dedah detik cemas terkunci dalam tandas hotel ketika kuarantin wajib, minum air paip - "Aku jerit selama ni tak ada orang dengar"

Pemuda berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan Supian berkata, kejadian berlaku pada Sabtu malam lalu di gim miliknya di Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, sebelum itu dia keluar makan di sebuah restoran di Wangsa Maju berdekatan, bersama dua rakannya.

"Selepas gim tutup pukul 10 malam, saya dan dua kawan naik Grab untuk makan di Wangsa Maju. Lepas tu saya dan kawan-kawan lepak dulu di bus stop dekat gim.

"Kira-kira pukul 1 pagi baru saya perasan kunci tak ada. Saya pasti dah kunci gim sebelum keluar. Saya syak kunci tu tertinggal dalam Grab," katanya kepada mStar.

kunci tertinggal pakai skylift 1

Azlan (tengah) bersama dua rakan yang membantunya pada hari kejadian.

Namun katanya, berdasarkan laporan yang telah dibuat, tiada kunci miliknya yang tertinggal atau ditemui di dalam kenderaan e-hailing itu.

Azlan yang mengusahakan gim tersebut sejak 2017 berkata, dia mahu masuk semula ke gim ketika itu untuk bermalam memandangkan sudah lewat malam untuk pulang ke rumah.

Menurut Azlan, dia tinggal di rumah adiknya di Kota Kemuning di Shah Alam, Selangor yang agak jauh dari Kuala Lumpur dan dia juga tiada kenderaan sendiri untuk pulang.

"Sebelum ni saya menyewa di Kuala Lumpur dan ada kereta sendiri. Tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) menjejaskan bisnes gim saya.

"Jadi saya terpaksa jual kereta, tak lagi menyewa rumah dan sekarang ni menumpang di rumah adik untuk survive bisnes. Kalau berulang alik dari Kota Kemuning, saya akan ambil LRT dan MRT atau naik Grab," katanya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak.

kunci tertinggal pakai skylift 5

Menggunakan skylift dengan bantuan dua operator jentera itu.

Sejak bisnes gim yang diusahakannya terjejas akibat PKP, anak ketiga daripada empat beradik itu menjadikan pusat kecergasan itu sebagai 'rumah kedua'.

"Kadang-kadang saya akan bermalam di gim. Tapi gim berkunci dan tak ada kunci pendua, saya cadang nak check in hotel sebab staf saya ada kunci untuk buka gim esok pagi.

"Dua kawan tolong saya cari hotel berdekatan. Kami pusing kawasan sekitar, tanya tiga hotel tapi semua penuh," katanya yang berpengalaman dalam bisnes pusat kecergasan sejak 2008.

kunci tertinggal pakai skylift 4

Azlan mengusahakan gim di Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur.

Azlan berkata, ketika mencari bilik hotel untuk bermalam, mereka ternampak skylift yang diletakkan berdekatan dengan deretan kedai termasuklah di gim miliknya.

"Terfikir nak minta tolong guna skylift untuk masuk ke gim di tingkat satu, tapi macam ekstrem sangat. Bila semua hotel dah penuh, kami tegur dua operator skylift dan tanya kalau mereka boleh tolong.

Terfikir nak minta tolong guna skylift untuk masuk ke gim di tingkat satu, tapi macam ekstrem sangat. Bila semua hotel dah penuh, kami tegur dua operator skylift dan tanya kalau mereka boleh tolong

AZLAN SUPIAN

"Saya tanya sebab salah satu tingkap di gim tak berkunci dan boleh masuk kalau panjat dari depan. Ada fikir nak panjat dulu, tapi tak ada tempat untuk panjat selain berisiko.

"Secara kebetulan dua operator skylift tu nak mulakan tugas betulkan lampu jalan. Saya tanya mereka boleh tolong bawa saya ke tingkat atas untuk masuk gim, Alhamdulillah mereka okay," tambahnya.

kunci tertinggal pakai skylift 7

Azlan (duduk) bersama rakan-rakan yang bersenam di gim.

Pengusaha gim itu memberitahu, skylift itu akhirnya untuk membawanya ke tingkap gim di tingkat satu dan mengambil masa kira-kira 15 minit.

"Masa saya minta tolong daripada mereka, saya atau mereka tak sebut langsung pasal upah tapi sudi tolong. Tapi saya ada hulur sikit duit kerana menghargai bantuan mereka.

"Selepas kejadian itu, saya terus tukar kunci rumah dengan kunci baru. Satu pengalaman yang pelik tapi kelakar. Saya berterima kasih kepada dua operator skylift dan dua rakan saya yang membantu saya pada hari tu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain