MULA berniaga bihun sup dan kuey teow kerang sejak tahun 1984, untung rugi sudah menjadi lumrah biasa buat pasangan ini. Hardi Ismail, 64, bersama isterinya, Fatimah Othman, 57, mengerah kudrat dengan berniaga di pasar malam demi membesarkan enam cahaya mata mereka. Terbaharu, tular video sayu yang dikongsi oleh anak bongsu pasangan itu, Siti Nabilah, memaparkan mereka sedang menunggu kehadiran pelanggan di gerai sehingga meraih lebih 147,000 tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Gerai musnah dibadai ribut, jualan habis berterabur... reda diuji di hari pertama Ramadan, tindakan 2 rakan niaga selepas itu nyata berbaloi ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga terkejut ramai mesej tanya nasi kerabu, rupa-rupanya diri dah viral sebab tak kedekut - “Kalau boleh nak jumpa depan-depan” Menurut si bongsu yang berusia 25 tahun itu, video tersebut dirakam pada Sabtu lalu yang mana ia merupakan hari pertama ibu bapanya kembali berniaga di tapak pasar malam Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang. "Pasar malam ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi pada waktu itu, mereka berniaga di gerai tepi jalan di Perda buat sementara waktu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Video viral itu pula saya rakam pada Sabtu lalu, pada hari pertama mereka kembali berniaga pasar malam. Biasalah, hari hujan, orang pun tak berapa tahu pasar malam dah dibuka semula. "Masa tu mereka tengah tunggu pelanggan. Saya rasa kesian tengok mak abah. Jadi saya rakam video macam biasa. Tak sangka pula jadi viral," ujarnya kepada mStar. Pasangan ini sudah berniaga sejak tahun 1984. Menurut Nabilah, dia tidak berniat menagih simpati, sebaliknya mahu berkongsi realiti yang dilalui mana-mana peniaga dalam mencari rezeki. Tambahnya, dia dan adik beradiknya yang lain juga sudah terbiasa menjalani kehidupan itu dan mula membantu ibu bapa berniaga sejak kecil lagi. Abah kata, ada pelanggan datang dan maklumkan mereka tahu mengenai gerai kami melalui video TikTok. NABILAH "Kami enam beradik dari sekolah dah tolong mak abah berniaga. Ingat lagi masa darjah tiga, balik sekolah saya salin baju dalam lori, kemudian terus tolong di gerai. Saya pernah tertidur di gerai masa tunggu pelanggan. "Selain pasar malam, abah juga ada buka warung dekat kawasan rumah pada waktu pagi. Untuk warung pagi, abah hanya jual kuey teow kerang. Tak sempat nak buat bihun sup sebab mak biasanya akan menjalani dialisis pada waktu pagi. "Berniaga ada pasang surutnya. Ada hari tiada untung, tapi saya tengok mak abah sabar saja berniaga selama ini. Saya buat video itu bukan nak menagih simpati, tapi wajah abah yang buatkan ia nampak sayu. Bila baca komen netizen, lagi saya rasa sebak," ujarnya. Nabilah terharu dengan sokongan ramai yang diterima ibu bapanya. Penangan video tular itu di aplikasi TikTok turut membuka pintu rezeki buat ibu bapa Nabilah apabila mereka dihujani kehadiran pelanggan baharu. Kata Nabilah yang juga ibu kepada dua cahaya mata, dia terharu dengan sokongan orang ramai yang mana ia turut memberikan kegembiraan buat orang tuanya. "Ramai yang komen dan bertanya lokasi gerai kami. Mereka kata nak datang ke gerai. Saya terharu dengan sokongan ramai, abah pun gembira lepas saya ceritakan mengenai video dia viral. Dia seronok. Selain pasar malam, bapa Nabilah turut mengusahakan warung pada waktu pagi. "Abah kata, ada pelanggan datang dan maklumkan mereka tahu mengenai gerai kami melalui video TikTok. Saya bersyukur dengan rezeki ini, terima kasih kerana beri sokongan buat ibu bapa saya. "Abah juga doakan semua netizen yang memberikan sokongan agar mereka turut dimurakan rezeki," ujar Nabilah yang turut menjalankan perniagaan kanta lekap. Selain tapak pasar malam di Taman Pauh Indah yang beroperasi setiap Sabtu, gerai pasangan itu juga boleh ditemui di tapak pasar malam Bayan Lepas pada setiap hari Khamis. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!